Thursday, November 30, 2006

Dosa Besar

UMNO memperjuangkan assabiyah
Bukan berteraskan Quran dan Sunnah
Ini bererti kebangsaan lebih utama dari Allah
Walaupun majoriti mengucap dua kalimah shahadah
Walaupun majoriti pakai sampin dan kopiah
Walaupun bernama Muhammad atau Fatimah
Namun perjuangan tidak ditunjangi syariah

Oleh itu jikalau ada mereka yang bersalah
Seperti kena cekup dan tangkap basah
Seperti niaga satay tanpa permit Majlis Daerah
Seperti buat banglo pakai duit rasuah
Seperti suruh kastam pejam mata sebelah
Seperti salah guna AP macam kak Ropidah
Seperti tukar minit mesyuarat yang sah
Seperti tuduh Anwar munafiq wanauzubillah
Walaupun terima rasuah ucap Alhamdulillah
Walaupun minum Red Wine dengan Bismillah
Namun mereka masih jadi ahli UMNO yang sah
Tetapi jikalau anda kutuk Pak Lah
Itu dosa besar walaupun taubat nasuhah
Habis semua ahli MT akan di arah
Memberi tekanan sehingga kamu menyerah
Kalau tidak dibuang parti teruk dibelasah
Ucapan Presiden parti tidak boleh disanggah
Nothing new diungkap Mukhriz anak Siti Hasmah
Terpaksa minta maaf kita tau tak ikhlas lah
I am no more Mr. Nice Guy kata Pak Lah
Lat lukis Pak Lah dah mula buka langkah
Silat gayung pesaka tinggalan Kali Mullah
Namun pabila kartunis menghina Rasulullah
Mana dia panglima-panglima UMNO yang gagah
Mana dia suara-suara yang nak defen Safiullah
Setakat pegang keris dan gempaq boleh jalanlah

Well UMNO nampak tak relevan dah
Kalau dulu ahli UMNO guru sekolah
Mereka ikhlas walaupun assabiyah
Mereka nak lawan orang putih bedebah
Tetapi la ni golongan ini pupus dah
La ni orang masuk sebab fulus lah
Nak dapat projek atau tanah murah
Nak berkuasa dan bermegah-megah
Ingatlah yang berkuasa cuma Allah
Manusia kerdil hina dari tanah.

Keris Silau
30 November 2006

No comments: