Wednesday, January 30, 2013

Bila Pilihanraya?





Musim mengundi sudah tiba lagi
Senarai semua calun sudah ready
Sudah tamat masa nak melobi
Yang perform nama naik lagi
Yang tak perform jangan bawa diri
Tolong perkukuh jentera parti

Asyik hilang tak pernah nampak
Baru sekarang buat sibuk pulak
Apa yang saya boleh tolong kakak
Nak tolong apa dah jadi serdak
Dulu minta tolong kena tempelak
Sombong kedekut dan bongkak
Kini nasi sudah jadi kerak

Apa nasib Why Be Katak
Ceramah sampai keluar urat tekak
Tak habis buat dosa kat Nuak
Spesis macam ni berlambak
Masa dalam parti bukan main cuak
Dato Seri dianggap macam bapak
Bila keluar maki macam kena tuak

Ada YB rasa dia macam Khalifah
Wajib mempertahan kalimah Allah
Sampai nak bakar Injil dan Taurah
Biar bumi ini dibasahi darah merah
Rupanya kambing korban dan aqiqah
Cakap besar tersangatlah gah
Masuk Maharaja lawak boleh lah
Kalau iya-iya nak pertahan kalimah
Bawa geng pi jihad fi sabilillah
Mula dengan negeri Alam Shah
Penuh dengan kilang haramjadah

Ada YB yang perasan dia pandai
Cakap orang bawah tak mau pakai
Merendahkan pendapat orang ramai
Kenduri kendara dia tak mau mai
Dia cuma syok ceramah boleh tibai
Air liur saja dia punya modai
Kebajikan penyokong dia buat lengai
Kalau macam tu cuma cukup satu penggai

Jadi YB bukan senang
Ke hulu ke hilir pagi petang
Baru nak lena di panggil orang
YB YB mai sat tengok longkang
YB YB minta peruntukan buat padang
YB YB kami nak minta borang
YB YB ada tak subsidi bendang
List YB punya lah panjang
Peruntukan tak datang-datang
Habis duit sapa yang nak melayang
Duit elaun bulanan YB yang terbang
Ini cuma cerita YB pembangkang
YB Barisan cemerlang gemilang
Duit banyak tidak terbilang
YB nak guna pilihanraya menjelang
Ini kali kena kasi menang
Tak kiralah warga asing atau pendatang
IC merah atau hantu jembalang
Asalkan Putrajaya tak tumbang

Keris Silau
29 Januari 2013

Saturday, January 19, 2013

Dengar! Dengar! Dengar!




Dengar dengar dengar
Jangan jadi orang ketegar
Ini bukan perkara kelakar
Hendaklah kamu baca ikrar
Dengar dengar dengar
Sesungguhnya kami pelajar-pelajar
Kami akan terus belajar dan belajar
Kami akan kurangkan aktiviti luar
Seperti dengar ceramah Dato Seri Anwar
Atau berdemonstrasi di Jalan TAR
Dan sertai Himpunan Shamsidar
Demonstrasi jalanan budaya luar
Budaya sini cuma dengar dengar
Tak boleh menyoal atau menyelar
Pisang emas dibawa belayar
Hutang PTPTN boleh dibayar
Karam Singh pun lama tak keluar
Kena ban sebab mulut celupar

Dengan ini juga kami istihar
Kami tak mau lagi jadi macam haiwan liar
Sebab haiwan juga hidup dengan sukar
Sotong dijadikan sotong bakar
Anjing dan kucing hidup terbiar
Cari makan sendiri di pasar-pasar
Jebon pun sembunyi tak berani keluar

Wahai mahasiswa yang pintar-pintar
Sudah sampai masanya kita tukar
Orang yang langsung tak boleh cabar
Hanya dia saja yang bercakap benar
Yang lain dilabel agen negara luar
Di depan bukan main berkobar-kobar
Mau tolong orang Melayu luar bandar
Tapi dibank rasuah bermilyar-milyar
Rakyat ditipu golongan pembesar
Rakyat sudah mula hilang sabar
Cukuplah kita dengar dengar dengar
Sekarang kita tukar tukar tukar!

Keris Silau
19 Januari 2013