Selamat kembali Haji dan Hajjah
Setelah lebih sebulan di Makkah
Menunaikan haji dan umrah
Labbai kallah labbai kallah
Menjadi tetamu-tetamu Allah
Tawaf 7 kali mengelilingi Kaabah
Saei dari Bukit Safa ke Marwah
Berwukuf di Padang Arafah
Melalui dan kutip batu di Mudzalifah
Bermalam di Mina serta melontar Jamrah
Pulang ke Makkah untuk Tawaf Iffadah
Cukur kepala ikut cara Rasulullah
Selesailah haji mabruk dan tahniah
Menunaikan haji sebenarnya mudah
Tetapi kena sabar dengan banyak kerenah
Jutaan manusia membanjiri bumi Makkah
Datang dari seluruh pelusuk daerah
Dari negara di Asia, Amerika dan Timur Tengah
Semakin ramai hujjaj dari benua Eropah
Tidak kira yang berkulit gelap atau cerah
Kongregasi umat terbesar bukti kekuasaan Allah
Semata-mata datang untuk beribadah
Walaupun ramai juga yang sibuk membeli-belah
Beli batu permata, minyak atar dan jubah
Untuk dibawa balik sebagai hadiah
Tak cukup beg kena beli satu lagi tambah
Soal membeli-belah orang Malaysia tak kalah
Sanggup ambik bas pi shopping kat Jeddah
Sampai pekedai pun boleh cakap loghat Kedah
Mai tengok mai tengok wahai Siti Rahmah
Marhabah, beli jubah banyak murah
Jutaan manusia membanjiri Baitullah
Bertawaf sambil berdoa kepada Allah
Namun sebahagian melakukan bidaah
Seperti memeluk dan letak kepala ke Kaabah
Ada yang menggosok-gosok kain sejadah
Merempuh dan menyakiti para jemaah
Solat laki bini sebelah menyebelah
Kebanyakkan orang Indon dan Syiah
Itu bukan amalan yang dibuat Rasululah
Hindari semua itu untuk haji mabrurah
Bagi wanita kena jaga agar rambut tak terdedah
Kain yang dipakai bukan kain belah
Bibir biar bersih bukan pakai lipstick merah
Kalau kena himpit pun janganlah marah-marah
Banyak bersabar sebab manusia banyak kerenah
Di sana kita ada banyak masa lapang
Bacalah al Quran malam atau siang
Jangan lepaskan dan sia-siakan peluang
Nak mari ke Masjidil Haram bukannya senang
Rugi kalau tak buat lima waktu semayang
Jangan biarkan masa kita banyak terbuang
Melengung di kaki lima dok memerhati orang
Atau tidur di masjid bersandarkan tiang
Atau duduk hotel tak habis-habis bersembang
Sambil hisap rokok Marlboro atau cak kuda terbang
Tak dapat haji Mabrur dapat haji Marlboro lah cik abang!
Untuk mereka yang belum mengerjakan haji
Eloklah buat persiapan diri
Pertama kena pergi mengaji
Tidak perlu ikut Mazhab Shafie
Belajarlah Fiqh Sunnah Bab Haji
Melalui guru yang berilmu tinggi
Tidak semestinya bertaraf mufti
Walaupun setengah cuma takat 4 senawi
Kalau tanya minta dalil dan bukti
Jangan ikut saja membuta tuli
Setelah ilmu penuh di dada
Sediakan 10 ribu ringgit Malaysia
Daftarlah di Tabung Haji segera
Kerana haji adalah rukun kelima
Balasan haji mabrur ialah syurga!
Haji Keris Silau
6 Muharram 1428H
Friday, January 26, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment