Monday, June 09, 2008

Minyak oh Minyak!

Minyak oh Minyak

Minyak naik lagi
Kenaikan paling tinggi
Semua letak tangan di dahi
Kecuali ahli keluarga Badawi
Dah tau naik minyak awai-awai lagi
Mereka beli berjuta-juta saham TNB
Kalau TNB naik seringgit pun jadi
Buat duit dalam masa tiga hari

Minyak naik tak terasa pak menteri
Sebab mereka naik kereta kerajaan bagi
Boleh lalu lebuhraya bertol berkali-kali
Begitu juga dengan mereka punya isteri
Ada driver mai ambik setiap hari
Siap dengan bodyguard ke mana pergi
Mereka tak pernah rasa cengkaman inflasi
Dan mereka akan shopping di luar negeri
Tak main la kalau ke Kamdar atau Pasar Seni
Bawa beg besar-besar jenama LV atau Gucci
Naik flight first class bukan kelas ekonomi

Menteri kata tak boleh elak lagi
Kerajaan terpaksa menanggung rugi
Sebab tak tahan nak bagi subsidi
Suruh rakyat berjimat bawa kereta 600cc
Gila punya cadangan wahai pak menteri
Hang lah patut berjimat awal-awal lagi
Cuba hang bawa kereta hang sendiri
Hang cuba ikut Umar atau cara nabi
Kurangkan program majlis rasmi
Majlis makan malam makan roti cicah kari
Sedap jugak sehingga menjilat jari
Tak payah udang besar atau mutton beriyani
Kurangkan impot artis luar negeri
Tak yah panggil Al Jarraeu atau Mariah Kari
Kurangkan jalan-jalan luar negeri
Ikut Guan Eng naik flight kelas ekonomi
Kediaman rasmi guna perabut buatan sendiri
Tak payah impot tiles dan perabut dari Itali

You all buat dulu baru bagi tau rakyat
Jangan suruh rakyat berjimat cermat
Tapi hangpa perangai macam taukua sumbat
Pandai cakap tapi tak pernah buat
Perut mereka di kampung telah lama diikat
Makan ala-kadar paling mewah air sarbat
Janganlah buat perangai munafiq dan jahat
Allah di atas sentiasa monitor dan melihat

Keris Silau
9 Jun 2008

6 comments:

Anonymous said...

Memang bagus punya seloka,
tapi sayang yang baca bukan pak m'teri,
yang baca cuma puak-puak khadam hadari,
minyak naik ka, barang naik ka, rakyat kebulork ka sapa peduli.

Long Man said...

Janganlah buat perangai munafiq dan jahat
Allah di atas sentiasa monitor dan melihat
------------------------

betullah bro... tuu yng kadang2 terfikir... diorang ni tak takut tuhan ke?... atau diorang ni sebenarnya takde agama n takde tuhan dlm idup diorang?.... moga dilaknat tuhan diorang nih...

Anonymous said...

saudara
kita sekarang dalam jajahan kuku besi cap dollah,apa rasa nya ekk setiap saat hidup depa nie di sumpah rakyat...

Anonymous said...

Minyak naik ada agenda
KJ dok canang turunkan tol segera
Ini semua taktik lama
Taktik Pasaraya penaik harga dan bagi diskaun semula
Supaya rakyat rasa Umno lah pembela bangsa
Especially KJ nak jadi juara...

Yang merana.....kita semua...

Anonymous said...

minyak oh minyak

Sudah naik minyak depa lagi celaru

Nak bayaq gaji 1x dua minggu

akai depa macam orghang dunggu

rakyat lagi jadi haru biru


PELESIT

Humidifiers Buena Park said...

Hi, nice reading your post