Tuesday, February 05, 2013

Sketsa Pilihanraya


Ramai kita sudah terasa bahang
Dari Benut ke Teluk Bahang
Dari Perlis hingga ke Pahang
Memancing undi aku dan hang

Musim ini ramai YB jadi pemurah
Derma wang ringgit dan derma darah
Sentiasa senyum jarang marah-marah
Hulur wang zakat dan wang sedeqah
Beras sekampit dan angpau merah

Ada YB yang sanggup berjanji
Beri nombor talipon untuk dihubungi
Kalau tak boleh bayar yuran PIBG
Dia sanggup settle janji satu undi
Ada yang kata belum dapat gaji
Jangan risau YB sanggup memberi
Tak apa rezeki dari langit Tuhan bagi
Wang halal bukan wang curi
Untung saham Felda tempohari
Tiap2 Ketua Bagian dapat 5 lot free
Dapat lagi projek pasir berlori-lori

Untung juga penduduk Gaza
Berderu-deru diziarahi orang Malaysia
Menghulur bantuan sesama agama
Bila balik disambut macam wira negara
Marah Mahmud Abas tak mai jumpa dia
Yang penting lawatan PM disebar mediamassa
PM yang prihatin dengan nasib umat disana
Kak Ros pun simpati pakai muffler AlAqsa
Populariti naik setakuk anak tangga
Hilang cerita jam mewah dan cincin permata

Keris Silau
4 Februari 2013

Kerja Bodoh


Kerja Bodoh

BN panggil mai Gangnam
Acara terakhir sebelum jahanam
Paling lewat pun bulan enam
ABU dia kita tabur di Sungai Chena'am
Kapal layar dah nak tenggelam
Ramai depa tak boleh tidur malam
Dok mimpi Altantuya dan kapal selam
Masih terngiang-ngiang dok usung tilam
Itulah tuduh orang kencing malam-malam

Semua import dari luar negara
Pengundi hantu dari Indon dan Bangla
Pengundi palsu dari warga Filipina
Tarikan ramai bawa mai artis Korea
Guan Eng kata pakai baju warna-warna
Mudin kata itu bodoh punya kerja
Guan Eng cuma melawak saja
Kenapa hang melenting macam singa
Nak mempertahankan artis antarabangsa
Katanya ada satu syarikat yang menaja
Satu lagu kena bayar satu setengah juta
Siapa yang bodoh sebenarnya
Pertama membazir habis duit berjuta
Kedua tarian itu tak sesuai dengan budaya kita
Dulu ada orang kata demonstrasi bukan budaya kita
Adakah ini budaya kita tarian orang naik kuda
Budaya membazir memang amalan depa
Buat stadium mahal tapi tak leh guna
Buat chalet di tasik tapi penuh hantu puaka
Bayar komisen berbilion dekat kekasih Altantuya
Kapal selam tak selam tapi dok timbul saja
Kereta kebal tak berjalan cuma dok melata

Orang Cina kata ini kali lah
Ini kali kita mesti ubah
Perompak boleh belah
Ini kali kasi Pakatan perintah!

Keris SIlau
5 Februari 2013