Setelah seminggu berpenat lelah
Habis seluruh pelusuk Penanti diredah
Habis kesemua pesakit diziarah
Tidak kira yang masih hidup atau arwah
Habis semua kedai kopi di singgah
Pasar malam pasar tani dan pasar buah
Setiap masjid setiap surau setiap madrasah
Akhirnya YB Mansor menempa sejarah
Hari Rabu ni Adun Penanti angkat sumpah
Setelah tiga kali gagal menang pilihanraya
Kali keempat membawa tuah rupanya
Walaupun nombor 4 pantang orang Cina
Setelah 10 tahun berjuang akhirnya berjaya
Tahniah kepada isteri yang begitu setia
Berada disamping suami setiap masa
Waktu senang dan waktu tenggelam punca
Kak Aishah tonggak kekuatan suaminya
Guan Eng akan lantik Mansor Osman
Sebagai TKM 1 pada 3 haribulan
Rakyat Pulau Pinang menaruh harapan
Di sana ada mereka yang dihimpit kemiskinan
Peniaga kecil yang perlu bantuan dan panduan
Masjid yang masih dikawal ketua cawangan
Menghalang banyak program keagamaan
Yang penting bagi mereka bila VIP buat lawatan
Masalah Melayu Pulau Pinang perlu diberi perhatian
Isu tanah, isu rumah, isu agama dan tanah perkuburan
TKM lama berjanji tapi tak dapat tunaikan
Oleh itu jangan berjanji untuk menyedapkan
Kalau YB TKM mendapat undangan
Untuk acara Maulud Nabi dan keramaian
Kalau dah janji jangan tak pergi tanpa alasan
Orang dah buat macam-macam persiapan
Itu antara punca-punca kejatuhan
Ulama nasihat sentiasa mengingati Allah
Kalau ada yang nak suap sebut Astagfirullah
Jangan pula terima dan sebut Alhamdulillah
Kalau ada yang menegur sebut Inalillah
Jangan pula melenting dan marah
Kalau ramai yang mengharap sebut InsyaAllah
Saya akan cuba sedaya upaya dengan izin Allah
Kalau masuk ofis baru jangan lupa Bismmillah
Kalau orang nak bagi BMW sebagai rasuah
Jangan pulak teringin nak menerai dengan kak Aishah
Kejatuhan kawan kita kerana berebut ghanimah
Baru setahun dah mula action dan bermewah-mewah
Keris Silau
1 Jun 2009
ghanimah = harta rampasan perang
Monday, June 01, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Nampaknya yang baru pun macam sama juga.Tak ada apa pun .rasanya yang dulu aktif juga masuk kampung.Mungkin muda lagi kot.Perlu panduan.Kita tengok lak yang ini.Kalau dak juga kita buat pulak alahaiiii Chot....ahli parti tibai ahli parti..tak cerdik gitu....
Post a Comment