Tuesday, August 22, 2006

Mat Saleh Celup

Semalam semasa menziarahi orang tua
Mereka tonton Festival Filem Malaysia
Ada satu artis muda yang menerima piala
Dia akan nampak bodoh katanya
Kalau dia bicara dalam bahasa ibunda
Bicara dia bahasa Inggeris pelat orang kita
Tak ada slang orang UK atau Amerika
Nama famili tak ada Smith atau Jaquelina
Sebaliknya macam nama arab nusantara
Ku tanya artis itu lahir di mana
Mana tau membesar di Jerman atau Australia
Tak pula lahir di sana mungkin di Melaka
Kenapa tak mau bicara bahasa ibunda
Mungkin tak ada standard agaknya
Atau dia teringin jadi Sofea dan Deanna
Atau mungkin teringin jadi Raja Petra
Kacukan barat dan nusantara
Mungkin dia alami krisis identiti agaknya
Tidak hairanlah dia berlakun filem Gubra

Kalau nak tau itulah artis Malaysia
Yang orang Melayu dok sanjung gila
Artis tidak lah disanjung tinggi di Singapura
Mereka lebih suka saintis berjaya sebagai idola
Di sini artis disanjung begitu mulia
Lihatlah perkahwinan disiarkan langsung di TV3
Begitu tinggi penghormatan macam perkahwinan diraja
Makcik-makcik berenti buat kerja rumah sementara
Nak tengok Siti punya cincin berlian besar mana

Inilah agenda Barat yang orang Timur laksana
Biarkan orang Melayu terhibur dan leka
Sogokkan hiburan banyak-banyak setiap masa
Terbitkan majalah lagha seperti URTV dan Mangga
Ibubapa galakkan pula anak masuk Akademi Fantasia
Beri sokongan moral sebab anak-anak suka
Anak-anak terkinja-kinja tak mengapa

Tak lama lagi kita akan sambut merdeka
Sibuk orang kita nak buat konsert terbuka
Siapa yang ramai anda semua boleh teka
Kita tak pasti adakah ini sahaja cara
Kalau gitu lambat lagi kita merdeka!

Keris Silau
21/22 Ogos 2006

1 comment:

Anonymous said...

BERITA BAIK UNTUK SURFER, PEMILIK WEBSITE, BLOG & FORUM

---- 100% Tiada RISIKO, Tiada Modal (RM0.00) ----

1. TIDAK PERLU MENCARI AHLI BARU
2. BUKAN MLM (Multi Level Marketing)
3. BUKAN SKIM CEPAT KAYA
4. TIDAK PERLU BELI BARANG
5. TIDAK PERLU MEMBUAT SUMBANGAN
6. TIDAK PERLU JUMPA ORANG
7. 100% TIADA RISIKO
8. TIDAK MENYALAHI UNDANG-UNDANG

Anda akan memperolehi pendapatan hebat!!!
Lihat prestasi saya...

Hari pertama - RM100
Hari kedua - RM200
Hari ketiga - RM500

Sungguh tak percaya!!! Tapi nyata dan benar!!!

Sertai affiliate percuma di laman berikut...
http://rahsiaforex.com/affiliate/?i=riburinggit

ANDA TIDAK PERLU MEMBAYAR WALAU 1 SEN PUN SEMASA MENDAFTAR

Yang paling penting... TIADA HAD PENDAPATAN!!!

e-Book ini sungguh senang untuk dijual!
Semua penggemar internet bisnes hendak tahu...
Sungguh hangat di pasaran macam goreng pisang panas!
Anda cuma perlu mengiklan... dan mereka pasti membeli!


http://rahsiaforex.com/affiliate/?i=riburinggit


http://rahsiaforex.com/affiliate/?i=riburinggit