Monday, May 11, 2009

Kemaruk Sangat Ke?

BeEnd memang kemaruk sakan
Sehingga kita saksi keberantakan
Tak pernah berlaku dalam dewan
Seolah-olah suasana parlimen Taiwan
Itulah yang dipelajari wakil rakyat Barisan
Semasa sibuk-sibuk dulu lari dari Pakatan
Lawatan sambil belajar di bulan Ramadan
Habis dikrojer nyer Speaker Dewan
Diheretnya macam kawan tu kena sawan
Bawa polis yang berpakaian pereman
Sungguh memalukan to all Perakian
Mencemar negeri Perak Darul Ridwan

Tak sanggup yob tengok gambar
Gambar yang heret Speaker Sivakumar
Video pun ada juga yang disiar
Satu dunia tengok perangai kurang ajar
Tapi BeEnd kata ini semua salah Nizar
BeEnd yang nampak kurang sabar
He guna pepper spray ada bukti gambar
Lagipun dia orang banyak yang celupar
Hamidah kata India lebih teruk dari ular
Tapi BeEnd cari India juga ganti Sivakumar
Eloklah kalau kita semua sepakat bubar
Biar rakyat tentukan Zambri atau Nizar
Apasal takut kan berani kerana benar

Keris Silau
11 Mei 2009

2 comments:

mantoya03 said...

Nasib baik kena seret kalau di negeri cina kena tembak tanpa banyak bicara.Walau pun dinegara lain tiada ISA tapi kalau dianggap ancamman kepada negara orang itu sudah dikira telah binasa.Kita jangan tunjuk baik dan adil kerana orang lain mungkin tidak begitu.Negeri kita jangan diperjudi esok kita yang rugi.

Anonymous said...

MANTOYA03.... BETULLLL