Wednesday, May 14, 2008

Perangai Kotor Orang Kita

Walaupun songkok sentiasa di kepala
Walupun bertudung ala Siti Nurhaliza
Tapi dia orang tak peduli kat sapa
Buang sampah ikut suka
Sampah dibuang dari tingkap kereta
Di dalam longkang dan di jalanraya
Puntung rokok dibuang merata-rata
Tak apa pekerja Majlis ada
Dia orang dibayar gaji kerja sepenuh masa
Biarlah dia yang kutip dan jaga
Kita pembayar cukai yang setia
Inilah perangai kotor orang kita

Selain itu sungai juga menjadi mangsa
Buatlah kempen cintai sungai kita
Khatib Jumaat cakap benda yang sama
Namun tiada perubahan yang nyata
Lihatlah Sungai Pinang di Jalan Gudwara
Hitam legam busuk hasil kerja manusia
Tiada satu pun makhluk Allah taala
Yang boleh hidup kecuali kuman protozoa
Kalau terkena airnya alamat kena mandi air bunga
Sabun cap kapak pun tak mampu bagi hilang baunya
Ya saya exaggerate sikit tapi siapa berani cuba

Ini satu lagi cerita penjaja
Tak kiralah pasembuq atau laksa
Kalaupun hendak berniaga
Nak ikut amalan junjungan kita
Amalan kebersihan mestilah dijaga
Jangan biar tikus dan lipas melata
Dahlah tak ada lesen penjaja
Letak gerai di tempat ikut suka
Halang lalulintas sesak jalanraya
Kita tak mau mentaliti kelas ketiga
Bila kita tegur dia marah kat kita
Nak hancurkan perniagaan Bumiputera
Tak kiralah penjaja Melayu atau Cina
Kebersihan makanan mestilah diutama
Tikus membiak di tempat yang ada sisa
Pengusaha kantin sekolah pun sama
Jangan kita pikir nak untung saja
Keracunan makanan disekolah dah jadi biasa
Tak kiralah sekolah di bandar atau di desa
Makanan pun tak berkhasiat dan manis belaka
Tinggi kandungan MSG dan kandungan gula
Kita nak lahirkan modal insan kelas pertama
Jadi ianya harus dipupuk dari usia remaja

Cubalah kita duduk dan kaji sikap kita
Mulakan di rumah dan di tempat kerja
Kalau rumah bersih semua orang suka
Belajar dari Jepun cara bagaimana
Majlis Perbandaran pun kena juga
Kena ada perubahan mengurus bahan sisa
Kena guna teknologi yang sedia-ada
Bahan hampas boleh dijadikan baja
Dan ada yang boleh menghasilkan tenaga
Ini semua kena pikiaq la!

Keris Silau
14 Mei 2008

1 comment:

Anonymous said...

Is there anything about pencemaran minda?? we would like something like that too.