Thursday, December 14, 2006

Lagi Kisah Pulau Mutiara

Kalau singgah ke Pulau Mutiara
Jangan terkejut wahai saudara
Mutiara tak ada tapi sampah ada
Sampah dibuang sesuka hati dijalanraya
Sampah dibuang dari tingkap kereta
Dibuang disungai perkara biasa
Lepas makan sampah di tauk merata
Ludah dan tuit selamba aja
Tandas awam tak usah nak dikata
Kotor dan hancing memecah suasana
Bila masuk boleh rasa mual dan loya
Sungai Pinang terkotor di Malaysia
Diberitakan tiada makhluk yang bernyawa
Sungai yang dicemar oleh tangan manusia
Tikus di Penang sehat-sehat belaka
Makanan mewah berbanding jiran tetangga
Kalau tak caya pi makan nasi dalca
Di King Street pukul 10 malam baru mula
Tikus sebesar kucing dok mai melata
Menyambut tetamu Tahun Melawat Malaysia
Oleh itu kalau makan di Line Kelia
You all kena sentiasa jaga-jaga
Bukan gulai ikan tapi tikus punya kepala
Eeeeii geli dan seram bulu roma
Kedai nasi kandaq pun banyak cerita
Jangan sekali masuk dapur depa
Ayam daging di lantai sebelum buat dalca
Air sabun masih lekat kat pinggan dan camca
Mana tak sakit perut kena dairia
Sebab apa orang Penang jarang kena
Sebab dah imun dengan bakteria

Apa yang orang Penang nak bangga
Jauh lebih kotoq dari pulau Singapura
Langit dan bumi bak kata umpama
Tak tahu nak salahkan siapa
Tsu Koon pun pening kepala
Pak Lah mai jengok sekali sekala
MPPP tak berapa minat nak jaga
Bukan kurang pegawai penguatkuasa
Cuma saman orang salah parking kereta
Ahli majlis pula selalu ponteng kerja
Kalau mesyuarat selalu dok lena
Habis nak jadi ahli majlis juga (kena camdek loghat Penang)

Penduduk Penang tertekan sentiasa
Pencemaran darat sungai dan udara
Kilang lepas asap di malam gelap gelita
Sebab DOE malam tak bekerja
Cubalah sekali sekali hangpa mai ronda
Saman tokeh kilang yang nak untung saja
Anak-anak tak sihat selalu bau asap kimia
Ramai yang kena lelah atau asthma

Kita ingin ucapkan Tahniah
Kepada Perlis Darul Sunnah
Tetapi kita ucapkan Takziah
Kepada Penang Darul Sampah
Aku sudah naik menyampah
Dah habis tulis pantun serampah
Tapi depa semua buat tak kisah
Depa kata depa tak buat salah

Apa kata pelancung luar negeri
Penang state is very dirty
Your public toilets are smelly and filthy
Your river ikan pun boleh mati
The water is dark and murky
Your air is polluted and hazy
No wonder we all feel unhealthy
Even though foods are plenty
Nasi kandar is cheap and tasty
But it can clog our artery
With cholesterol coming from the curry
Penuh dengan minyak trans fatty
No wonder ramai kena heart surgery
Tak lama heart surgeon pakai Ferrari
Untung dari heart by-pass and angioplasty

Ok, bye for now will be away for one month performing Haji.

See you guys next year.


Keris Silau
December 13 2006

Champion Islam Hadhari

Gambar Monsoon Cup
http://www.malaysia-today.net/Monsoon_Cup.htm

Apa maksud Islam Hadhari
Hakcipta Pak Lah Badawi
Ramai yang tidak mengerti
Walaupun dalam tulisan Rumi
Walaupun dinyanyi diradio pagi-pagi
Mungkin Islam Pak Lah punya versi
Iaitu boleh pegang dan sentuh dengan jari
Bukan muhrim dan bukan dia punya bini
Asalkan ianya tidak timbul berahi
Sebagai pelopor dalam Islam hadhari
Adakah contoh ini yang orang boleh ikuti
Mungkin dia anggap Michelle Yeoh macam Nori
Itu mungkin jawapan yang akan diberi
Aku dah kata banyak-banyak kali
Cepat lah tolong carikan dia isteri
Kalau ada isteri takkan dia nak berani
Pegang girlfriend boss Ferrari

Keris Silau
12 December 2006

Friday, December 08, 2006

Undang-Undang Versi Malaysia

Sungguh ku tak sangka
Perkara ini cuma berlaku di Malaysia
Dulu Anwar dituduh liwat dengan Sukma
Tak boleh ikat jamin kata Aripin Jaka
Tapi kali ini berlainan pula
Dengan kes Razak Baginda
Yang didakwa membunuh Altantuya
Bukan liwat tapi bunuh seorang wanita
Dan letupkan pula di Puncak Niaga
Hancur berkecai seluruh anggota
Sebelum ini tak boleh jamin walau 1 juta
Terkejut masyarakat antarabangsa
Terutama rakyat negeri Mongolia
Topik ini dibincang di merata-rata
Hatta di parlimen dan dewan negara
Di kedai kopi dan sesama tetangga
Meliwat tak boleh keluar penjara
Tapi bunuh boleh bebas sementara
Ini pelik bin ajaib punya cerita
Pak Lah kata undang2 tak kenal siapa
Bolehkah kita nak percaya
Satu undang2 untuk rakyat biasa
Satu undang2 untuk golongan istimewa


Keris Silau
December 8 2006

Thursday, December 07, 2006

DEB (Dasar Ekonomi Badawi)

Utusan dijangka merge dengan NST
Sama dengan Sime, Golden Hope dan Guthrie
Ramai pekerja-pekerja susah hati
Mungkin takut hilang pekerjaan nanti
Inilah dilemma orang makan gaji
Terutama mereka yang ada anak bini
Ditambah pula kos kehidupan yang tinggi
Harga barang naik dari tekanan inflasi
Minyak pun dikatakan akan naik lagi
Sebab kerajaan dah tak nak bagi subsidi
Malaysia dijangka jadi net-importer minyak asli
Hasil minyak entah ke mana pergi
Yang kita nampak Twin Tower dan KLCC
Apa yang rakyat kebanyakan perolehi
Peladang, buruh kasar, nelayan dan petani
Masih papa kedana kais pagi makan pagi
Kos perubatan kena tanggung sendiri
Pelajar miskin sangkut di universiti
Sebab tak mampu adik-adik ramai lagi
Terpaksalah jadi pekerja industri
Sebab itu kita mahu pertikai DEB
Siapa yang sebenarnya untung dari polisi ini
Kalau bukan anak-anak dan kroni
Dan mereka yang rapat dengan Menteri
Mendapat lesen free dan beribu-ribu AP
DEB sebenarnya alat kerajaan Badawi
Untuk terus berkuasa sebagai Perdana Menteri
Sentimen kaum akan dimainkan oleh parti
Lihat saja perhimpunan UMNO baru-baru ini
Hunus dan cium keris dalam dewan PWTC
Perkauman bukan ajaran Islam yang suci
Islam tidak suruh amalkan diskriminasi
Islam menjaga hak semua termasuk minoriti
Ini dia pemimpin korup dalam parti
Eloklah rakyat semua sedar hal ini
Jangan kita pilih pemimpin macam ni
Muka cuma manis tapi lain di hati
Cakap lembut tapi hati keras dan mati

Keris Silau
6 December 2006.

Tuesday, December 05, 2006

Di Antara Lahar Yooi dan Pesta

Selamat datang ke Pulau Pinang
Negeri kecil tapi paling banyak kilang
Tak kira di belah pulau atau seberang
Visi Tun Lim Chong Eu mesti dikenang
Hasilnya ramai orang pendatang
Tak kira dari Gerik atau Pendang
Atau dari Chittaggong dan Semarang
Berduyun-duyun cari rezeki di Penang
Termasuklah yang terakhir Mamak Gang
Dilesapnya microchip habis satu gudang
Kerja licik dan pantas dilakukan 20 orang
Jumpa dua kontena tapi tak ada barang
Mungkin semua chip sudah terbang

Kalau datang ke Pulau Pinang
Jangan lupa singgah di Teluk Bahang
Tengok rama-rama dan kumang-kumang
Kalau nak mandi laut mandi belah petang
Redup sikit daripada mandi tengah rembang
Tapi jaga-jaga orang mengendap di belakang

Jalan-jalan Penang banyak lobang
Beralun-alun macam naik kuda terbang
Korek dan timbus itu kerja dia orang
Entah apa yang dicari malam dan siang
Mungkin tantalum sekilo lima ringgit dua kupang

Ketua Menteri Penang nama dia Ah Koon
Bukan berasal dari Ceruk Tok Kun
Mata sepet hidung besar macam orang Jepun
Baru ni dia gaduh dengan Samy macam katun
Gaduh sapa nak sapu projek tanah tambun
Gaduh depan Pak Lah laki arwah KakEndun

Seniman P Ramlee berasal dari Tanjung
Lagenda seniman yang ramai orang sanjung
Sebab tak dak sultan depa panggil dia Seniman Agung
Pandai nyanyi, main muzik, berlakun dan kelentung
Sekarang ni susah cari semua seniman kangkung
Asai dari Jalan Madrasah di Jelutong
Tapi habaq dia orang KL cakap bohong

P Ramlee terbitkan filem yang hebat-hebat
Salah satu yang best Antara Dua Darjat
Aku nak buat filem Antara Dua Kamjat
Saksikan di pawagam-pawagan yang terdekat
Cerita mengenai salahlaku pemimpin masyarakat
Berebut jawatan tapi tak hadir mesyuarat
Semua projek mega dia nak buat
Sebab boleh masuk duit cepat
Kaut kekayaan hasil titik peluh rakyat
Tak kiralah cukai pintu atau duit zakat
Berdasarkan novel Shit karya Shahnon Ahmad

Kat Tanjung ada ramai mamu dan mami
Nak tengok lagi ramai masa kendhuri
Mami pakai donga punya cincin kat jari
Gelang merelip merelap di siang hari
Rantai di leher 916 mestilah ori
Masa tulah nak tunjuk perhiasan diri
Kalah semua Datin dan Datin Seri

Bulan 12 ramai berkunjung di Tapak Pesta
Tiap-tiap tahun jual benda yang sama
Benda tak laku dilungguk di sana
Seperti biasa Melayu ramai punya
Dari Aloq Setaq pun depa mai juga
Termasuk UMNO punya Puteri dan Wanita
Bas rombongan ketua bahagian yang taja
Yalah tak lama lagi dapat sorang 3 juta
Yang tu Melayu pandai tak payah tanya
Sebelum tu depa akan pergi Taman Bunga
Pakat-pakat tengok beruk dan kera
Bila perut lapaq makan pasembuq dan laksa
Di mana kalau bukan di Padang Kota
Tapi silap haribulan boleh dapat dairia

Tahun depan mungkin pilihanraya
Keadilan dan DAP sudah siap sedia
Teringin jadi pemerintah Pulau Mutiara
Sebab Tsu Koon akan ke Putrajaya
Gerakan tak ada pemimpin berwibawa
UMNO pula asyik sibuk kampoi harta
Baru satu penggal buat rumah macam istana
DEB cuma mengayakan lagi mereka
Bukan nak tolong Melayu yang papa kedana
MCA sudah tidak relevan untuk orang Cina
Kita harap Nana Non dapat bertanding semula
Buktikan keadilan dalam Islam untuk semua
Allah tak suruh tolong kaum Bumiputera saja

Keris Silau
5 December 2006

Friday, December 01, 2006

Hobi Rakyat Malaysia

Apakah hobi terbaru rakyat Malaysia
Sudah tentu bukan membaca
Sebab perpustakaan lengang sentiasa
Kalau adapun baca novel cinta
Atau baca Mangga dan Mastika
Bacaan ringan yang merosak minda
Habis apa dia hobi mereka
Dulu asyik bela ayam serama
Bagus juga sayang makhluk Allahtaala
Sanggup mandikan begitu punya jaga
Selain ayam ikan pun depa bela
Ikan lohan dan juga arowana
Sanggup guna duit gaji kerja lebihmasa
Sekarang ni pancing udang pula
Bukan di sungai tapi kolam buatan manusia
Buat kolam di rumah kedai yang disewa
Gila sungguh tak dak kerja

Hobi terbaru ialah main SMS pula
Setahun dianggarkan 1000 juta
Dari reality show hingga umpat mengata
Keluar habis cerita Baginda Altantuya
Dari joke hingga palsu punya berita
Dari I love you hingga cerai talak tiga
Selain dari ucap besday dan Hari Raya
Judi pun pakai khidmat SMS juga
Tidak kira di mana-mana
Atas LRT dan juga tempat kerja
Untunglah syarikat telekomunikasi kita
Boleh taja EPL dan Piala Dunia
Dengan CELCOM anda berkuasa
Asalkan jangan taksub besar kepala

Yang si mat rempit lain pula
Race motor tengah malam buta
Hadiah pertama sicantik jelita
Sanggup tujuk skil korban nyawa
Jangan sekali dok tegur mereka
Nanti pecah habis cermin kereta
Malaysia Boleh itu dia cogankata
Polis pun tak boleh buat apa
Pening dengan mat rempit punya gejala

Lain pula hobi motor golongan berada
Yang tu naik konvoi pergi merata-rata
Dari KL naik motor konvoi ke utara
Bukan apa cuma nak pi makan laksa
Atau buat konvoi sempena merdeka
Kita tanya apa tujuan mereka
Keseronokan yak yak yeh sorak gembira
Lambat lagi lah bangsa kita merdeka

Apa hobi anda
Kumpul setem, memancing atau tonton telenovela
80% remaja jawab dengar radio dan tonton tv la
Sebab tu meningkat pendapatan Media Prima
Hot FM yang lebih hangat daripada biasa
Dengar celoteh dan merepek Farah Fawzana
Tak dak slot khas motivasi agama
Sebab yang tu orang tak berapa suka
Benda yang perlu berfikir atau guna minda
Sebab tu di pasaran otak antarabangsa
Otak orang Melayu tinggi harga
Dok berkilat dan cantik sebab jarang guna

Demi masa
Manusia semua dalam kerugian
Kecuali mereka yang beramal soleh
Yang berpesan dengan kebenaran
Dan berpesan dengan kesabaran.

Keris Silau
1 December 2006.