Monday, May 21, 2007

Juara ialah Si Nanda

Channel 82 ada lawan bola
Nak tengok Ronaldo dan Drogba
Channel 4 ada Akademi Fantasia
Nak tengok Ebbi dan Mila
Tak tau nak tengok yang mana
Belilah dia decoder yang kedua
Dua-dua boleh tengok sama
Nanda semakin kaya-raya
Dia lah yang sebenarnya juara
SMS bertubi-tubi untunglah dia
Bukan sikit tapi berjuta-juta
Melayu juga yang terkena
Rumah buruk tapi Astro mesti ada
Gaji sikit tapi handphone mesti bawa
Menangis teresak-esak keluar air mata
Bukan kerana sedih mereka di Gaza
Tapi sedih Aznil berenti lepas AF 5

Sabtu malam lengang tak dak kereta
Mat rempit pun berenti buat sementara
Semua terpacak di StarSport dan AstroRia
Penganjur batal nak buat Forum Perdana
Imam masjid pun baca Surah Iza ja
Terpaksa pendekkan zikir dan doa
Makmum nak balik awai katanya
Tu dok tunggu artis yang terkinja-kinja

Melayu sudah terkena
Penyakit buang masa dan leka
Hedonism sudah menular merata-rata
Bukan dibandar malahan di kampung dan desa
Bila Melayu nak bangun dari lena
Siapa nak menyedarkan mereka
50 tahun sudah kita merdeka
Tapi hidup masih papa kedana
Mentaliti masih diperingkat dunia ketiga

Kembalilah kepada petunjuk Allah taala
AlQuran mesti digemilangkan semula
Ayuh pendakwah mulakan kerja kita!

Keris Silau
21 May 2007

No comments: