Thursday, June 12, 2008

Rakyat Naik Minyak

Hang Lah nampaknya gila talak
Tinggi sungguh naik harga minyak
Kenaikan yang begitu mencacak
Terkejut rakyat fikiran tiba-tiba semak
Perut yang kenyang tiba-tiba senak
Malam tu kedai minyak penuh sesak
Berebut memenuhkan tangki minyak
Mungkin bolehlah lepas beli susu anak

Kesian kat rakyat berpendapatan rendah
Kerajaan akan mengatur semua langkah
Bagi mengurangkan beban kata Hang Lah
Woooooooiiiii Hang Lah....peeeeeerrrahhh
Maaf tuan-tuan guna bahasa daerah
Mana ada manusia yang tak marah
Inilah kenaikan paling tinggi dalam sejarah
Rekod kenaikan di dunia kita yang pecah
Kerajaan kata minyak kita masih murah
Dibandingkan dengan jiran-jiran sebelah
Woooooiiiiii Hang Lah.....peeeeeeeerrahh
Mana boleh banding dengan jiran sebelah
Di Thailand tak ada tol dan keretanya murah
Singapore gajinya mahal dan ramai hidup mewah
Lagipun sistem pengangkutannya atas bawah
Tak macam Malaysia wahai Hang Lah
Di Malaysia gaji kita masih rendah
Sebab tu ramai orang gomen makan rasuah
Sampai kena pakai lencana aku anti-rasuah
Yang beriman cuma harap rezeki dari Allah

Memang Hang Lah ni tak patut
Zaman dia keluar cerita pelik dan karut
Memang tak ada akai buta perut
Maaf tuan-tuan aku mula mencarut
Darah dok bergelegak dalam perut
Dari hari Khamis lepas tak mau surut
Hang Lah tak dapat merasai kemelut
Kehidupan rakyat jadi kelam-kabut
Dulu sudah sempit sekarang semput
Dulu makan cok udang la ni jemput-jemput
Dulu pakai basmati la ni beras pulut
Dulu pakai Bally la ni tak pakai kasut
Dulu makan daging la ni rebuih siput
Habis kena lelong almari dan setbot
Kredit kad dan saving semua sangkut
Kalau ada kenduri jangan lupa jemput
Boleh sep duit dan boleh bayar duit kut
Inilah akibat Hang Lah asyik ke seberang laut!

Keris Silau
12 June 2008

4 comments:

kulatlapok said...

SALAM KERIS SILAU,

TAK APA JANGAN KITA JADI ORANG MINYAK SUDAH. BLOG 'CENDAWAN MALAYA'ADA MAKLUMAT PENTING PSAL MINYAK. MAKLUMAT INI DARI TOKYO.

SILA KE www.kulatlapok.blogspot.com

kalau dah tahu tak ape tapi MESTI BACA! BACA! bACA! DAN BACA..!

Anonymous said...

Keris Silau

Macam mana akai hang baguih sungguh, bolih tulis macam-macam seloka.Sekali-sekala hang patut hantaq kat POKLEH kelakar.


tamingsari

Anonymous said...

Hang Lah cakap entertainment fee potong 10%, kepala hotak dia. adakah patut entertainment fee dibagi kat pegawai pegawai masakan gaji diapa dah tinggi cam KLCC.. RM18K sebulan, itu gaji bagi kebanyakan rakyat untuk setahun. Memang pun patut rakyat naik minyak, naik darah!

M.H.A Hamzah said...

paklah bengong betingkat-tingkat,
makin bengong bila ikut ckp dr tingkat empat,
rakyat merana perut terpaksa diikat,
padah sapa menyokong BN musibat!