Ramai duduk bantah
Walaupun ada perintah
Yang tua atau masih mentah
Tahan tendang dan belasah
Tiada lagi jamuan popia basah
Seperti Bersih yang sudah-sudah
Yang ada jamuan gas terak merah
Akibatnya mata pedih dan muntah-muntah
Sesak dada rasa macam nak rebah
Kita cuma mahu duduk bantah
Semua dijemput parti mana tak kisah
Ada artis ada tok guru ada pensyarah
Ada kulit sawo matang ada kulit cerah
Ada bekas menteri ada anakcucu Hasmah
Ada lelaki perempuan ada tengah-tengah
Inilah dia satu Malaysia sejuta wajah
Bukan pandai slogan tapi assobiyah
Mahu duduk didataran yang bersejarah
Namun Fuad buat macam dia punya tanah
Bukankah dulu diguna bantah penjajah
Adakah British letak kawat besi berdarah
Adakah British dapat perintah mahkamah
Walaupun dapat perintah mahkamah
Rakyat masih mahu duduk bantah
Halangan pemerintah tidak diendah
Hak yang termaktub dalam khazanah
Bukan mahu gulingkan pemerintah
Cuma mahu pilihanraya bersih beramanah
Satu tuntutan yang begitu mudah
Tidak ada isu penipuan dan rasuah
Tiada pengundi yang dapat IC merah
Tak percaya pergi tinjau di Sabah
Adakah kita sudah lupa kes Mismah
Dapat kerakyatan begitu mudah
Syaratnya BN mesti dipangkah
Jual negara untuk kekal memerintah
Memang tak patut kena belasah
Orang asing dapat banyak faedah
Kita pula kena gas bedebah
Kalau pukul pun patut-patut lah
Jangan deming sampai berdarah
Pukul macam dirasuk syaitan amarah
Besar mana mereka buat salah
Cuma mahu duduk dan bantah
Bukan bunuh atau rogol amah
Bukan curi duit rakyat buat umrah
Curi duit rakyat beli kondo mewah
Bukan pukul pengawal yang lemah
Bukan berbiliun pecah amanah
Bukan gangster pecah rumah
Bukan tayang gambar lucah
Fikirlah kita semua makhluk Allah
Jangan ingat anda kuat dan gagah
Malaikat maut pasti akan singgah
Malaikat catat walau sebiji zarah
Akan dipratonton di yaumul qiyamah
Tunggulah pembalasan dari Allah.
Keris Silau
3 May 2012
Walaupun ada perintah
Yang tua atau masih mentah
Tahan tendang dan belasah
Tiada lagi jamuan popia basah
Seperti Bersih yang sudah-sudah
Yang ada jamuan gas terak merah
Akibatnya mata pedih dan muntah-muntah
Sesak dada rasa macam nak rebah
Kita cuma mahu duduk bantah
Semua dijemput parti mana tak kisah
Ada artis ada tok guru ada pensyarah
Ada kulit sawo matang ada kulit cerah
Ada bekas menteri ada anakcucu Hasmah
Ada lelaki perempuan ada tengah-tengah
Inilah dia satu Malaysia sejuta wajah
Bukan pandai slogan tapi assobiyah
Mahu duduk didataran yang bersejarah
Namun Fuad buat macam dia punya tanah
Bukankah dulu diguna bantah penjajah
Adakah British letak kawat besi berdarah
Adakah British dapat perintah mahkamah
Walaupun dapat perintah mahkamah
Rakyat masih mahu duduk bantah
Halangan pemerintah tidak diendah
Hak yang termaktub dalam khazanah
Bukan mahu gulingkan pemerintah
Cuma mahu pilihanraya bersih beramanah
Satu tuntutan yang begitu mudah
Tidak ada isu penipuan dan rasuah
Tiada pengundi yang dapat IC merah
Tak percaya pergi tinjau di Sabah
Adakah kita sudah lupa kes Mismah
Dapat kerakyatan begitu mudah
Syaratnya BN mesti dipangkah
Jual negara untuk kekal memerintah
Memang tak patut kena belasah
Orang asing dapat banyak faedah
Kita pula kena gas bedebah
Kalau pukul pun patut-patut lah
Jangan deming sampai berdarah
Pukul macam dirasuk syaitan amarah
Besar mana mereka buat salah
Cuma mahu duduk dan bantah
Bukan bunuh atau rogol amah
Bukan curi duit rakyat buat umrah
Curi duit rakyat beli kondo mewah
Bukan pukul pengawal yang lemah
Bukan berbiliun pecah amanah
Bukan gangster pecah rumah
Bukan tayang gambar lucah
Fikirlah kita semua makhluk Allah
Jangan ingat anda kuat dan gagah
Malaikat maut pasti akan singgah
Malaikat catat walau sebiji zarah
Akan dipratonton di yaumul qiyamah
Tunggulah pembalasan dari Allah.
Keris Silau
3 May 2012
18 comments:
APA BEZA PEMERINTAH MALAYSIA DAN ISRAEL !
sy nk copy boleh tak?
amuraria
duduk malaysia pun tak tahu beza, memang kau bodoh
best bro. memang betul, kalau org putih merintah kita ada kebebasan utk bersuara, mungkin andaikata sekarang pun, tengok saja negara dia orang, sampai raja dia orang pun boleh kutuk.
Kita yang merdeka ni apa jadi.
suka membantah bantah dan susahkan rakyat yang lain. apakah suka membantah itu sikap kamu dan orang putih?
kenapa tak ke stadium merdeka yang penuh history. Bantahan kamu di stadium kurang mudarat kepada orang lain.
hak bersuara ada, cuma kamu salah tempat.
Nak bercakap biar beradab,Bebas biar bertempat,Berok pun kalau dilatih dapat bezakan kelapa muda dgn kelapa tua,yang main redah x kira hak orang biasanya BABI!pagar macam mana pun redah juga.Macam mana kalau ada orang kutuk kau,keluarga kau,Tok nenek kau..ada marah!Ingat,Kebebasan yg kita tuntut x semestinya semua orang suka!
fajny
fajny
fajny
fajne
fajne
fajne
Kata duduk bantah aman...tp tak aman pun. hari masa perhimpunan dtg tengok juga sebab nak naik bas pergi rumah nenek tak boleh.
Saya malu tengok penunjuk perasaan tu meradang mcm org hilang akal.
nasib baik sy dr jauh je, kalau tak sy pun kena. haih...malu n sedih tgk sikap mcm tu. x payah takut sgt nk kalah pilihanraya. kalau ditakdirkan menang, menanglah.
lepas tu yg paling pelik tu, taknak mengaku dah buat semua onar tu bila bc kt internet etc..padahal aku sendiri tgk...masa bc tu dlm fikiran ckp"sahla dorang pun suka putar belit gk"
Duduk makan tempe, di terajang kaki jawa yg beruniform..
Aku tanya kenapa ? Dijawab, jalankan tugas...
Tugas siapa ?
Tugas Tuah darah melaka.
Dia tanya kenapa duduk ?
Aku jawab : laksanakan Amanah.
Ditanya : Amanah siapa?
Aku jawab : Amanah Jebat menuntut keadilan.
Maka ke Esokan hari terpapar tulisan di papan kenyataan : Jebat tuntu keadilan, salah adab dan budaya bangsa.
BUSINESS Marketing hopefully you the best-selling
VISIT http://bit.ly/mA0FKC soon to get the money within 3 DAYS FULLL discuss thoroughly AND PRACTICE OF DIRECT ONLINE BUSINESS A to Z ...
JOGJA
FRIDAY-SATURDAY-SUNDAY 29 JUNE - 1 JULY 2012
CONTACT +62857-2580-2688
"Fikirlah kita semua makhluk Allah
Jangan ingat anda kuat dan gagah
Malaikat maut pasti akan singgah
Malaikat catat walau sebiji zarah
Akan dipratonton di yaumul qiyamah
Tunggulah pembalasan dari Allah."
Harap2 apa yang dikata penyajak adalah apa yang dilihat mata kepalanya sendiri bukan janji kuasa politik penbangkang menguasai kangkang!
kelakar la anon 1.52 hihihihi
[url=http://www.frankgorejersey.net/]Frank Gore Jersey[/url]
net Shop At Home Click Finish or Back if you want to print another page1 As a result of the wars and the killing that starts to occur when the second seal is opened up, the color black represents the results of what wars start - and that is famine, disease and food shortages
[url=http://www.broncosnflprostore.com/]Peyton Manning Women's Jersey[/url]
Thought is like hammering a nail Give away what you want more of ? it really worksFree Will, in my view, is the way we perceive our life as well as the way we portray ourselves We using graphology chooses right employees according to business criteria
[url=http://www.frankgorejersey.net/]Frank Gore Nike Jersey[/url]
Post a Comment