Friday, May 16, 2008

Ingatan Sebelum Lupa

Dalam seminggu terjadi dua bencana
Ribut cyclone berlaku di Burma
Dan gempabumi berlaku di China
Ratusan ribu telah menjadi mangsa
Yang masih hidup dihinggapi trauma
Adakah masih hidup papa dan mama
Bapa mencari anak-anak ku di mana

Ini semua adalah kuasa Allah taala
Adakah Allah kejam sedemikian rupa
Begitu senang malaikat mencabut nyawa
Semua itu ketentuan Allah Maha berkuasa
Manusia boleh mati dengan pelbagai cara
Pokoknya mati mesti dihinggapi manusia
Sebelum mati ada yang menanggung siksa
Ada yang minta mati dari menanggung derita

Bayangkan bencana diatas menimpa kita
Kita terlalu yakin kita tidak akan kena
Negeri kita tiada ribut tiada gempa
Yang ada gempa cuma jiran Indonesia
Kita cuma rasa gegaran sekali sekala
Itupun buat kita panik lari turun tangga
Belum ada bencana yang besar skala
Yang paling teruk tsunami melanda utara
Jadi kita masih yakin kita tak akan kena

Jangan kita terlalu yakin wahai saudara
Bukan aku meminta bukan aku berdoa
Aku cuma mahu kita beringat dikala lupa
Aku cuma ingatkan ada kuasa di atas sana
Yang mampu melipatkan satu Malaysia
Manusia begitu kerdil dan lemah disisi Nya
Janganlah menunjuk-nunjuk dan besar kepala
Ya sekarang kita masih mampu ketawa
Kita masih kenyang dan sempat bersendawa
Kita masih menikmati hidangan istimewa
Tetapi jangan lupa akan kewajipan kita
Kejadian di Myanmar dan negara China
Sudah cukup sebagai amaran buat kita
Bantulah mereka hulurkanlah derma
Walaupun berlainan bangsa atau agama
Namun kita mesti ingat mereka juga manusia
Hari ini mungkin hari mereka
Esok lusa mungkin hari kita.

Keris Silau
16 Mei 2008

8 comments:

Bunga Rampai said...

Salam,

Terima kasih peringatan ini.

p/s: ya, saya suka baca surat-surat untuk Mat John. Tulislah lagi kepadanya jika punya masa luang yang mengidzinkan.

Anonymous said...

Melayu Mudah Lupa...

Anonymous said...

Dr.M kata, sue me lah
Pak Lah terus tidor tak dengar
Raayat bayar tol terus susah
UMNO lawan sama diri lupa Allah!!!

Kerajaan Rakyat said...

Saya bukan ahli politik, tetapi saya membaca sifir politik melalui pemerhatian serta pengamatan tindak-laku dan sandiwara para pelakonnya. Pelakon sandiwara politik adalah mereka yang menjadikan lapangan politik sebagai sumber pendapatannya.

Slogan dan retorik yang beraneka adalah skrip sandiwara kutu-kutu politik ini. Samada kutu-kutu ini mementaskan sandiwara politik mereka di peringkat nasional, negeri, daerah atau desa, matlamat dasar mereka adalah meraih perhatian, simpati dan sokongan rakyat demi meliliti mereka dengan kekuasaan yang lumrahnya berakhir dengan matlamat sebenar mereka – menggunungkan harta kekayaan dan wang ringgit.

Sejarah banyak membuktikan, terlalu banyak mereka yang telah berpuluh tahun berkhidmat sebagai guru atau pengetua atau pegawai PTD yang hanya mampu memiliki sebuah rumah kediaman yang sederhana dan hanya termampu memiliki kereta paling hebatpun mungkin Proton Perdana atau Honda Accord 2.0 atau Volvo secondhand.

Manusia yang sama apabila terpilih sebagai wakil rakyat samada sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Dewan Rakyat dalam jangka masa 4 atau 5 tahun telah berubah menjadi jutawan dengan hartanah, kereta dan perniagaan yang berbagai dalam nilai jutaan dan mungkin puluhan juta ringgit.


http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

Keris Silau said...

Wahai Bunga Rampai,

You got what you wish. Letter to Mat John just been released. Hikayat Si Tembam.

Keris Silau said...

Wahai Bunga Rampai,

You got what you wish. Letter to Mat John just been released. Hikayat Si Tembam.

Anonymous said...

Nak perkata soal ugama, malapertaka melanda, tapi tulisan berbasu busuk dan menghina, lupakan sifat sifat agama, tapi ugama menyembah Allah, habis macam mana, kiasan semua memfitnah, mencaci, memperaibkan bangsa seagama, mungkin keris silau bukan islam tetapi kapir, yang mempergunakan agama, mana kisah Linda Joy, tiada apa, tiada kisah, hanya kepada para bangasa yang dicaci dan dicela, manakah maruah sebangsa dan seagama. taubatlah

Anonymous said...

Nak perkata soal ugama, malapertaka melanda, tapi tulisan berbasu busuk dan menghina, lupakan sifat sifat agama, tapi ugama menyembah Allah, habis macam mana, kiasan semua memfitnah, mencaci, memperaibkan bangsa seagama, mungkin keris silau bukan islam tetapi kapir, yang mempergunakan agama, mana kisah Linda Joy, tiada apa, tiada kisah, hanya kepada para bangasa yang dicaci dan dicela, manakah maruah sebangsa dan seagama. taubatlah