Tuesday, February 15, 2011

Sekadar Seloka

Tun M ingatkan CM Sarawak
Jangan jadi macam Mubarak
Sudah 30 tahun rakyat naik muak
Tiru macam aku 22 tahun aku teriak
Dah lama dah tapi depa pujuk jangan letak
Rafidah tanya why why macam anak bapak
Tapi aku silap pi lepaih kat tukang lepak
Habis kalah Penang Selangor Kedah Perak

Tun M kasi can lah
Dia baru saja menikah
Inai kat jari masih merah
Dengan gadis Timur Tengah
Baru dia rasa muda dan gah
Bini muda mah.....
Biarlah dia rasa sebelum rebah
Halalan toyibban jangan marah
Bini baru dok berkawan dgn kak Mah
Kalau pi negara Arab dia tolong terjemah
Mana tau nak pi jalan-jalan kat Jeddah
Nak pi Mesir Suzanne Mubarak dah belah
Nak pi Tunisa Laila Ali pun cabut dah
Bawa emas 1.5 tan boeing pun berat sebelah
Harap-harap kak Mah ambik hikmah
Jangan ikut macam tu Tuhan marah
Ikut macam isteri-isteri Rasulullah
Baru boleh dapat anugerah Siti Khadijah!

4 comments:

Hijat PanjanG said...

i like!

dol said...

amboi tuan!
lama hilang?!ada lagi noe??

Keris Silau said...

Terima kasih Hijat dan dol. Sekali sekala tu boleh lah.

Insan Marhaen said...

rajin-rajin menulis. tapi kena bersedia kut-kut senasib dengan din binjai.