Tuesday, March 09, 2010

Ramai Penceramah Kurang Pendakwah

Ramai suka jadi penceramah
Tapi tak ramai suka jadi pendakwah
Ramai orang boleh berceramah
Dengan lingguk bahasa yang indah
Dan menghafal beberapa ayat dan surah
Cerita menarik nabi dan para sahabah
Orang terpegun dengan lidah yang petah
Selepas habis ceramah pulang ke rumah
Suka hati sebab dapat sampul hijau merah
Lebih popular lebih lebat dapat "sedeqah"

Ya saya tau ramai ustaz yang akan marah
Berapa ramai yang benar-benar berdakwah
Penceramah selalu dilayan baik dan ramah
Diberi hidangan istimewa oleh tuan rumah
Tetapi tidak terjadi begitu untuk pendakwah
Bukan semua dawah itu kena berceramah
Kalau kita mengkaji seerah dan sunnah
Pendakwah menghadapi banyak mehnah
Ditangkap dihukum dibunuh disergah
Ramai contoh yang dicatat dalam sejarah
Termasuklah junjungan kita Rasulullah

Dalam pada itu ada juga minta tauliah
Walaupun ada Sarjana dari Madinah
Lagi bagus dari pegawai agama daerah
Lepas tu kena dakwa di mahkamah
Kena masuk lokap untuk orang salah
Walhal pendakyah lain tak payah tauliah
Tindakan bodoh segolongan balaghah

Itulah sebahagian cabaran dalam dakwah
Ramai ustaz yang mengadakan kuliah
Tapi tak ramai macam Kamarudin Abdullah
Ke hulu ke hilir ajak bukan Islam kenal Allah
Tak ramai macam Ustaz Wahab al Kedah
Masuk hutan ajar orang asli kenal RasulAllah
Walaupun umur sudah lanjut tapi masih tabah
Tak ramai macam Imam Ahmad dan Abu Hanifah
Tak ramai macam para-para sahabah
Mereka berdakwah tanpa sebarang upah
Tanpa tiket kelas pertama atau kereta mewah
Tanpa kerusi empuk dan bilik pejabat yang indah
Tanpa ganjaran saham dan unit amanah
Tanpa gelaran Dato Tan Sri dan pelbagai anugerah
Tanpa dikurniakan pingat Tokoh Maal Hijrah
Mereka tidak popular dan tidak dikenali ummah
Tetapi Allah kenal siapa yang ikhlas dan amanah
Kita mengharap Allah menurunkan berkat dan hidayah.


al faqir illallah
Keris Silau
Pulau Pinang 9 Mac 2010.