Friday, May 02, 2008

Kau ingat duit bapa engkau

Wahai penduduk Pulau Mutiara
Kerajaan pusat batalkan projek mega
Pertama kelewatan jambatan kedua
Seterusnya monorail dan lebuhraya
Azalina pula batal peruntukan RM40 juta
Termasuk cable car Bukit Bendera
Inilah "hukuman" dari Putrajaya
Geng macam Dato Azhar cukup suka
Dalam hati dia kata padan muka
Ini dia mentaliti pemimpin hangpa
Bodoh sombong busuk masam cuka
Sour grapes orang puteh kata

Oleh itu kawan-kawan semua
Tahun ini kita bayar cukai kat negeri kita
Tok sah bayar cukai kat kerajaan Putrajaya
Sebab dia orang ingat itu duit depa
Kita yang bayar gaji Pak Lah dan Azalina
Ya kita pembayar cukai yang setia
Tiap-tiap tahun tak pernah miss punya
Oleh itu kita bayar kat PUZ sahaja
Itupun kalau PUZ tukar kepala
Kita tak mau macam Shabudin Yahya

BN hukum orang Penang macam Kelantan
Tapi tak apa tak lama lagi kita tukar kerajaan
Anwar nanti naik Insyallah bulan sembilan
33 ahli parlimen sudah ada dalam tangan
Tunggu masa yang elok dan bersesuaian
Anwar ambil alih daripada Kak Wan
Tidak kalau pertama kali kita ada PM perempuan
Not bad juga idea tu kawan-kawan
DSAI boleh ambilalih BAKTI punya pucuk pimpinan

Keris Silau
2 Mei 2008

7 comments:

Bunga Rampai said...

Salam,

Tak kirim surat kat Mat John dah?

Anonymous said...

Huhu...Bro keris bukan main tak puas hati bebenor nampaknya isu kat penang...! Mmg bro dari penang pun kan..?apa2...keep it up!Kasi panas...kasi panass...

Keris Silau said...

Bunga Rampai, karaktor Mat John itu timbul when I have to write in English. You like me to write to Mat John? Nanti bila inspirasi datang.

Brother aboo, ya saya dari Penang.

Anonymous said...

saudara
bab bukit bendera punya kebel car nie,alahai...cian kan kt pelancung,berpeluh satu badan naik train yg patut di hantar kt muzium dah,patut2 lah kerajaan pandang dengan mata,dengar dengan telinga,fikir pakai otak,cheq sayang kt bukit bendera nie,tu pasal ,cheq beli rumah dekat2 ngan bukit bendera ,tapi cheq sayu nak naik bukit bendera,azab sungguh.
terima kasih saudara,tegur lagi,kasik panas diaowng punya kerusi

Anonymous said...

Bukan takat Pah Lah dan Azalina saja yang dok buat peghangai. Mat Tyson dan Noh Omar pun sama.

Sekarang ada JKKK negeri dan JKKK Persekutuan, sikit punya haru ka. Esok kalau kita ada masalah nak jumpa sapa gamak no.

Noh Omar kata semua peruntukan SEDC di negeri Pakatan Rakyat akan di salur melalui MARA.

Ini untuk memudahkan puak-puak ini hendak 'faraid' sesama mereka lah tu.

Tok Lah pula nak tubuh Jabatan Persekutuan di semua negeri Pakatan Rakyat.

Dalam kerajaan dok nasihat rakyat supaya 'berjimat-cermat', kerajaan sendiri yang membazir duit rakyat dengan mengujudkan jabatan-jabatan baru (yang tak perlu) di negeri Pakatan Rakyat.

Senang-senang bagi Pakatan Rakyat ambik alih kerajaan pusat sudahlah.

Anonymous said...

Demokrasi Terpimpin...

Abdul Lah...

Anonymous said...

Bro keris...rasanya ada something yg tak kena dgn setting profile Bro,bila di-click displaynya,Profile Not Available! Kena betolkan tu...profile penting gk tu!huhu...

Next article please.....huhu!