Saturday, January 19, 2013

Dengar! Dengar! Dengar!




Dengar dengar dengar
Jangan jadi orang ketegar
Ini bukan perkara kelakar
Hendaklah kamu baca ikrar
Dengar dengar dengar
Sesungguhnya kami pelajar-pelajar
Kami akan terus belajar dan belajar
Kami akan kurangkan aktiviti luar
Seperti dengar ceramah Dato Seri Anwar
Atau berdemonstrasi di Jalan TAR
Dan sertai Himpunan Shamsidar
Demonstrasi jalanan budaya luar
Budaya sini cuma dengar dengar
Tak boleh menyoal atau menyelar
Pisang emas dibawa belayar
Hutang PTPTN boleh dibayar
Karam Singh pun lama tak keluar
Kena ban sebab mulut celupar

Dengan ini juga kami istihar
Kami tak mau lagi jadi macam haiwan liar
Sebab haiwan juga hidup dengan sukar
Sotong dijadikan sotong bakar
Anjing dan kucing hidup terbiar
Cari makan sendiri di pasar-pasar
Jebon pun sembunyi tak berani keluar

Wahai mahasiswa yang pintar-pintar
Sudah sampai masanya kita tukar
Orang yang langsung tak boleh cabar
Hanya dia saja yang bercakap benar
Yang lain dilabel agen negara luar
Di depan bukan main berkobar-kobar
Mau tolong orang Melayu luar bandar
Tapi dibank rasuah bermilyar-milyar
Rakyat ditipu golongan pembesar
Rakyat sudah mula hilang sabar
Cukuplah kita dengar dengar dengar
Sekarang kita tukar tukar tukar!

Keris Silau
19 Januari 2013






2 comments:

Tutorial SEO Terbaru said...

nice poem

Umroh said...

kata2 yang indah