Wednesday, May 16, 2007

Pesanan Ringkas

Wahai kawan-kawan
Tidak kira yang UMNO atau yang bukan
Keris Silau ingin berpesan-pesan
Pesanan ringkas supaya ianya berkesan
Supaya Insyallah dapatlah beri kesedaran

Akhir-akhir ini kita sudah lupa kepada AlQuran
Kebelakangan ini berapa ayat kita bacakan
Berapa muka surat yang kita renungkan
Pagi petang siang malam dengan pekerjaan
Balik rumah kita sudah keletihan
Begitulah saban hari berpanjangan
Tak ada masa itulah kita punya alasan

Tapi kita ada masa baca Berita Harian
Kita ada masa tengok Spider man
Kita ada masa tonton AF Sabtu jam 9
Kita ada masa sembang tepi-tepi jalan
Kita ada masa ngumpat jiran-jiran
Kita ada masa chit-chat dengan Azwan
Kita ada masa jalan-jalan cari makan
Kita ada masa shopping Jalan Tunku Abdul Rahman
Kita ada masa untuk pancing ikan
Kita ada masa naik mobil keliling pekan
Kita ada masa main SMS ngan kawan-kawan
Kita ada masa baca akhbar cebisan
Kita ada masa kutuk orang pompuan
Kata mereka bocor tiap-tiap bulan
Kita ada masa baca majalah hiburan
Tetapi kita tak ada masa untuk AlQuran ?

Ingatlah kawan-kawan
AlQuran merupakan wahyu Tuhan
Diturunkan untuk memberi panduan
Banyak ilmu yang boleh diperolehi setiap insan
Bacalah dan renunglah setiap ayat dan tafsiran
Pasti memberi kita banyak keuntungan
Dunia dan akhirat yang berkekalan
Inilah pesanan ringkas yang Keris Silau maksudkan.

Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum
Keris Silau
16 mei 2007

2 comments:

Anonymous said...

Diri ini terpanggil, baru-baru ini, untuk mula baca AlQuran,
tapi kali ini bersama terjemahan. Satu persatu diamati .... Masyallah... halus dan penuh pengertian.
Tak cukup dgn tu, cari lagi tafsiran.
Layarilah internet untuk meluaskan pengetahuan

Kalau dulu setakat nak baca satu 'Ain setiap kali buka Quran, tapi kali ni rasa tak boleh tahan.
Nak terus membaca dan mesti bagi faham.

Bila KerisSilau berpesan,
baru saya terperasan
bahawa banyak dijanjikan dalam AlQuran
Apa lagi ... gunakan masa yg ada untuk buat tuntutan

Anonymous said...

Tahniah kepada anda. Semoga Allah berkati.