Friday, September 11, 2009

Tazkirah di Pagi Jumaat




Di bulan yang penuh rahmat
Marilah kita semua bermunajat
Leburkan dosa-dosa dan maksiat
Memohon ampun dan bertaubat
Ya taubat sebelum terlambat
Sebelum Malaikat Maut melawat
Sebab dia tak pernah datang lewat
Walaupun seminit atau sesaat

Di bulan ini ibadah dipertingkat
Bacaan alQuran diperhebat
Sunat Taraweh sunat muaakad
Bukan cuma pada mula nak start
Sebab semakin hari nampak semakin liat
Mula-mula 10 saf sekarang tinggal empat
Qiyamulail cuma ada beberapa kerat
Sepatutnya 10 malam terakhir kita pecut kuat
Nabi suruh iktikaf dan isteri jangan dekat-dekat
Memperolehi al-Qadar itulah matlamat
Namun kita sedih ramai tak buat
Sibuk buat kueh raya dan halwa maskat
Sibuk nak hias rumah dan kerja mengecat
Sibuk membeli-belah sehingga capek penat

Aku sekadar mengingat dan nasihat
Semoga ianya membawa manafaat
Sebab aku risau raya Melayu cukup hebat
Kita lebih utama raya dari beribadat
Ada yang raya sebulan sehingga Shawal tamat
Sheikh Arab geleng kepala dengan fatwa sesat
Raya satu hari sahaja di Saudi atau Emirat
Kita raya sakan sebulan open house sampai tak larat
Orang yang tak puasa nampak seronok sangat
Terkinja-kinja di kaca TV kita pun naik meluat
Mohon ulama-ulama tolong peringat dan nasihat
Sebab kalau tak dibendung budaya ini akan melarat
EidulFitr hari yang suci tapi dipenuhi maksiat
Semasa khutbah jangan lupa pesan kepada umat

Keris Silau
21 Ramadan 1430H