Wednesday, March 21, 2007

LIVING BEYOND THE MEANS

Biar papa asal bergaya
Baru nampak macam orang kaya
Stail anggun dan bergaya
Baru nampak macam orang berada
Tapi kocek kosong wang tak ada
Bil kad kredit berjela-jela
Tuan rumah dok talipon minta sewa
Tunggakan banyak untuk loan kereta
Mana boleh drive Kia atau Naza
Kena drive continental punya kereta
Kena bunyi enjin macam Porshe Carerra
Hujung bulan pening kepala
Mana nak ciri pitih nak bayar semua
Maka terpaksa hutang ceti Cina
Kad ATM serah kat Ah Long terpaksa
Hidup sudah jadi serba tak kena
Tukang tarik kereta tunggu masa
Tuan rumah dok tunggu nak sita
Bank nak saman hutang-hutang lama
Anak dok minta duit yuran asrama
Bini minta duit beras dah tak ada
Oh kacau hidup jadi caca merba
Tertekan rasa macam sesak dada
Hidup pun tak ada panduan agama
Lalu terpaksa ragut beg tangan wanita
Tapi tak cekap ditangkap Polis Diraja
Didapati bersalah dihumban dipenjara

Ini sebahagian cebisan hidup manusia
Living beyond the means membawa bencana
Jangan kita terpengaruh skim cepat kaya
Pulangan lebih 100% mana logiknya
Haram pelaburan sebegini kata majlis fatwa
Insaflah hiduplah secara sederhana
Tak payah nak compete dengan jiran tetangga
Yang utama makan minum keluarga
Dan juga pendidikan anak-anak kita
Berkorbanlah demi mereka
Walaupun teringin nak bawa Jagua
Atau nak duduk kondo di Mont Kiara
Atau nak isteri kedua macam Siti Nurhaliza
Atau yang anggun macam Tiara Jacquelina
Tunggu dulu sehingga bisnes berjaya
Ceburilah bidang bisnes dan meniaga
90% sumber rezeki kata nabi kita
Tapi biarlah ikhlas dan halal disisi agama

Keris Silau
21 March 2007

No comments: