Monday, June 07, 2010

Mavi Marmara

Kita ucap takziah kepada 9 keluarga
9 syahid dalam kapal Mavi Marmara
28 anak-anak kehilangan bapa
Namun mereka seharusnya berbangga
Walaupun sedih kehilangan orang tercinta
Allah telah memilih 9 aktivis ini ke syurga
Yang lain-lain belum lagi walaupun rasa lega

Syukur Alhamdulillah dunia membuka mata
Perbuatan tentera Zionis yang durjana
Menceroboh kapal di perairan antarabangsa
Membunuh ikut sesuka hati mereka
9 yang mati ditembak 30 kali oleh senjata
Nampak sangat Zionis ini kejam gila
Dan sanggup lancar video propaganda
Mengatakan terroris yang menyerang tentera
Siapa yang terroris kalau tanpa senjata

Walaupun syukur selamat aktivis kita
Tapi kita tidak tahu nasib saudara kita di Gaza
Bantuan yang dibawa tidak sampai ke sana
Habis dirampas oleh si Zionis celaka
Mereka akan terus merana dan menderita
Mereka akan terus lapar dan dahaga
Mereka akan terus dibedil bom-bom Amerika
Termasuk anak-anak kecil dan wanita-wanita

Membantu mereka sudah jadi wajib ke atas kita
Kita disini masih boleh hidup selesa
Kita disini mewah dengan banyak kenduri kendara
Nasi minyak nasi bukhari dan nasi pattaya
Anak-anak muda kita merempit disini sana
Masih leka dengan hiburan Akademi Fantasia
Ada yang kata ini masalah Arab bukan masalah kita
Pemimpin kita pula boleh halalkan judi Piala Dunia
Menghalalkan perkara yang diharamkan Allah taala
Jadi apakah Allah lebih sayang kita atau mereka di Gaza
Nanti lihat siapakah yang paling ramai di syurga

Keris Silau
7 June 2010

Tuesday, March 09, 2010

Ramai Penceramah Kurang Pendakwah

Ramai suka jadi penceramah
Tapi tak ramai suka jadi pendakwah
Ramai orang boleh berceramah
Dengan lingguk bahasa yang indah
Dan menghafal beberapa ayat dan surah
Cerita menarik nabi dan para sahabah
Orang terpegun dengan lidah yang petah
Selepas habis ceramah pulang ke rumah
Suka hati sebab dapat sampul hijau merah
Lebih popular lebih lebat dapat "sedeqah"

Ya saya tau ramai ustaz yang akan marah
Berapa ramai yang benar-benar berdakwah
Penceramah selalu dilayan baik dan ramah
Diberi hidangan istimewa oleh tuan rumah
Tetapi tidak terjadi begitu untuk pendakwah
Bukan semua dawah itu kena berceramah
Kalau kita mengkaji seerah dan sunnah
Pendakwah menghadapi banyak mehnah
Ditangkap dihukum dibunuh disergah
Ramai contoh yang dicatat dalam sejarah
Termasuklah junjungan kita Rasulullah

Dalam pada itu ada juga minta tauliah
Walaupun ada Sarjana dari Madinah
Lagi bagus dari pegawai agama daerah
Lepas tu kena dakwa di mahkamah
Kena masuk lokap untuk orang salah
Walhal pendakyah lain tak payah tauliah
Tindakan bodoh segolongan balaghah

Itulah sebahagian cabaran dalam dakwah
Ramai ustaz yang mengadakan kuliah
Tapi tak ramai macam Kamarudin Abdullah
Ke hulu ke hilir ajak bukan Islam kenal Allah
Tak ramai macam Ustaz Wahab al Kedah
Masuk hutan ajar orang asli kenal RasulAllah
Walaupun umur sudah lanjut tapi masih tabah
Tak ramai macam Imam Ahmad dan Abu Hanifah
Tak ramai macam para-para sahabah
Mereka berdakwah tanpa sebarang upah
Tanpa tiket kelas pertama atau kereta mewah
Tanpa kerusi empuk dan bilik pejabat yang indah
Tanpa ganjaran saham dan unit amanah
Tanpa gelaran Dato Tan Sri dan pelbagai anugerah
Tanpa dikurniakan pingat Tokoh Maal Hijrah
Mereka tidak popular dan tidak dikenali ummah
Tetapi Allah kenal siapa yang ikhlas dan amanah
Kita mengharap Allah menurunkan berkat dan hidayah.


al faqir illallah
Keris Silau
Pulau Pinang 9 Mac 2010.

Tuesday, February 02, 2010

Peristiwa di Bulan Safar

Tiga Z buat gempar
Kucar-kacir jadi PKR
Pening kepala Anwar
Harap banyak bersabar
Budak makin membesar
Sudah pandai main kasar
Tak tahan lama bersabar
Habis semua terkeluar
Keluar kata macam halalintar
Orang depa lari terketar-ketar
Terkejut semua di KOMTAR
Terdengar sampai Alor Setar
Tak sempat tengok Avatar
Kawan marah dah lama bersabar
Pegawai banyak kena tukar
Nasib penduduk masih terbiar
Gerai terus diroboh dan diselongkar
Lalu helang keluar sangkar
Lama tunggu nak sambar
Wakil rakyat yang lapar
Teluk Bahang Teluk Kumbar
Lahar Yooi Lahar Kepar
Bukit Tambun Bukit Dumbar
1Penang berdebar-debar

Keris Silau
2 Februari 2010

Wednesday, November 11, 2009

Sikit-sikit Wahhabi

Wahabbi itu satu misteri
Kalau ditanya apa itu Wahabbi
Kalau kritik ustaz dialah Wahabi
Tak qunut tak buat sujud sahwi
Engkau pengikut Wahhabi
Kalau tak ikut Mazhab Shafie
Engkau pengikut Wahhabi
Niat solat tanpa ussali
Engkau pengikut Wahhabi
Tak buat kenduri orang mati
Engkau pengikut Wahhabi
Tak baca talqin untuk orang mati
Engkau pengikut Wahhabi
Kalau tak berarak Maulid Nabi
Engkau pengikut Wahhabi
Kalau tolak kisah wali dan sufi
Engkau pengikut Wahhabi
Kalau tolak keramat dan misteri
Engkau pengikut Wahhabi
Kau benarkan Chong dan Ramasamy
Masuk dalam masjid yang suci
Engkau pengikut Wahhabi

Bila Pak Lah buat Islam Hadari
Pihak berkuasa agama diam diri
Nak tegur salah pun tak berani
Walhal mana ada Islam Hadari
Islam yang benar Islam yang ori
Kenapa nak tambah jadi Hadari
Sebabnya ia idea Perdana Menteri
Kalau tegur hilang jawatan mufti
Kerusi empuk dan bergaji tinggi
Ada driver nak ke sana ke mari
Tak berani macam Maliki dan Hanbali
Imam-Imam dulu memang berani
Sanggup dipenjara dikerat jari

Buanglah ego dan bangga diri
Jangan guna kuasa sesuka hati
Tauliah apa lagi kalau bekas mufti
Habis tu main fitnah orang lagi
Tuduh dulu baru nak cari bukti
Kaedah fiqh mana yang enta pakai ni

Keris Silau
11 November 2009

Tuesday, November 03, 2009

Excuse me , you ada tauliah?

Jika anda hendak beri ceramah
Anda mesti mempunyai tauliah
Anda ada PhD dari Madinah
Anda adalah seorang Pensyarah
Anda bekas Mufti Makkah
Anda dapat A dalam Syariah
Anda hafiz Quran dan Sunnah
Anda digelar Ustaz atau Ustazah
Anda dikurniakan Tokoh Maal Hijrah
Anda hendak bicara pasal aqeedah
Anda hendak bercerita seerah
Anda hendak mengajar lughah
Anda duduk dalam Panel Syariah
Anda Presiden Jamaah Islah
Di Selangor anda kena pohon tauliah
Kalau tak ada JAIS serbu rumah
Tak kira Taman UK atau Ulu Kedah
Apatah lagi anda menentang kenduri arwah
Atau anda sebut bertalqin itu bidaah
Atau tak setuju Yasin malam Jumaat itu sunnah
Atau suka Wahhabi macam kat Makkah
Di alHaram mereka mungkin bermufaraqah
Sebab Sudais, Shuraim semua Wahabiah
Anda sebut Islam itu Mudah
Sebab Islam itu bagi mereka payah
Sebab nak kena samak satu rumah
Kena masuk Islam kena berbinkan Abdullah
Kena pakai baju Melayu baru nampak Islamiyah
Inilah pertembungan tradisi dan sunnah

Keris Silau
3 November 2009

Friday, October 02, 2009

Peringatan Untuk Semua

Mula gempa di Tasik Malaya
Kemudian banjir besar di Manila
Akibat taufan bernama Ketsana
Kemudian tsunami pula melanda
Di kepulauan Pasifik Samoa
Keesokan hari pula terjadinya gempa
7.6 Richter scale di Padang Sumatera
Ramai kehilangan anak dan saudara
Dijangka hilang lebih 1000 nyawa
Ini semua berlaku keliling kita
Ingat Allah Maha Berkuasa
Allah bisa menurunkan apa saja
Oleh itu beringatlah sentiasa
Malapetaka berlaku sekelip mata
Janganlah kita lupa dan alpa
Jangan kita terlalu gembira
Simpatilah kepada mereka
Yang ditimpa musibah Allahtaala

Keris Silau
2 Oktober 2009

Friday, September 11, 2009

Tazkirah di Pagi Jumaat




Di bulan yang penuh rahmat
Marilah kita semua bermunajat
Leburkan dosa-dosa dan maksiat
Memohon ampun dan bertaubat
Ya taubat sebelum terlambat
Sebelum Malaikat Maut melawat
Sebab dia tak pernah datang lewat
Walaupun seminit atau sesaat

Di bulan ini ibadah dipertingkat
Bacaan alQuran diperhebat
Sunat Taraweh sunat muaakad
Bukan cuma pada mula nak start
Sebab semakin hari nampak semakin liat
Mula-mula 10 saf sekarang tinggal empat
Qiyamulail cuma ada beberapa kerat
Sepatutnya 10 malam terakhir kita pecut kuat
Nabi suruh iktikaf dan isteri jangan dekat-dekat
Memperolehi al-Qadar itulah matlamat
Namun kita sedih ramai tak buat
Sibuk buat kueh raya dan halwa maskat
Sibuk nak hias rumah dan kerja mengecat
Sibuk membeli-belah sehingga capek penat

Aku sekadar mengingat dan nasihat
Semoga ianya membawa manafaat
Sebab aku risau raya Melayu cukup hebat
Kita lebih utama raya dari beribadat
Ada yang raya sebulan sehingga Shawal tamat
Sheikh Arab geleng kepala dengan fatwa sesat
Raya satu hari sahaja di Saudi atau Emirat
Kita raya sakan sebulan open house sampai tak larat
Orang yang tak puasa nampak seronok sangat
Terkinja-kinja di kaca TV kita pun naik meluat
Mohon ulama-ulama tolong peringat dan nasihat
Sebab kalau tak dibendung budaya ini akan melarat
EidulFitr hari yang suci tapi dipenuhi maksiat
Semasa khutbah jangan lupa pesan kepada umat

Keris Silau
21 Ramadan 1430H

Wednesday, August 26, 2009

Apabila Ramadan Menjelma

Apabila Ramadan menjelma
Gastrik pun datang sama
Alasan kuat tak boleh puasa
Walaupun sebulan tapi tak kuasa
Yang kaya berpuasa diluar negara
Boleh makan tak ada penguatkuasa
Tradisi setengah pembesar negara
Mereka lupa Allah ada di mana-mana

Apabila Ramadan menjelma
Pasar Ramadan jadi tarikan semua
Boleh lihat kueh dan juadah berbuka
Semua kueh dan lauk sedap belaka
Seri muka karipap dan buah melaka
Ayam percik sambal udang gulai biji nangka
Semua sedap tapi pembaziran yang nyata
Mereka lupa pesan Allah taala

Apabila Ramadan menjelma
Yang sunah pula jadi utama
Yang wajib buat-buat alpa
Solat taraweh rajin ke musola
Solat subuh jemaah malas la
Mereka lupa ganjaran Allah taala

Apabila Ramadan menjelma
Sepatutnya kurang berbelanja
Lebih banyak infaq harta benda
Pasar Ramadan last agenda
Sebab bila kita asyik ke sana
Banyak benda kena jaga
Nafsu selera dan juga mata
Cucur badak dan cucur keria
Jangan lupa pesan Allahtaala

Keris Silau
5 Ramadan/26 Ogos 2009

Thursday, August 20, 2009

Buat Malu Kompeni

Nampaknya UMNO ketandusan
Loyar buruk dijadi calun Barisan
Loyar bawa lari duit pelanggan
Pecah amanah duit anak guaman
Mahkamah Tinggi menolak rayuan
Itu yang ditegas Ragunath Kesavan
Bra Council kena marah si Timbalan
Dia kata Bra Council cuba campurtangan
Bra Council berpihak kepada Salleh Man
Dia kata kesalahan macam kena saman
Apa punya b.....ul si Timbalan
Lepas ni mesti dimarahi si Temban

Alahai UMNO apa nak dikata
Pilih salah orang silap belaka
Macam JJ yang gila meraba
Boleh diangkat naik jadi Duta
Buat malu Satu Malaysia
Tak ada ke yang baik punya
Senang dikontrol Amerika
Bagi dia pompuan dan cigar
Habis dijual segala rahsia

Itu yang aku geram kat Menteri
Siakap senohong gelama ikan duri
Bila cakap bohong lama2 jadi menteri
Bila keluar negeri jumpa pelajar universiti
Macam baru-baru ini
Si Timbalan berdialog di PCC
Student tanya soalan berapi-api
Merah muka siTimbalan macam cili
Special officer ugut student yang tanya tadi
Apa punya haprak nak asik ugut pelajar uni
Kata boleh jawab apa soalan amalan demokrasi
Betul-betul buat malu kompeni

Keris Silau
19 Ogos 2009

p.s. sorry dah lama tak tulis, karat sikit.

Wednesday, June 03, 2009

Zaman Keruntuhan

Stadium di Teganu runtuh
Pasaraya di PJ runtuh
Bangunan di Grik runtuh
Pasaran saham pun runtuh
Lebuhraya pun nak runtuh
Itu sebab banyak durian runtuh
Mungkin ini musim runtuh

Banyak benda akan runtuh
Mungkin BN juga akan runtuh
Gelombang kuat Penyebab Runtuh
BN goyang dan sudah tidak utuh
Komponen BN hampir jatuh
PPP dan Gerakan asyik gaduh
UMNO banyak negeri pun gaduh
Di Teganu Said lawan idris Jusuh
MCA pun tak habis-habis gaduh
MIC tunggu masa nak mampuh
Tiba-tiba rumah kaca BN jadi rapuh
Dalam PR13 BN bakal hancus luluh
Baru lah IGP AG CJ berpeluh-peluh
Dulu kuat tolak pun tak jatuh
Lepas ni hampeh baru tau siapa jaguh
Oleh itu jaga-jaga semua musuh
Elok bertaubat sebelum kena tabuh
Seeloknya selepas sembahyang Subuh
Atau sebelum matahari berlabuh

PR kena susun saf kukuh-kukuh
Kali ini kena letak calun yang utuh
Bukan calun pantang duit lima puluh
Bukan calun bawa lari bini orang ke Ipoh
Bukan calun mulut muncung macam Noh
Bukan calun yang suka berpeluk tubuh
Bukan calun yang suka kow tow dengan musuh
Bukan calun yang kedekut pahit sungguh ...hang tau la sapa no
Bukan calun yang percaya tahyul dan Tok Moh
Dan akhir sekali calun yang terang lagi bersuluh
Sapa lagi kalau bukan si Kapor Baroh

Keris Silau
3 Jun 2009

Monday, June 01, 2009

Akhirnya Chot Menang

Setelah seminggu berpenat lelah
Habis seluruh pelusuk Penanti diredah
Habis kesemua pesakit diziarah
Tidak kira yang masih hidup atau arwah
Habis semua kedai kopi di singgah
Pasar malam pasar tani dan pasar buah
Setiap masjid setiap surau setiap madrasah
Akhirnya YB Mansor menempa sejarah
Hari Rabu ni Adun Penanti angkat sumpah

Setelah tiga kali gagal menang pilihanraya
Kali keempat membawa tuah rupanya
Walaupun nombor 4 pantang orang Cina
Setelah 10 tahun berjuang akhirnya berjaya
Tahniah kepada isteri yang begitu setia
Berada disamping suami setiap masa
Waktu senang dan waktu tenggelam punca
Kak Aishah tonggak kekuatan suaminya

Guan Eng akan lantik Mansor Osman
Sebagai TKM 1 pada 3 haribulan
Rakyat Pulau Pinang menaruh harapan
Di sana ada mereka yang dihimpit kemiskinan
Peniaga kecil yang perlu bantuan dan panduan
Masjid yang masih dikawal ketua cawangan
Menghalang banyak program keagamaan
Yang penting bagi mereka bila VIP buat lawatan
Masalah Melayu Pulau Pinang perlu diberi perhatian
Isu tanah, isu rumah, isu agama dan tanah perkuburan
TKM lama berjanji tapi tak dapat tunaikan
Oleh itu jangan berjanji untuk menyedapkan
Kalau YB TKM mendapat undangan
Untuk acara Maulud Nabi dan keramaian
Kalau dah janji jangan tak pergi tanpa alasan
Orang dah buat macam-macam persiapan
Itu antara punca-punca kejatuhan

Ulama nasihat sentiasa mengingati Allah
Kalau ada yang nak suap sebut Astagfirullah
Jangan pula terima dan sebut Alhamdulillah
Kalau ada yang menegur sebut Inalillah
Jangan pula melenting dan marah
Kalau ramai yang mengharap sebut InsyaAllah
Saya akan cuba sedaya upaya dengan izin Allah
Kalau masuk ofis baru jangan lupa Bismmillah
Kalau orang nak bagi BMW sebagai rasuah
Jangan pulak teringin nak menerai dengan kak Aishah
Kejatuhan kawan kita kerana berebut ghanimah
Baru setahun dah mula action dan bermewah-mewah

Keris Silau
1 Jun 2009


ghanimah = harta rampasan perang

Thursday, May 28, 2009

One Malaysia Gapadia Gitu

Jangan keluar mengundi
Satu hasutan dari Khairi
Kepada pengundi Penanti
Inilah dia sakit hasad-dengki
Dulu kini selamanya iri-hati
Membuatkan orang semakin benci
Sampai bila UMNO nak terus begini
Bersikap takabur dan bangga diri
Bagaimana nak tawan hati muda-mudi
Jelek tengok perangai menantu Badawi
Bapa mertua baik pijak semut tak mati
Tapi menantu siru berlagak puuuiii

Jangan sombong atau bermegah-megah
Jangan munafik dan memecah belah
Disiang hari merasmikan tilawah
Malam berdangdut di kelab-kelab mewah
Di siang hari nasihat budak-budak sekolah
Hendaklah kita sentiasa ingat akan Allah
Di malam hari tokeh judi suap kita tadah
Di siang hari nasihat jangan ambik dadah
Di malam hari minuman keras dilanggah

Mulut manis bila berbicara sesuatu
One Malaysia ajak semua bersatu
Tapi orang pandai akan tahu
Itu semua slogan macam lagu
Kalau ikhlas di Perak buatlah sesuatu
Bukan tangkap orang tak menentu
Halau MB Nizar macam salah-laku
Kenapa sebab buat dia macam tu

Adili rakyat dengan saksama
Tidak kira negeri pembangkang yang lima
Jangan kerana tu tarik semua dana
Nak baiki jalan JKR kata duit tak ada
Di Kelantan pusat arah jangan kerjasama
Kata Tok Guru One Malaysia gapadia
Menghukum rakyat sebab tak undi dia
Cukup lah slogan semua tak guna
Tengoklah Islam hadari semua dah lupa
Yang penting ikhlas kepada semua manusia
Tidak kira apa bangsa melayu cina atau india

Keris Silau
28 Mei 2009

Tuesday, May 26, 2009

Lapuran Dari Penanti

Keadaan di Penanti aman
Aman sebab tak ada Barisan
Gagak hitam tidak lagi kelihatan
Cuma Siput Babi nampak bertebaran
Tiada kereta mewah lagi di jalan-jalan
Tiada sekolah yang akan dirasmikan
Tiada masjid yang dapat peruntukan
Tiada jalan-jalan yang nak diturapkan
Tiada gadis-gadis pinky berkeliaran
Tiada makcik-makcik buat kelas masakan
Tiada menteri-menteri datang buat lawatan
Khairi tak datang lagi tunjuk kejantanan
Keris kontot si Hisam pun agaknya disimpan

Dengar kata ramai wanita nak ikut rombongan
Rombongan makan angin di Teganu dan Kelantan
Betul-betul pada hari PRK 30 hingga 31 haribulan
Dato J nak belanja wanita Penanti berjalan-jalan
Tujuan untuk kurangkan majoriti Mansor Osman
Dari dulu kini dan selamanya berhati setan
Hasad dengki masih kuat bermusuhan
Nana Non tolong depa macam-macam bantuan
Kot la nak balas jasa baik Nana Non dan Kak Wan
Kenduri kawin anak panggil tapi mak tahan
Tak mau Nana Non mai sebab ketakutan
Apa punya haprak orang Barisan
Nana Non tak ambik hati tapi kesian
Kesian dok tengok depa tak ada perubahan
Dok kena bohong kain pelikat dan rombongan
Oleh itu saya seru jangan keluar kawasan
31 haribulan pakat-pakat pangkah Mansor Osman!

Keris Silau
Ground Zero
26 Mei 2009

Monday, May 25, 2009

Kak Min Kena Penyakit Anifah Aman


Mami Jelutong mula cari publisiti
Kononnya ditawar Timbalan Ketua Menteri
Mungkin dia tiru Anifah Menteri Luar Negeri
Selain itu boleh jadi Yang Dipertua MPPP
Ditawarkan juga RM80,000 kalau tarik diri

Woooii Kak Min tolong sedar diri
Jangan dok menggatai di Penanti
Tolong ukoq baju di badan sendiri
Belajar takat SPM nak jadi menteri
Sekurang-kurangnya kena pas universiti
Kepakaran Kak Min cuma kat kari
Kari kepala ikan kak min hingga menjilat jari
Itu memang semua orang puji

Satu lagi nak bagi tau kat mami
Duit RM80,000 mana nak cari
Pi berkempen pun kena bayar duit sendiri
PKR punya bajet cuma cukup duit beli kopi
Minta kat tokoh korporat depa takut nak bagi
Kalau UMNO lain lah banyak tokeh kasi
Bercambah-cambah duit tokeh-tokeh judi

Sudahlah Kak Min wooi tolong berenti
Jangan jadi macam mami tak sedar diri
Eloklah beristighfar jaga baik-baik Mat Rofi
Dia tu baru sangat pencen drebar MPPP
Nak harap kat Ezam, Ezam dah keluar negeri
Tidak kalau dia boleh bawa 6 kotak peti undi

Keris Silau
25 Mei 2009

Ceramah DSAI di PRK Penanti




































UMNO kata Nizar keturunan Cina
Muka rupa paras pun macam Cina
Sebab tu boleh bertutur bahasa Cina
Dan menuduh dia tali barut Cina
Bagi tanah kebun sayur kepada Cina
Nizar bukan Melayu tulin sebab mak Cina
Yong dok ada tu tulen ka??????

Apa salah Nizar diperlakukan sedemikian rupa
Adakah dia melulus tanah untuk dia atau keluarga
Adakah dia pergi melancung ke Disneyland belanja 1.5 juta
Adakah dia menyeleweng harta dan khazanah negara?

Dato Seri Anwar Ibrahim, Penanti 24 Mei 2009





Wednesday, May 13, 2009

Mandela, Gandhi or Zambri-ji

Oh my god Allah Al Mighty
Someone compare himself to Mandela or Gandhi
You know who lah MB wannabe Zambri
He spent a few nights in prison during reformasi
Unlike Mandela who spent most of his life in penitentiary
Gandhi fought for independence but Zambry fights to be MB
Poooorrrrrah not an inch of those statesman’s quality
That gives us doubt on his PhD from Temple University
We should ask Temple alumni Mohd Nor Manuty
Okay lah I only find one similarity
Color tone of the body
Before making the claim cermin lah diri

Who is the legitimate Perak MB
Let the Perakians decide Nizar or Zamberi
People have no confidence in judiciary
One-man judge raised many uncertainty
Now everyone question Zambry legitimacy
BN insistence worsen the political instability
Perak imbroglio deepen the worsening economy
Perakians dah fed-up lebih baik makan Mee Rebus Ramli

Anyway where is Perak Mufti
During this crisis he should be conciliatory
He said Haram to Sureheboh and Hindustani movie
Why not come out with fatwa or decree
This crisis is even bigger compare to those triviality
For sake of Perakian dissolve state assembly
Coming from the state Islamic authority
A decree to save the state from uncertainty

Keris Silau
13 May 2009

Monday, May 11, 2009

Kemaruk Sangat Ke?

BeEnd memang kemaruk sakan
Sehingga kita saksi keberantakan
Tak pernah berlaku dalam dewan
Seolah-olah suasana parlimen Taiwan
Itulah yang dipelajari wakil rakyat Barisan
Semasa sibuk-sibuk dulu lari dari Pakatan
Lawatan sambil belajar di bulan Ramadan
Habis dikrojer nyer Speaker Dewan
Diheretnya macam kawan tu kena sawan
Bawa polis yang berpakaian pereman
Sungguh memalukan to all Perakian
Mencemar negeri Perak Darul Ridwan

Tak sanggup yob tengok gambar
Gambar yang heret Speaker Sivakumar
Video pun ada juga yang disiar
Satu dunia tengok perangai kurang ajar
Tapi BeEnd kata ini semua salah Nizar
BeEnd yang nampak kurang sabar
He guna pepper spray ada bukti gambar
Lagipun dia orang banyak yang celupar
Hamidah kata India lebih teruk dari ular
Tapi BeEnd cari India juga ganti Sivakumar
Eloklah kalau kita semua sepakat bubar
Biar rakyat tentukan Zambri atau Nizar
Apasal takut kan berani kerana benar

Keris Silau
11 Mei 2009

Tuesday, April 21, 2009

Sabar Menanti

Orang Penanti tidak sabar menanti
Untuk mencari seorang pengganti
Adun dia letak jawatan bukan mati
Nak mengaji lagi walaupun ada 2 Degree
Baru nak masuk bab Timbalan Ketua Menteri
Tiba-tiba tok guru meninggal dunia mati

Semoga menjadi iktibar dan pengajaran
Jangan cuma tengok tahap pelajaran
Jangan terpesona dengan petah percakapan
Lenggok macam gaya ustaz lepasan Jordan
Janggut sejemput macam pejuang ikhwan
Kita sudah terus beri thiqah kepercayaan
Oleh itu kepercayaan menjadi pengkhianatan
Marilah kita sama-sama memohon keampunan

Kita bersedia berjuang walaupun kepenatan
Tup tup tup Najib kata tak jadi di Pekan
BN berkata ini semua taktik lawan
Dan berkata ini semua adalah pembaziran
Dulu kata kalau tak bagus lebih baik letak jawatan
Tiba-tiba BN sudah ubah pendirian

Kalau takut janganlah bagi alasan
Tiba-tiba bercakap mengenai pembaziran
Rasuah dan komisen itu bukan pembaziran
Bayar komisen 500 juta itu penjimatan
Melancung ke Disneyland itu keperluan
Peeerrah sejak bila dia nak sep duit kerajaan
Bini siapa kalau berjalan beli barang bertan-tan
Tak caya kau orang tanya MAS punya kakitangan
Habis diborong nya LV dan Gucci punya beg tangan
Mat Salleh kat London pun geleng kepala kehairanan

Eloklah jangan bertanding di Penanti
Nanti bila kalah jadi 5-1 malu nanti
Walaupun referi dan linesman boleh dibeli
Tapi rakyat Penanti bijak mengundi
Bawalah Imam Besar untuk mengelabui
Tapi Imam tu sepak tong tunjuk emosi
Orang hilang hormat walaupun pandai mengaji
Mungkin Tun M jadi calun BN untuk Penanti.

Keris Silau
21 April 2009

Wednesday, April 08, 2009

4-0

Dua-dua bukit PR menang
Najib cuma dapat satu Batang
Nizar menang besar di Bukit Gantang
Walaupun tarian seksi di Kuala Sepetang
Dan Nizar dituduh boneka “teng lang”*
Namun Nizar tetap disanjung dan disayang
Bukit Gantang diliputi Bulan yang terang
Dan apa jadi dengan “Wow” punya orang
Dia lagi mau suruh pancung itu barang
Tapi Allah Maha Kaya lagi Maha Penyayang
Akhir sekali yang kena pancung ialah diaorang

UMNO masih lagi buta
Pergi bedah siasat kau punya mata
Buta untuk melihat kebenaran dan fakta
Masih tidak berpijak di bumi yang nyata
Masih membohongi memutarbelit media
Menfitnah Nizar dengan pohon derhaka
Ada pulak arahan tak leh sebut Altantuya
Siar balik cerita lama Anwar di TV Tiga
Sedarlah ini zaman alternatif media
Facebook jadi trend muda dan tua
Lihatlah gimana Obama menawan Amerika
Ini asyik-asyik fitnah aja di Utusan Meloya
Rakyat dah tak makan awak punya cerita

4-0 itu skor yang rasmi
Kalah teruk walaupun beli referi
Siapa lagi refri kalau bukan EC
Penjaga garisan Polis dan MACC
Walaupun turunkan Ezam dan Khairi
Penyokong susut semua belah lari
Pondok panas tinggal meja dan kerusi
Setelah tahu Nizar tambah gol majoriti
Di Bukit Selambau Manikumar skor tinggi
13 pemain bebas gagal cuma kacau undi
Habis terbalik bas kapalterbang dan lori
Sami Velu cabut lari bersama Veil Parry
Hantu Tuya dan Sujata amuk di Sg Petani
Lepas ini kita ke Bukit Lanjan dan Penanti!

Keris Silau
8 April 2009

*teng lang = Hokkien untuk orang Cina

Wednesday, March 18, 2009

Apa Kata Survey?

Survey kata UMNO parti korap
Korap sebab ambik rasuah kerap
Pantang tengok pitih terus digarap
Tak lama lagi UMNO jatuh tertiarap
Rakyat meluat macam kucing kurap
Tak berguna sesen macam sampah sarap

Belum apa-apa lagi dah tunjuk belang
Sapa lagi kalau bukan orang Pahang
Bermula dengan penculikan tiga orang
Sehinggalah Ali Rustam dihalang
Semua tu tanda awal apa yang akan datang
Bini pun dah mula bersuara garang

Penduduk Malaysia ada 29 juta
Oleh kerana seorang hancur Malaysia
29 juta tidak dapat halang seorang manusia?
Yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya
Dan kerakusan yang terserlah merampas kuasa
Tidak ada perdana menteri sebelumnya
Yang membawa baggage penuh tandatanya
Malu kita rakyat Malaysia kepada luar negara
Membiarkan seorang ala Mugabe untuk berkuasa
Nampaknya kita akan jadi Zimbabwe Asia
Oh sungguh malang nasib kita rakyat jelata
Berperdanamenterikan seorang yang begitu curiga

Kita memohon dan berharap supaya Raja
Melakukan sesuatu mengelakkan dari hampa
Rakyat menaruh harapan tinggi kepada istana
Walaupun hampa dengan sultan disebelah utara
Namun kita pasti Raja yang adil masih wujud di dunia.

Keris Silau
18 March 2009

Tuesday, March 10, 2009

Letter to Mat John - Tree Story

Dear Mat John,

Oh man what is happening to this country
Never before ADUNs meet under the tree
Possibly it was the first in our history
Salutes to those ADUNs for the bravery
They showed to us the true democracy
Despite the intimidations by the Kuku Besi
Despite name calling from Zohid and Nazeri
In contrary those two are stupid menteri
Celaka and bodoh are Nazeri’s common vocabulary
While Zohid amassed wealth and live in luxury
As menteri agama he should be an exemplary
In fact he owned fleet of Mercedes and Ferrari
To be exact around 18 cars seen in vicinity
While many struggling to feed the family
Especially now in the struggling economy
Our Menteri Agama collect cars as his hobby

As law enforcer police must be acting in impartiality
When UMNO goons gather in illegal assembly
And they even harassed the OKU in parliament lobby
No actions taken by our IGP or our AG
They only take the Toyo for ride for show only
When Perak Speaker call for DUN assembly
With legitimate order using his authority
The police go beyond their role by blocking the entry
Even Bar Council puzzled with the authority
They even have gut to declare it illegal assembly
Are we on the brink to be Zimbabwe friendly

Pak Lah is leaving soon as Perdana Menteri
Good bye to 4th floor boys lead by Khairy
You guys can now gather in Restoran Ghani Briyani
They also serves teh tarik while surfing internet is free
Nor Jeep will occupy 4th floor with friends of Sexpole Bukhari
Scholarship will be offered if you are willing to lompat parti
And to those who confessed to be victims of Sodok Me

Well, Malaysia soon will have new Perdana Menteri
The only PM that carry a sickness call TB
Bukan tubercolosis tetapi Takut Bini
The fat lady loves kissing actors from Hindi movie
A little bit short but has potent weapon for her enemy
Dont play play with this Roh Sir Ma soon to be First Lady
You’d better run for your life if that become reality
Oh ya ladies, please keep track of your hubby
Roh Sir Ma hubby known as kidnapper lately
Three ADUNS from Perak became victims already
Two male ADUN and a lady ADUN called He

So Mat John please look for a decent house in Sydney
I might have to migrate before they nab me

Keris Silau
6 March 2009

Friday, February 27, 2009

Tol Naik Lagi

Menteri kata tol naik lagi
Despite slowing economy
Kerajaan tak ambil peduli
Ini gomen tak ada sensitiviti
Dont you know economy is gloomy
Impending layoff all over the country
Dont give stupid excuse lah Menteri
Since your car kerajaan yang bagi
You tak keluar duit dari poket sendiri
Minyak pun driver kerajaan taruh kasi

Same goes to all BN punya menteri
Semua sudah kaya dua tiga generasi
Kerajaan pun kasi kereta kat isteri
Lagi ada driver bawa sana sini
Marketing dan shopping di KLCC
Urusan rasmi cuma bila ada meeting Bakti
Banyak senang jadi laki atau bini menteri
Rakyat yang tersiksa menanggung rugi
Harga minyak pun sudah tak ada subsidi

Tarif elektrik pun turun baru-baru ni
Tapi turun sikit sangat macam pulut inti
Masa naik macam segantang padi
This is an insult lah Dato Seri
Please review agreement with IPP
So that tariff can be reduced by TNB
These IPPs have no social responsibility
Asyik nak untung lansung tak ada simpati

Kalau macam ni lah mana cukup gaji
Hujung bulan along dan bank sudah cari
Habis kena gadai gelang emas bini
Syoru miss lah kena makan maggi
Hidup susah dengan tekanan inflasi

Jadi kita minta Mr. Dollah Badawi
Bulan tiga engko dah nak berenti
Walaupun kau bangga MACC dan judiciary
We dont think that as good prestasi
Anyway we will give you new opportunity
Kau istiharkan tol percuma atau Toll Free
Dari Bukit Kayu Hitam hingga Sungai Besi
Boleh juga kami panggil kau Bapa Toll Free
Tak perlu lagi kami panggil Bapa Mertua Khairi
Oleh itu kita buat public holiday 28 Februari

Keris Silau
27 Feberuari 2009

Tuesday, February 24, 2009

Dua Bukit dan Satu Batang

Belum sempat ke Bukit Gantang
Bukit Selambau pun belum datang
Kita dikejutkan kematian Adun Batang
Di Negeri Sarawak Bujang Senang
Maka sibuklah Anwar dan Hadi Awang
Untuk tawan dua bukit dan satu batang
Memang betul ini bukan kerja senang
Kena kerja kuat tak kira malam atau siang
Sebab musuh pasti juga mahu menang
Musuh diketuai oleh orang Pekan Pahang
Terkenal sebab suka bawa lari suami orang
Antaranya Cangkat Jering Bota dan Behrang
Dikurung hingga mengaku akan menyeberang

Ketua musuh sudah mula menyerang
Semua pasti beres sebab dia banyak wang
Perbendaharan negara dia yang pegang
Namun rakyat bukan semua mata wang
Bukan semua gila harta macam Hee Jelapang
Bukan semua boleh terbeli janji kau orang
Rakyat sudah muak dengan perangai kau orang
Kalau raja tak setuju kau orang panggil natang
Kaum yang bukan Melayu kau panggil pendatang
Buat demo dijalan kau kata macam kera semang
Tapi hari tu kau yang melebih dari kera miang
Kau rampas Perak dengan cara tipu dan wang
Bukan dengan mengikut lunas undang-undang
Kau juga suka siarkan gambar orang telanjang
Memang betul sentiasa mencari peluang
Kau pun sama malah tidur tanpa seurat benang
Tapi kita orang tak hingin nak tengok nenek orang

Dah dua pilihanraya di KT dan Permatang
Dua-duanya Pakatan Rakyat menang

Dengan izin Allah begitu juga akan datang
Batang Ai Bukit Selambau dan Bukit Gantang
Kita doa supaya Barisan Najis akan tumbang
Satu signal rakyat dah meluat kat hang!

Keris Silau
24 Februari 2009

Friday, February 20, 2009

Awas Bahaya Di Hadapan

Ambil perhatian wahai rakyat Malaya
Negerimu bakal dipimpin ex-teman Altantuya
Negeri yang aman berada dalam bahaya
Siput Babi juga sedang menular di alam maya
Menurut perintah bakal PiEM di Putrajaya
Awas Siput babi juga menyamar masa pilihanraya
Berserban dan berjanggut memang tak percaya
Untuk memastikan dua-dua Bukit milik BeEnd punya

Suka diingatkan pemimpin PR yang nak cepat kaya
Siput Babi meneropong anda di rumah atau dijalanraya
Boss MACC tak bebas tapi ada di Putrajaya
Engko kena hati-hati jangan mudah percaya
Jangan mandi bogel nanti gambar keluar di siber raya
Pakailah kain basah atau pun bini punya kebaya
Walaupun bergelar Ustaz, Tok Guru atau Abuya
BeEnd dah kemaruk semangat dan mula meloya
Nanti dia super-impose kau kat badan Ruth Suhanaya

Ya memang BeEnd dah mula kemaruk gila
PiEm ke enam dah tunjuk perangai gorilla
Suka bawa lari suami orang pada bila-bila
Kau tengoklah apa jadi kat kawan kita Bala
Entah hidup atau mati yang tau cuma Allahtaala
Boleh guna SeeFor hancur lulus budak Mongolia
Tak sempat dia nak merasa aiskirim Magnolia
Hancur lulus badan tulang kaki dan kepala

Aku takut Malaya hancur dan porak-peranda
Sekarang pun kau lihat sudah ada tanda-tanda
Tak kiralah yang bergelar rakyat atau baginda
Hancur apabila tsunami BeEnd datang melanda
Seperti apa yang terjadi di Somalia dan Uganda
Maka BeEnd bertambah riak dan mengada-ngada
Tapi lawan tetap lawan betui tak Nana!

Keris Silau
20 Februari 2009

Monday, February 16, 2009

Mari Belajar Bahasa Istana

Kalau rakyat makan, raja santap
Kalau rakyat tidur, raja beradu
Kalau rakyat mandi, raja bersiram
Kalau rakyat sakit, raja gering
Kalau rakyat marah, raja murka
Kalau rakyat berjalan, raja mencemar duli
Kalau rakyat bersuara, raja bertitah
Kalau rakyat tinggal di rumah, raja di istana
Kalau rakyat duduk kerusi, raja duduk singgahsana
Kalau rakyat ada isteri, raja ada permaisuri
Kalau rakyat ada nenek, raja ada nenda
Kalau rakyat mati dikuburkan, raja dimakamkan
Kalau rakyat mati, raja mangkat
Kalau rakyat mati jadi Allahyarham, raja mangkat jadi Almarhum
Kalau rakyat bagi hadiah, raja bagi anugerah
Kalau hujan rakyat pakai payung, raja pakai iram-iram
Kalau rakyat baling kasut, raja baling kaus
Kalau rakyat sambut hari jadi, raja sambut hari keputeraan
Kalau rakyat bertolak, raja berangkat
Kalau rakyat buang air kecil, raja buang air seni
Kalau rakyat suka, raja berkenan
Kalau rakyat sakit kepala, raja gering hulu

Bukit

Piliharaya kecil Parlimen ....Bukit Gantang
Plihanraya kecil DUN....Bukit Selambau
MP nak saman Sultan....Bukit Gelugor
Gambar telanjang ADUN....Bukit Lanjan (Te Lanjan g)
Ketua bahagian UMNO mulut capoi....Bukit Bendera
Demonstrasi di Perak ......Bukit Chandan
Tanah runtuh baru-baru ni....Bukit Antarabangsa
Bukit yang tak aman.....Bukit Aman

Oleh itu hati-hati ADUN Anak Bukit.

Thursday, February 12, 2009

Damai Abadi Versi Polis Pencen

Aku akan pencen tak lama lagi
Lima tahun jadi Perdana Menteri
Kini semua itu tinggal memori
Aku akan catatkan bibliografi
Dapat lah sikit jualan dan royalti
Untuk aku jalan-jalan mencari

Cari apa cari damai abadi
Yang aku tulis jadikan puisi
Kini baru ada masa nak mengaji
Kitab alShafie dan al Bukhari
Dulu aku pening dengan Khairi
Dan juga juak-juak menteri
Dan tokoh korporat yang greedy
Mahu projek tu mahu projek ni

Lama aku menunggu saat ini
Masa jadi Piem aku selalu busy
Sebab tu aku tertidur siang hari
Terutama meeting pasal ekonomi
Sebab aku jurusan Sastera di universiti
Itulah sebab aku pening tengok Zeti
Banyak sangat nombor aku tak reti

Walaupun lagi sebulan nak berenti
Aku dah malas nak pi opis lagi
Bior Najib aje manage the country
Macam apa yang berlaku di Perak baru ni
Semua tu Najib punya taktik dan strategi
Entah apa dibagi makan 4 ekor monkey
Dia juga yang melantik Dr. Zamberi
Aku lebih suka kat Tajol Rosli
Orangnya lembut macam Melayu asli
Tak lah garang macam Ghazali Jawi

Nampaknya Jean lagi banyak publisiti
Tak caya kau tengok Star atau NST
Aku dah tak larat dah lemah bateri
Penat melayan karenah menteri
Depan aku pijak semut pun tak mati
Belakang aku kutuk giler buat dosa free
Semua dia orang tu hipokrit punya kaki
Tengoklah bila aku tak jadi Piem lagi
Dia orang akan kutuk aku berbaldi-baldi

Aku nak pakat ngan Che Det buat Alumni
Tak berapa bulan Najib pun join kami
Dia tak leh tahan dengan dia punya bini
Teori RAHMAN berulang kembali
Rosmah pula ambil alih Perdana Menteri
Lepas tu baru Anwar belakang juga mari
He he he aku ketawa sungguh geli hati
Ikut Che Det yang ketawa sendiri-sendiri
Kau baca posting blog dia Lompat Lagi

Okaylah sebelum aku mengundur diri
Watak di atas tak kena-mengena yang hidup atau mati
Jadi aku pohon maaf selama aku jadi Perdana Menteri
Sebab masa aku minyak melambung tinggi
Begitu juga dengan bil air dan bil TNB
Roti canai nasi lemak atau capati
Semua itu disebabkan world economy
Semasa aku rasuah juga menjadi-jadi
Dan aku pohon maaf juga perangai Khari
Memang menantu ni pandai ambik hati
Lalu aku percaya kat dia jaga Treasury
Rupanya sekarang baru aku mengerti
Okay lah semua tu berlalu so I dah cakap sorry
Good bye and good luck with new Perdana Menteri

Keris Silau
12 February 2009

Wednesday, February 11, 2009

Perak - Satu Analisissinis

Habis dikroje nyer Najib Razak
Diumpan empat monyet nasi kerak
Dapat semula perintah negeri Perak
Negeri jadi celaru dan berselerak
Ada dua MB satu melayu satu mamak
Satu MB PR satu MB Barua NaZak

Tuanku memang ada budibicara
Untuk melantik siapa sahaja
Tapi kita pun tahu siapa tuanku suka
Bila ke Jakarta Tuanku ajak MB lama
Dan orang juga tau kaitan dengan Gamuda
Tapi keputusan Tuanku timbul salah sangka
Rakyat terguris dan demo di Kuala Kangsa
Mahu Tuanku baik-baik guna kuasa
Bukan engkar atau ingin menderhaka
Bukan untuk buat tuanku jadi murka
Namun niat supaya tuanku pikir semula
Semoga Tuanku dapat disanjung di atas takhta

Apa beza cara Najib dengan Nana
Nana tidak tawar mereka Ringgit Malaysia
Nana nak bawa undi tidak percaya
Tapi cara Najib sungguh berbeza
Najib guna ganjaran dan kudeta
4 monyet jadi kelabu tengok juta-juta
Dikurung tanpa pengetahuan sesiapa
Takut senasib macam Bala dan Altantuya
Arumugan pun terpaksa lari balik India

Tup tup tup mati MP Bukit Gantang
Manusia merancang Allah juga merancang
BN dan PR lihat ini satu peluang
Tok Jib akan buat apa saja untuk menang
PAS pula over-confident akan menang
Penduduk Bukit Gantang akan ditatang
Macam di Kuala Teganu dan Permatang
Kali ini biar apa yang datang
Kain pelikat kain batik atau wang
Ambik sebab memang tu duit kau orang
Tapi jangan sekali undi Barisan Natang!

Keris Silau
Februari 11 2009

Tuesday, February 03, 2009

Wanita, Takhta dan Harta

UMNO kata ia parti yang bermaruah
Memecat ahli ambil RM300 wang hadiah
Tapi UMNO sanggup terima kemasukan perasuah
Dua ADUN PKR Perak hadapi tuduhan rasuah
Tuduhan meluluskan projek di Seri Iskandariah
Kalau bersalah mereka adalah penjenayah
Namun bagi UMNO itu tak jadi masalah
Parti itu sanggup terima yang tak bermaruah
Asalkan dapat memenuhi hajat nak memerintah
Adakah UMNO satu parti bermaruah?

Kalau dengar geng UMNO bersembang
Sikit sangat yang bercakap nak berjuang
Semua pikir pasal projek nak banyak wang
Wang..wang..wang..mengisi otak kau orang
Projek itu..projek ini..selalu menghidu peluang
Di kedai kopi di warkop atau dilobi lima bintang
Cuma slogan cemerlang gemilang terbilang
Tapi yang sebenar cuma songlap macam musang
Kalau mereka tak ikut cakap atau menentang
Silap haribulan akan didapati telah "hilang"
Macam Altantuya, Bala, Adun Cangkat dan Behrang
Habis hancus lulus isi badan dan tulang

UMNO tak appeal kepada orang muda
Sebab pemimpin UMNO sombong dan gila takhta
Sanggup beli ADUN dengan wang berjuta-juta
Dan juga perwakilan bahagian Pemuda dan Wanita
Jin-jin di PWTC boleh jadi saksi-saksi utama
Dapat lihat mata perwakilan ada Ringgit Malaysia
Lepas tu dapat berjalan ke Medan dan Jakarta
Semuanya ditanggung termasuk golf dan wanita
Sebagai imbuhan dari calun-calun yang berjaya
Semuanya akan disoal diakhirat oleh Allah Taala
Dan akan dipratonton kepada semua manusia
Manusia lingkup dek Wanita Takhta dan Harta.

Keris Silau
3 February 2009

Friday, January 30, 2009

Siapa Yang Lemah?

Pak Lah kata Adun Bota lemah
Sebab melompat parti Wan Azizah
Wahai Pak Lah siapa yang lemah
Cermin muka mu dulu wahai Dollah
Kalau mu kuat 5 negeri BN tak kalah
Kalau mu kuat bulan 3 mu masih gagah
Tapi mu kena ngundur kat laki Rosmah
Kalau mu kuat Wan Farid menang dah
Tapi calun mu kecundang tersungkur rebah

Mu patut kata Tajol Rosli yang lemah
Lemah sebab hibernisasi dalam rumah
Tajol kata dua ADUN PKR nak paling tadah
Tapi sebaliknya ADUN BN mulakan langkah
Dua lagi ADUN BN akan bertukar arah
Sebab dia orang ni benar-benar marah

Peristiwa di atas buatkan Najib gundah
Bulan 3 rupanya berliku bukan mudah
Pukulan TKO di KT belum lagi kebah
Datang lagi tsunami yang tak sudah-sudah
Altantuya masih menghantui laki Rosmah

UMNO juga semakin hari semakin lemah
Dulu ketua bahagian cikgu-cikgu sekolah
La ni ketua bahagian perompak dan perasuah
Ketua bahagian kejar habuan jadi mewah
Ilmu dan tanggungjawab letak sebelah
Tengok duit menggeletar pecah amanah
Lihatlah pemilihan UMNO duit bercambah
Wakil-wakil bahagian mengejar ghanimah
Ada ke yang ambil tahu masalah ummah
Ada ke yang menziarahi orang-orang susah
Sikit sangat yang betul-betul ikhlas dan amanah
Yang lain tu pantang hulur tangan terus menadah

Keris Silau
30 Januari 2009

Wednesday, January 14, 2009

Solidariti Membantu Gaza

Aku dalam dilemma
Boikot barang Amerika
Sebab aku kerja kompeni Amerika
Tapi aku peduli apa
Rezeki di tangan Allah Taala
Mula-mula boikot Coca Cola
Tukar Microsoft kepada software Rusia
Tukar Dell kepada komputer Malaysia
Jangan guna telipon Nokia dan Motorola
Gunalah Samseng dan Nokla
Nokla tu produk dari China
Tapi mungkin ada melamin bahaya

Tolong buang terus rokok Amerika
PhilipMoris bantu Israel bedil Gaza
Tak guna berdegar-degar hentam Amerika
Benson dan Dunhill berada di mulut sentiasa
Buang juga keretek Djarum dan Sampoerna
Membahayakan kesihatan jantung dan dada

Jangan naik MAS naiklah Air Asia
Sebab MAS pakai Boeing buatan Amerika
Nanti marah lah pula Idris Jala
Dia baru umum tiket domestik turun harga

Buang kad kredit Citibank dan Bank of America
Gunalah kad kredit Ar Rajhi dan Bank Bumiputra
Oh lupa bank tu dah jadi CinaIndiaMelayuBank rupanya
Eloklah sokong perbankan Islam dan Bank Negara

Jangan pakai seluar Levis pakailah seluar Gala
DKNY Ralph Lauren dan Gap pun sama
Jangan pakai singlet Calvin Klein pakailah Pagoda
Atau pakai baju sendiri walaupun tanpa jenama

Jangan minum Starbucks difranchis Berjaya
Minumlah Tongkat Ali Radix atau Kopi Lasinda
M Rajoli kata boleh terangkat sentiasa
Mana tak terangkat steroid dimasuk setengah camca

Jangan tengok CNN tengolah Al Jazeera
TV3 tu meluat banyak fitnah dan propaganda
Lebih baik tengok TV9 atau Astro Bernama
Atau lebih baik tutup TV buat sementara
Boikot juga filem-filem dari Amerika
Biar merosot Golden Screen Cinema

Dalam berboikot eloklah kita banyak berdoa
Doa kepada mereka yang berada di Ghaza
Semoga Allah membantu mereka di sana
Dan kita minta Allah turunkan bala
Kepada Zionis Yahudi dan bala tenteranya
Ya Allah hancurkan dan leburkan mereka
Mereka membunuh anak-anak dan wanita
Seperti mana mereka buat di Shabra dan Shatila
Mereka ini besar kepala tidak hirau kepada dunia
Resolusi-resolusi PBB tidak dihirau oleh mereka
Oleh itu ya Allah hancurkan Zionis kadar segera!

Keris Silau
14 Januari 2009

Monday, January 05, 2009

Allah Selamatkan Palestina

100% salah Zionis celaka
Mengebom membunuh rakyat Gaza
Hamas cuma alasan Israel gila
Lebih kejam dari singa atau serigala
Lihat siapa yang ramai merana
Anak-anak kecil dan wanita
Mereka rebah sebagai shuhada
Merekalah insan Kelas Pertama
Diuji Allah dari dahulu kala

Pabila Israel membedal Gaza
Berdiam buta pula Amerika
Mana pejuang hak asasi manusia
Pandai menuntut hak dunia ketiga
Namum membisu saja di Gaza
Bush kata Hamas punya angkara
Eloklah dipenggal kepala nya
Kena baling kasut padan muka
Israel jadikan Bush alat boneka
Menghalalkan apa yang Israel suka
Kita lihat apa pula alasan Obama

Ayuh adik ayuh saudara
Bangun berjihad dengan segera
Kita ke Gaza membela agama
Apa kita cuma bagi derma
Cuma demonstran bakar bendera
Tiup semboyan jihad wahai ulama
Apa sangat kesenangan dunia
Sayang Mercedes sayang harta
Tak sanggup kita tinggal negara
Membiarkan umat Palestin sengsara
Israel memperkosa saudara kita
Israel sembelih anak dan wanita
Apa kita masih sibuk berpesta
Kembangan api tahun baru dah tiba
Kembangan api yang benar ada di Gaza

Keris Silau
5 Januari 2009

Wednesday, November 26, 2008

UMNO Menuju Kehancuran

UMNO sedang menuju kehancuran
Hancur kerana kelabu dengan habuan
Baik ahli biasa atau ketua bahagian
Yang pakai songkok atau yang berserban
Yang pergi umrah tiap-tiap Ramadan
Semua beres kalau ada fulus ditangan
Calun yang bagus bukan lagi pilihan
Calun yang tabur duit dapat percalunan
Tidak kira personaliti yang meragukan
Tidak kira jika isteri yang kawal pergerakan
Pun boleh dipilih jadi pemimpin paling kanan

Mana dia yang ikhlas akan perjuangan
Semuanya dah lari masuk pakatan
Jijik melihat rasuah dan kemungkaran
Kemungkaran yang merosakkan keimanan
Kalau menang dapat ikut rombongan
Rombongan cek kiah pi berjalan-jalan
Wakil bahagian dapat ke Hatnyai atau Medan
Itu sebagai menghargai undi dan sokongan
Kita lihat ramai di kelab dangdut berpacaran
Dengan cewek-cewek main cubit-cubitan
Lepas menghempiaskan nafsu iblis syaitan
Keluar mencari makanan halalan taiyibban

Satu dunia tahu calun-calun bagi sogokan
Mereka lebih terbuka direstu pimpinan
Mereka kata kepimpinan melalui teladan
Yang atas buat sebab tu ianya jadi ikutan
Jadi kita mengharap Majlis Fatwa Kebangsaan
Sebelum tu tahniah kepada MFK akan keberanian
Mengharamkan yoga dan juga pondan
Sekarang ini ada satu lagi permintaan
Fatwa mengharamkan politik sogokan

Keris Silau
26 November 2008

Friday, November 07, 2008

Makkal Sakti Bergema di Amerika

Dunia meraikan kemenangan Obama
Mereka lupa sekejap pasal Osama
Tsunami politik juga melanda Amerika
Pertama kali Presiden berdarah Afrika
Seronok dan gembira mereka di Kenya
Kampung asal-usul bapa kepada Obama
Begitu juga sekolah Obama di Indonesia
Dan adik ipar Obama Dr Ng dari Malaysia
Dia kawin dengan adikObama nama Maya
Bukan Maya Karin tu pelakun drama

Silap McCain serang peribadi Obama
Taktik untuk menakutkan rakyat Amerika
Isu ketuanan juga dimainkan di sana
Serupalah macam disini pun sama
Akhirnya tersungkur Senator dari Arizona
Dan ikut sekali Sarah Palin dari Alaska

Obama berjaya tarik pengundi muda
Bagi peluang yang adil dan saksama
Obama tahu arus dan kehendak belia
Bukan macam Bush yang jahat dan gila
Disini pula UMNO cantas kaum intelek muda
Susah nak naik sebab Ketua Bahagian tak suka
Ahli UMNO sokong yang ada kuasa dan kaya
Walaupun personaliti itu penuh curiga
Khir Toyo mendadak kaya penuh bergaya
Duduk di banglo mewah entah berapa sewa
Duit gaji dan elaun kurang dari duit sewa
Tapi masih dapat percalunan kedua banyaknya
Begitu juga calun Presiden yang penuh tandatanya
Masih lagi belum terjawab pembunuhan Altantuya

Makkal Sakti bergema juga di Amerika
Kuasa rakyat menentukan kemenangan Obama
Kuasa rakyat sudah lama bergema di Malaysia
Barisan tumbang dalam pilihanraya bulan tiga
Hingga kini masih sukar nak percaya
Mereka sukar untuk nak adjas suasana
Masih berlagak dan angkuh macam biasa
Mereka sebenarnya ialah Hamba
Hamba kepada duit dan kuasa
Sebab tu mereka tak boleh tunggu bulan tiga
Lagi banyak duit kena perabis kalau lagi lama
Dalam UMNO itulah dia budaya
Wang ringgit sudah menghanyutkan mereka
Apa mereka ini benar-benar ikhlas wahai saudara
Ikhlas untuk berjuang demi bangsa dan agama
Mereka sebenarnya Pejuang Ringgit Malaysia!

Keris Silau
7 November 2008

Friday, October 17, 2008

Major Dissapointment

Dear Mr. Abdullah Badawi
How do you reform judiciary
When you just appointed Zaki Azmi
To be the Chief Justice of this country
He was active member of your party
Head of Disciplinary Committee
Once married in Thai town called Patanni
Second marriage solemnized by Thai Kadi
I heard that caused furore in his family
What kind of message is that Mr. Badwi?

That appointment made us look silly
It is a step backward condemned by many
We already have been laughing stock lately
Latest was the Malacca medal tally
Awarded Datukship to a hero of Hindi movie
That was really the peak of absurdity
Rosmah will love to attend the ceremony
We have seen her peaking Shah Rukh Khan pipi
I cant imagine if she becomes the First Lady

While we are seeing the tumbling of global economy
Our UMNO leaders are busy with Pilihanraya Parti
Siang malam di coffee house mengatur strategi
Do they care about managing monetary policy
They are more interested to get more undi
Some of pecacai will be rich with more money
They dont care about rising price or inflasi
They are more interested in becoming MT
Do they care about ISA detainees and their family
They dont mind if those detainees rotten and mati
So the reform must be done by us Makkal Sakthi!

Keris Silau
17 October 2008

Friday, October 10, 2008

Letter to Mat John - Perompak Ganti Pencuri

Dear Mat John,

We will have a new Perdana Menteri
Pak Lah finally disagreed with Khairy
JKKK still want him for presidency
JKKK - jean kamal khairy and kali
But he succumbed pressure from his party
They have showed the door to Badawi

Before he steps down dia masih ada hati
To reform the police and judiciary
He has failed in five years as Perdana Menteri
You think he can achieve that in 5 months only
He left this country in mess with his Islam hadari
With that we should confer him "Bapa Mertua Khairy"
Or some of you prefer Bapa Kamal dan Nori
He has other nickname such as Sleeping Beauty
In April he will be awarded Tun Lah Badawi

During Pak Lah time our economy is gloomy
But the economy will be worse with his Pengganti
Since our economy will be managed by First Lady
Yes, Rosmah must be very happy lady
She'd probably has a plan for a grandeur party
That includes all diplomats and foreign dignitary

This is exactly what has been said by our Mufti
Perompak menggantikan Pencuri
The Grand Robber replacing Kepala Pencuri
How do you expect him to be trustworthy
Scorpene and Altantuya still a mystery
His explanations are unsatisfactory
Rakyat is not convinced except his crony
Disaster is looming for this country
We hope Anwar will expedite Makkal Sakti
So that RPK and the rest can be free immediately
And save us from a ruthless leader that will ruin the country!

Keris Silau
October 10, 2008

Wednesday, October 08, 2008

Betul ke Raya Sebulan?

Selepas berakhirnya puasa Ramadan
Raya disambut penuh kemeriahan
Bertakbir bertahmid kepada Tuhan
Berjaya kita mengekang syaitan
Disiang hari kita berpuasa tak makan
Dimalam hari bertaraweh dan baca Quran
10 malam terakhir kita lakukan pecutan
Mencari Lalilatul Qadr itulah tujuan
Kita harap dapat puasa lagi tahun depan
Sedih juga untuk meninggalkan Ramadan

Namun lagi sedih bila Shawal menjelma
Bukan sedih kerana terpaksa bekerja
Atau tidak dapat beraya bersama keluarga
Tapi sedih sebab maksiat berleluasa
Walaupun baru habis sebulan berpuasa
Perangai macam budak habis periksa
Buku tak mau tengok nak enjoy giler
Artis-artis kita sudah meloncat terkinja-kinja
Hiburan bermula selepas sembahyang raya
TV istiharkan kita raya sebulan lamanya
Mufti mana pula keluarkan fatwa
Aidil Fitri cuma diraya cuma sehari saja
Tak ada raya kedua ketiga atau seterusnya
Aidil fitri tidak sama macam Aidil Adha

Ada yang lakukan syirik semasa raya
Menziarahi keramat atau dato koya
Menyembah keramat serta memuja-muja
Ini jelas melanggar aqidah agama
Majlis Agama diam diri tak buat apa-apa
Itu sebabnya ajaran sesat berleluasa
Sehingga ada yang mati nak tebus dosa
Apa nak jadi dengan orang kita
Senang sangat dan mudah percaya
Mengaku wali dan nabi sudah biasa

Wahai tuan-tuan dan puan-puan
Tiada hadis kata raya sebulan
Itu hadis Melayu hadis rekaan
Jangan ia dijadikan ikutan
Semoga ianya menjadi panduan


Keris Silau
8 Oktober 2008

Thursday, October 02, 2008

SELAMAT HARI RAYA, EID MUBARAK!

Tulisan Keris Silau yang terdahulu tetapi masih relevan:

Selamat Hari Raya Kelas Pertama

Tahniah kepada anda semua
Tahniah kerana menghabiskan puasa
Tahniah kerana tahan lapar dan dahaga
Tahniah kerana mengerti perasaan mereka yang menderita

Tahniah kerana menundukkan nafsu dan menguatkan jiwa
Tahniah kerana banyak bersabar sepanjang puasa
Tahniah kerana memberi makan orang yang berpuasa
Tahniah kerana bersedeqah kepada faqir yang merana

Tahniah kerana tidak mengumpat atau mengata
Tahniah kerana jaga mulut dan mata
Tahniah kerana tidak bohong dan berdusta
Tahniah kerana solat jemaah di masjid bersama

Tahniah kerana tidak terlepas solat subuh di masjidsepanjang bulan puasa
Tahniah kerana malaikat-malaikat menurunkan sayapnya
Tahniah kerana taraweh dengan sempurna
Tahniah kerana tidak tinggal witir satu rakaat atau tiga

Tahniah kerana qiyamulail di malam buta
Tahniah ketemu lailatul qadar penghapus dosa
Tahniah kerana doa anda diterima Allah taala
Tahniah kerana mengerjakan umrah di bulan puasa

Tahniah kerana tadarrus al Quran petunjuk bagi manusia
Tahniah memahami ayat-ayat dan makna-makna
Tahniah kerana sudah mencapai matlamat menjadi orangyang bertaqwa
Tahniah kerana tamat Universiti Ramadan dengan IjazahKelas Pertama !

Keris Silau
26 Ramadhan 1427H

Saturday, September 20, 2008

Seloka ISA

Salam untuk semua,

Saya diminta menulis Seloka ISA oleh Presiden GMI, Saudara Syed Ibrahim pada tahun lepas untuk program GMI. Saya letakkan semula tulisan yang terdahulu mengenai ISA.
ISA ialah akta zalim yang mesti dihapuskan.
Mufti Perlis telah mengatakan ISA bukan berlandaskan hukum Islam.

Sila tandatangan di bawah untuk membantah akta ISA dan membebaskan semua tahanan ISA.

http://www.PetitionOnline.com/isa1234/petition.html

Habuk pun tara!

Menteri Dalam Negeri cakap kosong belaka
Satu bentuk penipuan jauh dari fakta
Bila beri jawapan dalam parlimen yang mulia
Katanya bantuan diberi untuk keluarga mangsa
Bantuan apa wahai pembesar negara
Bantuan tak ada gangguan ada
Nak beri dua ratus bukan main berkira
Tapi habuk pun tara
Bukan dua ratus yang kami minta
Kami mahu mangsa ISA dibebas segera
Bantuan apa kalau diganggu SB-SB durjana
Memberi tekanan dan pecah cermin kereta
Ugutan demi ugutan kepada isteri mangsa

Menteri cuma pandai buat kenyataan
Tapi tidak tahu akan keadaan
Zaman dia katanya tak ada tangkapan
Tapi ISA diguna di seberang Laut Cina Selatan
Ini lah sebahagian dari perangai setan
Suka tipu demi menjaga kedudukan
Ya lah sebab mahukan kemewahan
Dia bukan tahu apa erti penderitaan
Naik bot mewah di seberang lautan
Kita disini disiksa susah cari makan
Dia boleh bawa artis luar berpesta-pestaan
Berhibur bergelak ketawa dalam majlis keramaian
Kita disini menangis anak-anak kelaparan

Wahai kerajaan pimpinan Dollah Badawi
Apa jenis ajaran yang dibawa Islam Hadari
ISA tak ada dalam ajaran Islam ori
Tangkap tanpa bicara bukan ajaran Islam yang suci
ISA ni hukum fikah ke berapa Islam Hadari
Sedarlah sikit umur semakin tua dimakan hari
Rumah kata pergi kubur kata mari
Kau nak jawab apa kat kubur nanti
Kau nak minta tolong sapa khairi
Dalam kubur yang gelap tak ada khairi atau nori
Kau kena jawab seorang diri
Begitu juga dengan pembesar dan menteri
Soal akhirat syurga neraka tak boleh lari
Sekarang di dunia kamu semua siksa kami
Kamu tangkap kami punya suami
Bagi alasan mengancam keselamatan negeri
Apa jenis alasan yang diberi
Jemaah Islamiyah tak ujud di Malaysia kata IGP
Kenyataan bercanggah tak kiralah Dompok atau Johari
Nampak sangat nak menipu tentang hak asasi
Oleh itu janganlah buang masa lagi
Bebaskanlah mangsa akta kejam ini

Keris Silau
16 December 2007

Rintihan Kamunting

Wahai rakyat Malaysia
Anda masih mampu senyum dan ketawa
Menikmati masa bersama keluarga
Menjamah juadah yang beraneka rupa
Hujung minggu beriadah di taman-taman bunga
Setiap tahun pulang ke kampong berhari-raya
Menonton drama yang menghiburkan jiwa

Namun luangkanlah sedikit masa
Untuk menjenguk mangsa kekejaman ISA
Yang tiada tempat merintih rasa
Kerana dituduh pengganas tanpa bicara
26 mangsa sudah hampir 6 tahun di Kemta
Satu tempoh ISA yang paling lama

Isteri di rumah memendam rasa
Anak-anak merindui belaian manja
Rindu amat sangat bapa yang tercinta
Ada yang tidak tertahan menanggung derita
Jiwa tertekan hidup dalam trauma
Memikirkan nasib bapa pulang entah bila

Hampir enam tahun dikurung dipenjara
Terkurung di blok batu dan pagar raksasa
Seolah-olah Kem Xray Guatanamo di Cuba
Kalau benar mengancam keselamatan negara
Keluarkan bukti penglibatan dengan segera
Tempoh enam tahun bukti tak dapat jumpa
Ini benar-benar melanggari hak asasi manusia
Undang-undang kejam ala rimba
Kalau betul-betul nak pulihkan mangsa
Jikalau kamu yakin mereka terlibat sama
Pulangkan mereka ke pangkal keluarga

Wahai pembesar negara
Dengar sini kami ingin berbicara
Allah berjanji akan dimakbulkan doa
Orang-orang yang disiksa dan dianaiya
Takutkanlah hukuman Tuhanmu Allah Maha Esa
Kau masih mampu ketawa besar dan berpesta
Kau masih mampu terbang sini terbang sana
Tapi kau telah menyalahgunakan kuasa
Kau biarkan mereka menanggung derita
Akibat kesalahan yang telah direkacipta
Oleh mereka yang berperangai syaitan durjana
Kau juga membiarkan anjing-anjing mu menganggu isteri mangsa
Mengugut dan ambil kesempatan kelemahan wanita
Namun Allah Maha Berkuasa
Kau tidak akan terlepas dari siksaan neraka

Wahai kawan-kawan di luar sana
Bangunlah dan keluarkanlah suara
Bantah ISA sekeras-kerasnya
Kami tidak mahu harta-benda
Kami memerlukan doa anda
Kami mahu sokongan padu saudara
Kami sudah tiada lagi airmata
Cuma semangat yang membakar dan membara
Yang mahu keadilan ditegak dibumi tercinta

Keris Silau
12 December 2007

Friday, September 19, 2008

Please sign the petition to free Raja Petra, Theresa Kok and all ISA detainees

I’ve signed the petition.

If you haven’t please click the link below, read the petition and sign it, please, and then get all your family and friends to do the same.

http://www.petitiononline.com/isa1234/petition.html

Wednesday, September 17, 2008

Letter to Mat John - Tukar Suka Sama Suka

Dear Mat John,

Latest news in Malaysiakini
Hang Le Lah takes over Defence Ministry
In return NorJip got Finance Ministry
There goes all our taxpayers money
We heard Los Mah is very happy
She may go on shopping spree
London Dubai Paris and Italy
Tak main la Singapore or KLCC

I am not sure why he swaps ministry
Maybe he will declare state of emergency
Since he is at the helm of military
He has all under him including Navy
Or maybe he wants to help our DatoSeri
To prevent NorJip from using an Army
To allow DSAI takes over smoothly
Whatever it is we will wait and see

Oh yeah RPK is still in custody
His article made Syed Botak very angry
RPK said not all Syeds are like our nabi
This particular Syed is full of hypocrisy
He said RPK is a threat to national security
But they arrested reporter from Sin Chew Daily
The reason they used ISA is for Tan's safety
I think ini gila punya Menteri!

Do you think Anwar has more than 30 MP
At least two of them from SAPP
They just pulled out from ruling party
I hope Anwar managed to secure enough MP
I tak boleh tahan with Norjip and Badawi
And the antics of Syed Botak and Khairy
Let us pray that God save our country!

Keris Silau
17 September 2008

Saturday, September 13, 2008

Gelombang 916

Tun M akan cabut lari
Cabut lari ke luar negeri
Kalau DSAI jadi Perdana Menteri
Dia dah beli tiket awal-awal lagi
Takut tiket habis sempena Aidil Fitri
Rumah terbuka Tun M batal tahun ni
Diambil alih oleh Mukriz atau Mokhzani
Depa buat kat Sirkit F1 disponsor Ferarri

Tau pun takut walaupun nampak berani
Masuk balik UMNO sebab nak pujuk Ku Li
Jadi Ku Li tak jadi nak lompat parti
Tuk Muh yang rangka strategi
Dia suruh Le Lah belah la ni
Dia orang tak boleh tunggu lagi
UMNO hancuk kalau ada Badwi
Sebab dok dengak cakap Khairi
Jadi geng Tuk Muh tak sabar lagi
Lepas taraweh meeting kat lobi

Gelombang 916 macam tsunami
Dengan laungan takbir dan Reformasi
Insyallah 916 atau 920 menjadi realiti
Kapal BN dah mula bocor sana sini
Kepten dia dah tekan butang egemensi
Dah mula guna ISA tanpa malu lagi
Tangkap sapa saja tak kira royalti
Terbaru tangkap reporter Sin Chew Daily
Itu baru dilapurkan oleh Malaysiakini
Yang si Mat tu cuma kena tindakan parti
Ini sengaja bagi orang marah dan angry

Jadi kita mohon dari Allah ya Rabbi
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini
Peliharalah rakyat negeri kami
Dari perbuatan pemimpin yang keji
Mereka yaang zalim dan lupa diri
Tegakkan kebenaran di muka bumi ini
So God please save our Country!

Keris Silau
13 September 2008

Friday, September 12, 2008

Hang Lah: Tai chi atau Tai wan

Bila Anwar naik ganti Kak Wan
Anwar tetapkan 916 untuk tawan
Mottonya sama lawan tetap lawan
Hang Lah dah jadi tak ketahuan
Hantar ahli Parlimen ke Taiwan
Untuk belajar tanam cendawan
Anwar hantar 4 orang keAdilan
Untuk berjumpa kita punya kawan
Kawan yang janji buat lompatan
916 sudah hampir jadi kenyataan
Hang Lah gelabah tiba-tiba sawan
Dunia gelap walaupun tanpa awan
Tok Muh pun mula bagi tekanan
Tun M buat U-turn dekat bulatan
Khari dak nak lari kot sempadan
Hang Lah mungkin guna Mageran
Tapi Anwar dah baik-baik ngan Sultan
Hang Lah berpeluh sejuk walaupun hujan
Tiba-tiba rasa kenyang walaupun Ramadan
Itulah orang suruh berenti tapi ketegar sakan
Tapi tak susah kroni dan famili dah kaut kekayaan
Rumah di Mosman Park sudah lama tunggu tuan
Eloklah sempena bualan puasa mohon kemaafan
Pertama mohon ampun kat Tuhan
Lepas tu kat kami rakyat kebanyakan
Hang Lah hampir bawa negara menuju kehancuran
Mat Semail tu pun susah Hang Lah nak selesaikan
Habih dia maki hamun macam dia tu bangsawan
Tok nenek dia tu pun asai dari India atau Pakistan
Dulu dok meniaga depan Masjid Kapitan
Masa bankrap dulu pendatang la bagi dia makan
Ofis dan rumah dia pendatang tolong buatkan
Semua cerita hang Mat ada dalam tangan
Aku pohon 916 moga-moga jadi kenyataan
Melainkan kalau Tuhan sudah ada lain rancangan!

Keris Silau
12 September 2008

Monday, September 08, 2008

PAS Muqabalah, Saiful Mubahalah, BN Munggalabah

Bila Hang Lah sedar Anwar bagi masalah
Dia istihar UMNO dan PAS bermuzakarah
PAS kata sebenarnya ia adalah muqabalah
Lalu tersepit dia suruh si Saiful mubahalah
Semuanya tak menjadi maka P44 BN jatuh kalah
Anwar kata 16 September tak ada masalah
BN tenggelam punca dan mula menggelabah
Dihantar 51 MP BN ke Taiwan oleh Hang Lah
Betui-betui punya dongoi cara BN memerintah
Apa punya haprak mentaliti BN dan Hang Lah
Aku rasa BN dah masuk kategori Mughalazah

Perabis duit hantar MP BN ke Taiwan
Misinya ialah belajar sambil berjalan
Malam boleh berseronok di kelab hiburan
Sepatutnya beramal lebih di bulan Ramadan
Macamlah tak boleh jalan lain-lain bulan
Hang Lah dan NorJeep kata ianya kebetulan
Hangpa ingat rakyat bodoh tak guna fikiran
Kalau tersepit eloklah hangpa dua letak jawatan

Mufti Perlis pun dah tulis pantun cari ganti
Kalau negara kacau eloklah hangpa dua berenti
Mana boleh Perompak ganti Pencuri
Perompak tu NorJeep Pencuri tu Bedwi
Ulama berhikmah bukan hentam peribadi
Itu mesej supaya Hang Lah sedar diri
Nak kawai Mat Semail pun tak reti
Alasan dia Ahmad tak dapat dihubungi
Apa punya haprak kita punya Perdana Menteri
Ya Allah awat teruk sangat si Dol sorang ni

Keris Silau
8 September 2008

Monday, September 01, 2008

Ramadan Al Mubarak

Puasa Yang Membawa Berkat

Salam Muslimin dan Muslimat
Seterusnya Mukminin dan Mukminat
Ramadan penuh dengan berkat
Bagi meningkatkan amal ibadat
Bertaraweh menambah fadhilat
Ttilawah alQuran mesti ditingkat
Qiyamulail di malam yang pekat
Lupa jangan membayar zakat

Puasa membuatkan badan sihat
Fikiran lebih cerdas dan hebat
Tetapi ada beberapa syarat
Kurangkan makanan tak berkhasiat
Nasi, kueh, pulut tinggi karbohidrat
Jangan bedal banyak sangat
Nanti taraweh badan jadi berat
Nak rukuk pun agak lambat
Nak bertahajud pun tak larat
Sahur pun terlepas dah lewat

Buka dengan kurma dan salawat
Dan buah yang banyak serat
Kemudian tunaikanlah dahulu solat
Jamahlah sedikit kalau lapar sangat
Ikutlah amalan Rasul dan para sahabat
Semoga sihat akal, ruh dan jasad
Baharulah puasa yang membawa berkat
Penuh dengan hidayah dan nikmat

Jauhilah terus dari amalan maksiat
Terutama sekali mengata dan mengumpat
Di pasar, di ofis, atau ditengah masyarakat
Makan rashwah pun tak akan selamat
Tak berkat rezeki dunia wal akhirat
Pakailah pakaian sopan menutup aurat
Elakkanlah pakai baju nampak pusat
Terlalu seksi atau terlalu ketat

Hindarilah amalan kurang sehat
Yang tidak membawa faedah buat umat
Seperti main dam di kedai kopi Pak Saat
Atau pergi lepak di bawah jejambat
Pantang awek lalu semuanya dingorat
Yang bertudung atau berambut karat

Elakkan bergelimpangan di surau pejabat
Malu kat orang yang belum bersunnat
Puasa sebenarnya membuatkan kita sehat
Bukan letih atau lembik tak larat

Faqir-miskin dibantu dengan zakat
Semoga mereka dapat sedikit nikmat
Ajar keluarga berjimat-cermat
Dan tingkatkan amal ibadat
Keredhaan Allah itulah matlamat.

Janganlah bangga kalau tak puasa
Hisap rokok tangan di luar kereta
Langsung tak hormat bulan mulia
Walaupun tak ada penguatkuasa
Tapi Maha Kuasa melihat kita
Di akhirat nanti habis diperiksa
Dipratonton balik semua cerita
Beli nasi siang hari di Pelita
Makan nasi kandar dalam kereta
Takutlah kita kena seksa
Puasalah dan bertaubatlah segera

Ramadan Kareem dari
Keris Silau, 4 Ramadhan 1427H


Ramadan, Kehadiran mu dinanti

Ramadan, kehadiran mu dinanti
Bulan yang membawa pelbagai janji
Jikalau kita ikhlas berpuasa setiap hari
Bayangkan bau mulut kita umpama kasturi
Puasa juga menyihatkan racun ditoksifikasi
Penyelidikan pakar perubatan sudah diperakui

Puasa itu penawar pembersih hati
Setiap masa terluang jangan lupa untuk diisi
Banyakkan amalan di siang dan malam hari
Baca alQuran dan faham isinya sekali
Berzikir selepas subuh sehingga terbit matahari
Hulurkan sedeqah walaupun belum dapat gaji
Solat fardu dan taraweh bersama famili
Rumah bak umpama cahaya yang menerangi
Keberkatan Ramadan betul-betul dihayati
10 malam terakhir lailatulqadr hendaklah dicari
Supaya dosa-dosa diampun Illahi

Puasa itu membentuk peribadi dan jati diri
Ajar anak yang kecil puasa sekerat hari
Supaya mereka dapat membiasakan diri
Jangan sampai umur 15 puasa tak cukup 30hari

Janganlah malakukan perkara yang tidak bererti
Main chess dan dam sampai naik haji
Solat fardu ditinggal, solat taraweh dituruti
Mulut masih bercakap perkara yang dikeji
Bergelimpangan disurau sampai keluar air liur basi
Di pasar Ramadan mata berkeliaran sana-sini
Membeli juadah dan berbuka ikut nafsu nafsi
Berbuka biar sederhana ikut cara nabi
Inilah nasihat untuk kawan dan diri sendiri


Keris Silau , Penang
5 Ramadan 1425H

Thursday, August 28, 2008

Barisan Sumpah, Rakyat Menyampah, Anwar Angkat Sumpah

Mula-mula Saiful bersumpah
Lepas tu Najib juga bersumpah
Nasib baik SamyVellu tak bersumpah
Rakyat naik mual dan menyampah
Rakyat tidak percaya tuduhan dan fitnah
Lalu rakyat hukum mereka yang bersumpah
Mereka kalahkan BN dan Arif Shah
Mereka menangkan Nana Non laki Azizah
Maka hari ni Nana Non yang angkat sumpah

Hari ni Nana Non jadi wakil rakyat yang sah
Jadi Ketua Pembangkang duduk depan Hang Lah
Nana Non akan jeggeh biji mata Hang Lah
Jeggehan Nana membuatkan Hang Lah gelabah
Gelabahan Hang Lah membuatkan ketiak dia basah
Bajet yang nak dibentang pun jadi serba salah
Baru dia tau Nana Non dok tunggu lama dah
Nana Non akan tanya soalan nasi tambah
Hang Lah tak leh jawab sebab tak cerdik masa sekolah
Lalu Nor Yakob kena standby tak leh mencelah
Bos hang bukan faham rakyat punya masalah
Dok asyik tidoq masa mesyuarat dan ceramah

Itulah senario dewan esok yaumul Jumaah
Muncul kembali wira rakyat melakar sejarah
Dengan keyakinan dan harapan beliau melangkah
Membawa obor rakyat dari Perlis hingga ke Sabah
Harapan untuk menapak ke Putrajaya amat cerah
Semoga doa dan usaha kita diberkati oleh Allah

Keris Silau
28 Ogos 2008

Kemenangan Yang Manis

Jam belum sampai pukul lima
Pondok panas BN lengang tak ada sapa
Hang Lah sudah cabut lari ke Putrajaya
Nor Jeep sudah lesap bersama Altantuya
Arif Shah tinggal sorang terkapa-kapa
Siapa nak bayar hutang poster dan bendera
Hutang dulu pun belum terbayar dekat 200juta
Mana dia KJ yang nak kuburkan si Nana
Mana dia Kerismuddin mulut terlopong ternganga
Dan Mat "6 kotak" Ezam sembunyi kat mana
Se ekoq pun tak kelihatan di Pusat Pilihanraya

Di sebalik kempen yang kotor oleh Barisan
Sumpah menyumpah yang menggunakan Quran
Akhir sekali sumpah tu yang makan tuan
Disebalik fitnah dan pelbagai jenis tuduhan
Yang terbaru ialah kes yang dibawa Nalakarupan
Di sebalik hadiah dan wang yang bertaburan
Semua masjid dijanjikan Nor Jeep peruntukan
Disebalik kehadiran FRU kononnya jaga keamanan
Membuatkan kaum Cina takut mungkin ada rusuhan
Namun mereka tidak gentar untuk mengundi Pakatan
Disebalik hari undi ialah hari kerja 26 haribulan
Supaya tak pulang warga Matang Pauh yang berjauhan
Disebalik satu kabinet turun kempen bermati-matian
Disebalik penurunan harga minyak sebelum bulan 9
Disebalik Money Machinery dan Media dibawah kawalan
Kesemua itu tidak dapat mengalahkan calun keAdilan

Ini sebenarnya kemenangan untuk rakyat
Rakyat menolak pemimpin yang busuk dan khianat
Rakyat menolak fitnah dan sumpah laknat
Tiada isu lain asyik-asyik sebut pasal liwat
Rakyat sudah mual benci dan naik meluat
DSAI dibela oleh TG Nik Aziz Nik Mat
Sokongan Tok Guru cukup jitu dan hebat
Guan Eng dan DAP juga bagi sokongan kuat
Pengundi pun cerdik tak masuk jerat

Hari kita nak ucap syabas dan tahniah
Kemenangan kita diucap Alhamdulillah
Kita akan melangkah menuju Putrajaya Insyaallah!

Keris Silau
27 Ogos 2008

Friday, August 15, 2008

Medan Jihad jadi Medan Jahat

Ariff Shah dipilih sebagai korban
Walaupun Raya Haji lagi beberapa bulan
Dato Jalil dan Pirdaus berlopong kempunan
Dua kali kalah pun masih ada hati nak lawan
Kalah pula dengan seorang calun perempuan
Presiden Partai Keadilan iaitu Kak Wan
Dato Jalil orang tak suka dengan keangkuhan
Dok tayang Jaguar timbulkan meluat dan kebencian

Orang kampung suka orang yang baik perangai
Tak kiralah kalau Imam atau bekas pegawai
Bagi depa walaupun Imam tapi tak mematuhi piawai
Sebab Imam sepak tong tak tentu hala tunjuk bebai
Walaupun janggut sejemput tapi perangai kusut-masai
Dok elok-elok jadi Imam balik kampung jadi pecacai
Mana orang kampung tak marah-marah terus tibai
Silap haribulan nanti mulut pun kena cabai
Eloklah duduk diam-diam makan roti cicah gulai

Jadual DSAI di Permatang Pauh sungguh ketat
PKR Penang pastikan semua area kena melawat
Jangan silap dengar pula nanti kata kena meliwat
Latar dan belakang semua sukarelawan akan disiasat
Supaya tiada lagi agen jahat yang buat khianat
Termasuk pembancuh kopi O atau Kopi Larat
Budak laki hensem tidak akan diambil atas nasihat
Marka-marka yang cun-cun juga jangan rapat
Jihad telah pun diistiharkan kepala depa iaitu Mami Jat
Sebenarnya bukan jihad tapi nak buat jahat
Eloklah mereka-mereka ini digelar sebagi Mujahat
Mereka sebenarnya pecacai yang dijadikan alat
Berhati-hatilah baca bismillah dan doa selamat
Mereka ini lebih bahaya dari hantu yang sesat
Berikut diperturunkan panduan mengenali sifat-sifat
Satu mereka bermisai dan kurang sekali ada janggut lebat
Kedua berbaju putih ada lambang keris merah berkarat
Wanita berbaju putih dan kainnya merah pekat
Yang muda sikit pakai baju pink yang singkat-singkat
Walaupun bertudung pink tapi masih nampak aurat
Sebab dia orang pakai seluar jean yang ketat-ketat
Itu lah beberpa sikit panduan supaya kita tak masuk jerat

Keris Silau
15 Ogos 2008

Tuesday, August 12, 2008

Jihad di Permatang Pauh

Sharizat istihar jihad di Pulau Mutiara
Kita nak tanya jihad menentang siapa
Nak perangi kafir harbi atau Zionis durjana
Oh jihad menentang Nana Non dalam pilihanraya
Ulama mesti geleng kepala baru punya fatwa
Jihad dengan tabaruj dan tudung terbuka
Jihad ini pastinya menggerunkan Amerika
Sebab ianya dilancarkan oleh sayap wanita
Siapa tak kenai anak mami tanjung bunga

Kata Sharizat jihad sebab negara dalam bahaya
Kalau Matang Pauh jatuh kat tangan Nana
Hancuk negara jatuh kat pengkihianat bangsa
Sebab Nana Non agen Yahudi dan orang Cina
Tak boleh biaq dia ambil alih kuasa
Habis dia selongkak kami punya cerita
Kami jenuh nak tepih bila pemberita tanya

Saban hari kita dengar cerita lawak menteri
Dari Hamid Albar hingga Dollah Badawi
Hamid Albar pertahankan Saiful Bukhari
Tak boleh dakwa Saiful sebab dia jadi saksi
Dan juga dia yang buat lapuran polis sendiri
Apa punya keeerr menteri kita yang satu ni
Mat Ezam pula la ni jadi anjing Bedui
Dulu buat lapuran rasuah terhadap Perdana Menteri
Bersumpah tak akan masuk UMNO sampai mati
Ahli politik yang tidak ada integriti
Ahli politik yang sembah Ringgit lima kali sehari
Kalau Mat Ezam lalu depan orang akan tuuuiii
Orang akan tanya Mat Ezam mana 6 kotak disembunyi
Kononnya ada semua rahsia rasuah dan salahlaku menteri
La ni silap haribulan dia boleh cium tangan Khairi
Mana Rafidah tak cemburu dan iri hati

Siakap senohong
Gelama ikan duri
Kalau selalu berbohong
Ikut perangai macam menteri (Umno)

Keris Silau
12 Ogos 2008

Adakah kita perlu PM yang baru?

Malaysia kaya dengan sumber asli
Minyak memancut keluar tanpa henti
Petronas tak habis-habis cari dan gali
Petronas teruk-teruk gali orang lain joli
Kelapa sawit dan getah disana-sini
Bahan mineral seperti timah dan besi
Di Penang pula terdapat banyak industri
Pelabur ternama macam Intel dan AMD
Kalau nak jadi world class dah cukup resepi

Namun sayang tidak setanding dengan jiran
Kalau banding dengan Singapore jauh ketinggalan
Apakah masalah utama ialah pucuk pimpinan
Tun M meninggalkan lebih banyak beban
Yang tercalar teruk ialah sistem kehakiman
Hakim bersekongkol dengan peguam kanan
Imej polis tercorot sebagai penjaga keamanan
Bekas Ketua Polis sendiri terlibat kes penderaan
Harapkan pagar tapi pagar makan tuan

Bila Dollah naik rakyat menaruh harapan
Moga-moga dapat diperbetulkan kepincangan
Moga-moga barah rasuah dapat dihapuskan
2004 kemenangan besar buat Dollah dan Barisan
Namun sayang Dollah pula lupa daratan
Hidup dalam khayalan dan awang-awangan
Lebih banyak tidur dari bekerja mengejar wawasan
Rupanya Dollah lebih suka mengejar kemewahan
Anak-anak sendiri kaut harta bukan main sakan
Dan banyak dengar nasihat menantu kesayangan
Ekonomi negara pincang masa depan tak ketahuan
Dollah meneruskan Tun M punya warisan
Hakim besar dilantik dari beberapa kenalan
Ketua Polis dilantik dari personaliti yang meragukan
Macam tak ada orang lain kena lantik anak Haji Hassan
Dollah masih degil tak mau letak jawatan
2010 cuma gimik Najib mungkin disingkirkan

Negara amat memerlukan pemimpin berkarisma
Untuk membawa negara ke dalam peta dunia
Pemimpin yang mampu menyatupadukan semua
Pemimpin yang bersikap adil dan saksama
Pemimpin yang dapat menghapuskan pelbagai gejala
Rasuah, dadah, jenayah, dan salah guna kuasa
Adakah kita akan dapat PM yang baru di Putrajaya
Marilah wahai rakyat Malaysia sama-sama kita berdoa!

Keris Silau
12 Ogos 2008

Monday, August 11, 2008

Jalan Mudah ke Neraka

Setiap kali ada pilihanraya
Kita dengar macam-macam cerita
Walaupun lebih 50 tahun merdeka
Namun unsur penipuan tetap ada
Sama macam Zimbabwe di Afrika
Aku malu jadi warganegara Malaysia

Nak menang sanggup buat apa-apa
Bawa masuk pengundi hantu satu cara
Beli kertas undi juga salah satu cara
Perbuatan berdosa itu belakang kira
Jadi Imam Hadhari terulung di dunia
Namun biarkan perbuatan keji depan mata
Inilah jalan mudah untuk ke neraka

Tiada bukti kukuh masih nak dakwa
95% rakyat Malaysia tak percaya
Semua percaya ini konspirasi belaka
Tapi Hang Lah tak mampu buat apa
Kita ragu akan siapa yang berkuasa
Katanya dia tidak terlibat sama
Habis kenapa biar mungkar berleluasa
Musang tu memang terbukti jahatnya
Mereka pilih jalan mudah ke neraka

Anda boleh mengelak ditangkap di dunia
Tapi CCTV Allah merakamkan semua
Radar Allah tidak pernah berenti bekerja
Malaikat Allah berada dikiri kanan kita
Hard disk Allah tak akan crash macam kita
Google Earth boleh lihat fizikal sahaja
Tapi Allah boleh melihat apa dihati kita
Memang Hebat kuasa Allahu Taala
Jadi biarlah kita sentiasa berwaspada
Elakkan terjebak masuk jalan mudah ke neraka.

Keris Silau
11 Ogos 2008

Wednesday, July 30, 2008

Bukan Kulim, Tapi Permatang Pauh

Orang MatangPauh gembira dengar berita
Bukan saja suka Anwar akan ke sana
Tetapi mereka akan dilayan macam raja
Jika ditakdirkan berlakunya pilihanraya
Jentolak dan steamroll sudah bersedia
Untuk melebar dan menurap jalanraya
Tauke-tauke diarah sediakan dana
Tauke kain siapkan pelikat dan batik jawa

Begitu juga dengan parti punya jentera
Kita akan menyambut satu lagi pesta
Kulim bakal mendapat rezeki berjuta-juta
Kalau ditakdirkan berlakunya pilihanraya
Petani pekebun bakal mendapat subsidi baja
Pelajar sekolah bakal terima basikal percuma
Orang kampung akan diziarahi artis dari kota
Mereka akan terbangkan Mawi dan Siti Nurhaliza
Bapak-bapak pula dibawakan Inul dari Jakarta
Aksi Inul membuatkan bapak terlopong dan ternganga

ADUN PR Penang tak yah regret tak ada bantuan
Memang itu polisi dan amalan kerajaan persekutuan
Yang dipimpin oleh Hang Lah anak Penang watan
Dia peduli apa sebab dia bukan duduk di kawasan
You all buat pilihanraya kecil datanglah bantuan
Buat sepanjang kawasan PORR lingkaran jalan
Pasti 1 billion disalurkan untuk menangkan Barisan
Tapi orang Penang pandai ambik tapi tolak Barisan

Mereka tak akan biarkan Anwar menang
Mereka pasti guna apa cara untuk menghalang
Seperti humban Anwar ke Penjara Kajang
Sg Buluh sudah diliwati oleh ramai orang
Mereka akan buat apa saja termasuk sepak terajang
Mereka sudah suruh Anwar telanjang
Lapuran Pusrawi sudah tak pakai dan dibuang
Mereka masih mahu dakwa Anwar main belakang
Inilah sikap Musang yang sombong dan BANGANG!!

Keris Silau
30 Julai 2008

Thursday, July 24, 2008

Mari Belajar Bahasa Arab

Assalamualaikum Ustaz Ustazah
Saya ucapkan selamat bermuzakarah
Tok Guru Nik Aziz kata bermuqabalah
Mufti Perlis kata bersumpah bermubahalah
Anwar failkan "qazaf" di mahkamah syariah
Walau sehebat mana fitnah kita terus istiqamah
Ayat-ayat diatas ihsan dari lughatul Arabiah

Kalau nak belajar bahasa Arab begitu mudah
Kalau penyatuan Melayu maknanya assabiyah
Kalau penyatuan Islam maknanya wahdatul ummah
Kalau berpolitik cara PAS itu maknanya siasah
Kalau berpolitik cara Islam itu maknanya fiqh-siasah
Berjamaah ikut Islam itu kehendak syariah
Berjamaah ikut Melayu itu kehendak Pak Lah
Kerajaan bersih ikut Islam bermaksud bebas dari rasuah
Kerajaan bersih ikut Melayu bermaksud sapu dan perah

Kalau jumpa Pak Lah itu tujuannya bermuzakarah
Walaupun tujuan asal ialah untuk sama-sama perintah
Jadi ada empat iaitu Selangor Perak Kelantan Kedah
Dalam erti kata lain maksudnya ialah berpaling tadah
Perjanjian dengan PKR dan DAP itu cuma satu helah
Ustaz Nasha bercita-cita nak ganti Pak Lah
Hassan Ali nak jadi MB Selangor negeri paling mewah
Enta ada can naik Exco wahai Abu Urwah

Ahli-ahli PAS dibawah siap bersumpah
UMNO adalah parti toghut engkar arahan Allah
Kafirkan sesetengah orang yang engkar Kitabullah
Ada yang tidak tegur-menegur bertegang lidah
Hangpa semua pakai songkok kami pakai kopiah
Hangpa pakai baju Melayu kami semua berjubah
Hangpa simpan misai kami ada janggut ikut sunnah
Hangpa songlap rasuah kami bersih dan amanah
Allah berfirman 'berpeganglah kepada tali Allah'
Kemudian baru bersatu dan jangan berpecah-belah
Sebelum muzakarah kononnya untuk kesatuan ummah
Eloklah tanya pendapat kami yang duduk di bawah!!

Keris Silau
21 Rejab 1429H

Tuesday, July 22, 2008

Sebenarnya Anwar Lewat

Siapa percaya Anwar liwat
Mereka yang sebelum ini meluat
Kebanyakkan orang Umno karat
Kalau kita benci seseorang sangat-sangat
Kita akan percaya orang kata dia jahat
Mungkin dia selalu pulang lewat
Tapi orang benci ini silap dengar liwat

Kalau Saiful Bukhari dipaksa meliwat
Antara Anwar dan Saiful siapa yang kuat
Tentulah orang muda yang lebih kuat
Anwar sakit belakang masihkah dia larat
Saiful tu masih muda dan cukup sihat
Lagi pun dia boleh kemut rapat-rapat
Batang yang keras pun tak boleh sumbat
Mungkin So Lek hadiah Anwar ubat

Tak logik dan tak kena tempat
Ni mesti kerja M&G yang musibat
Anwar minta report polis tapi tak dapat
Walhal report boleh dibeli balai yang terdekat
Ini semua M&G punya muslihat
Ambik DNA palit kat Saiful punya pantat
Eeee geli tak kuasa aku nak lihat
Maaf aku guna bahasa kotor dan kesat
Tapi lebih baik dari menuduh orang meliwat
Macam Mukris anak PM yang keempat

Yang gelihati pergi ukur Anwar punya awang
Si awang tu boleh mengucup atau menegang
Sebab si awang tu bersifat mengembang
Kalau sejuk macam kuih siput melainkan diransang
Polis kita buat kerja bodoh dan bangang
Buat malu kat orang asing wahai si Musang
Suratkhabar luar tergelak polis macam lebai malang
Sibuk sekat jalan dan ramai-ramai tangkap orang
Pergi lah selesai kes bunuh rogol masalah pendatang
Jangan sibuk asyik nak mengenakan orang
Nanti diakhirat tak selamat kau orang

Dunia mentertawakan kita
Malaysia yang sepatutnya berkelas dunia
Tapi mentaliti pemimpinnya kelas ketiga
Hasil pribumi dan negara yang kaya
Tapi semuanya lingkup sebab politik cacamerba
Yang nombor 1 asyik tidur dan lena
Yang nombor 2 dikaitkan gadis Mongolia
Yang lain asyik sibuk mengumpul harta
Rakyat marhain menjadi mangsa.

Keris Silau
22 Julai 2008

Tuesday, July 15, 2008

Notis Berhenti Paling Lama

Blogger disalahkan oleh Hang Lah
Penyebar khabar angin dan fitnah
Blogger punca pemimpin berbalah
Blogger punca ummah berpecah
Sejak bila blogger punca masalah
Cara pemikiran yang cukup raplah
Dalam zaman IT blogging adalah lumrah
Hang Lah kena sedar zaman sudah berubah
Kita bukan berada di zaman penjajah
Informasi boleh diakses dengan mudah
Nak percaya atau tidak itu semua terserah

Kadangkala aku tidak mengerti
Malu aku nak pergi ke luar negeri
Orang luar memperlekeh Perdana Menteri
Arab tanya ada ke pertalian dengan Bedui
Sebab cara pemikiran ada similarity
Tolong lah wahai Hang Lah al-Badwi
Aku minta hang letak jawatan berenti
Banyak kerosakan dilakukan sehingga kini
080308 titik hitam bagi BN kalah 5 negeri
Tidak pernah berlaku sebelum ini

Kerosakan sudah tidak dapat dibaiki
Bermula dengan perlahapnya Skomi
Skandal Oil for Food melibatkan famili
Kemudian keangkuhan menantu Khairi
Salahguna kedudukan kepentingan sendiri
Hang juga kata Anwar rendah morality
Tapi hang pegang dan kapok Michelle Ipoh mali
Kemudian hang berpesta jazz artis luarnegeri
Hang berdusta dan cakap tipu kat kami
Hang kata pilihanraya lambat lagi
Tapi keesokan bubar parlimen dan dewan negeri
Hang kata elok semua ikut Islam Hadhari
Tapi hang pilih togoi punya isteri
Hang kata kebajikan rakyat dilindungi
Tapi hang potong minyak punya subsidi
Peratusan kenaikan yang paling tinggi
Merana rakyat dicengkam oleh inflasi

Jangan ingat rakyat semua boleh lupa
Walaupun terperangkap dengan kisah Nana
Dan ribut skandal Najip dan Altantuya
Sebenarnya Hang Lah sudah tidak upaya
Eloklah tarik diri dan selamat bersara
2010 notis berhenti kerja rekod paling lama
2 tahun Hang Lah kata masih ada kerja
2 tahun untuk Hang Lah pulun harta
2 tahun untuk pikir rancangan bersara
Nak jaga cucu atau hijrah ke Australia

Keris Silau
(ditulis antara 9 - 14 Julai 2008)

Monday, July 07, 2008

Hang Lah Masih Teringin

Tersenyum PM kita Hang Lah
Dia terlepas dari akuan bersumpah
Yang kena NaikJeep laki Rosmah
Imej tercalar harapan jadi PM punah
Dan jenuh juga Anwar menepis fitnah
Dah tua tapi 40% caya Anwar masih gagah
Bukan senang umur 61 nak lolos terjah
Mungkin Chua So Lek ada bagi hadiah
Semua terjejas sibuk nak perbetulkan maruah

Sementara NaikJeep dan Anwar berbalah
Hang Lah tersenyum harapan cerah
Lalu terus team beliau mengatur langkah
Tapi Hang Lah tak akan menang mudah
Ku Li keluarkan keris lama untuk diasah
Beliau pasti melawan bukan senang mengalah
Muh Yee Din juga bakal mendatangkan masalah
Walaupun NeikJeep sudah tersungkur rebah

Tapi UMNO Penang buat keputusan melulu
Ini semua kerja Rashit yang kaki mengampu
Calunkan Hang Lah untuk jawatan nombor satu
Hang Lah adalah PM yang serba tak tahu
Hang Lah adalah PM yang paling kurang baca buku
Selain kurang ilmu dia tak tahu apa-apa yang berlaku
Kadang-kadang dia tertidur tanpa rasa malu
Dia cakap tak ada substance buat konfius selalu
Itulah sebab negara ni sudah jadi tak menentu
Di mata dunia beliau nampak lembik dan lesu
Tak menyerlah macam Mendela atau Desmond Tutu
Beliau juga terlalu suka ikut cakap menantu
Itu adalah fakta yang jelas semua orang tahu

Dan UMNO Penang juga calun NaikJeep no dua
Ya Allah tak ada orang lain ka
Apa punya haprak pilihan hangpa
Bukan tak tau perangai dia dan bini dia
LossMa tu melebih-lebih kalah bini raja
Bini raja pun tak sesombong LossMa
Habis lingkup kalau NaikJeep pimpin negara
Kalau hangpa bagi dia marah C4lah jawabnya
Hangpa boleh tengok apa dah jadi kat Bala
Bala ditimpa bala mungkin lari balik India

Keris Silau
7 Julai 2008

Thursday, July 03, 2008

Calun-Calun Perdana Menteri Malaysia

Hang Lah disahkan memang kurang upaya
Na Jeep pula tersangkut kat Altantuya
Tun M pula dah tua dan kurang bermaya
Ku Li pula kurang dikenali orang muda
Mohyi Din dan Hang Lah otak sama
Layak cuma pimpin negara kelas ketiga
Jadi siapakah yang layak memimpin negara

Mari kita lihat calun-calun yang ada
Anwar Ibrahim dilihat calun pertama
Ada visi, berpengalaman dan berkarisma
Walaupun dikatakan agen Amerika
Itu cuma persepsi dan sengaja direka-reka
Ada beberapa kerat yang memang percaya
Anwar suka meliwat budak-budak muda
Itu kita serah kepada Anwar dan Allah taala
Bukan mudah tuduh orang liwat dan zina
Ini bukan main-main punya benda
Itu antara dosa besar balasannya neraka

Shahril Samad aku letak calun kedua
Bukan pasai dia ni budak kolek MCOBA
Tapi dia nampak sensible dan terbuka
Cuma baru-baru ni dia banyak ampu bos dia
Kalau nak ambik orang Johor inilah orangnya
Tapi orang Umno tak berapa suka
Kalau macam tu masuk parti doktor mata

Calun ketiga ialah saudara Husam Musa
Kuat bekerja, berilmu dan berwibawa
Ada didikan Tok guru dan didikan agama
Misai dan janggut kontot hensem juga
Sebelum jadi PM elok jadi orang nombor dua
Banyak lagi pengalaman harus ditimba

Ramai lagi yang layak di luar sana
Tapi calun-calun di atas dapat undi dari saya
Oleh itu saya menadah tangan berdoa
Supaya Malaysia dipimpin orang bijaksana
Mereka yang ikhlas, jujur, dan berwibawa
Bukan bila naik tiba-tiba besar kepala
Bila naik anak-cucu dan kroni jadi kaya
Bila naik menantu pun tunjuk kuasa
Bila naik rakyat marhain terus dilupa
Bila naik cakap pun tinggi suara
Contohilah kepimpinan nabi yang mulia
Jangan cuma sebut Umar Aziz sebagai idola
Sebaliknya buktikan dengan perbuatan bukan kata-kata
Semoga Malaysia menjadi negara Kelas Pertama!

Keris Silau
3 Julai 2008

Wednesday, July 02, 2008

Aku Masih Mencari Damai Abadi

Aku baru sahaja nak bercuti
Nak main dengan cucu anak Nori
Tiba-tiba keluar cerita Yong Tek Lee
Dia nak buat usul tak percaya melalui 2 MP
Betul-betul karutlah parti SAPP
Tak pernah dibuat ke atas Perdana Menteri
Rasa-rasa aku lah PM yang pertama kali
Aku rasa bangga juga boleh masuk history

Aku baru nak terlelap di siang hari
Keluar cerita Anwar balaih juboq Saiful Bukari
Balaih juboq tu bahasa utara maksudnya sodomy
Tak dak cerita lain ka puak-puak konspirasi
Ni semua mesti cerita Musang dan Gani
Lepas tu Anwar lari pi Kedutaan Turki
Katanya ada hired killer dari luar negeri
Dan dia tak percaya polis kita terutama Siput Babi
Jenuh aku nak jawab bukan kerja aku dan Khairi
Sebab semua tengok macam aku yang buat konspirasi
Otak aku tak leh memikir benda tinggi-tinggi
Kau orang lihatlah macam mana aku urus ekonomi
Semua aku serah kat Nor Yakob dan Zeti

Aku ingat bolehlah rilek dua tiga hari ni
Tapi bulan Disember aku akan dicabar Ku Li
Ku Li dah mula buat kerja melobi
Aku kena fokus dan buat lawatan semua negeri
Malu lah aku kalau Presiden kalah pertama kali
Tak boleh sebab Kamal kata hancurlah Skomi
ECM Libra tak boleh tukar jadi ECM Gemini
Khairi pula dok teringin nak jadi Menteri
Jean pun belum puas jalan luar negeri
Jadi aku kena pertahan Presiden punya kerusi

Oh ya sebab aku sibuk pilihanraya Umno nanti
I put up auto-pilot mode for managing the country
Nanti bila dia nak crash aku terjun for safety
Rumah di Perth dah lama tak ada penghuni
Aku landing kat Perth dapat PR Aussie
John Howard dah lama bagi garenti
Maka di sana aku mencari Damai Abadi

Hang Lah, Putrajaya 2 Julai 2008

Keris Silau
2 July 2008

Tuesday, July 01, 2008

Letter to Mat John - Do Re Me or So Do Me?

Dear Mat John,

Have you heard this guy Saiful Bukhari
He accused Anwar belakang juga mari
He made a police report victim of sodomy
No, not those noodle or Ipoh Lum Mee
This is high-profile case of political absurdity
Where can you find this juicy story
Only in Malaysia Boleh Islam Hadari

So Anwar seeks refuge in Turkish Embassy
He probably got to enjoy doner and Turkish coffee
Anyway he said he received death threat from M & G
Since he got evidences on previous conspiracy
Concocted by highest level conspirators in the country
Some of them either became sasau or sudah mati
Two of them still holding positions as IGP and AG
Another one recently quit the ruling party
And the accuser recently kena potong kaki
But this time in Damansara not in Tivoli
Kondo Damansara sounds very luxury
Forensic unit was there looking for air mani

So who is this Saiful Bukhari
He is 23 year old dropout from university
We saw some of his pictures with a few menteri
One with special assistant to Timb Perdana Menteri
Asking for scholarship in Sodomy Study
Dia hidup dua alam since he got engaged recently

Well Mat John in Malaysia macam-macam boleh jadi
People forget for a while on fuel subsidy
And the recent SD involving Mongolian beauty
And the motion of no confidence by SAPP
Diverting attention is an old tactic or media strategy
But kaki bola still awake on the night Spain beat Germany
Euro 2008 Final diverted them from sodomy story!

Keris Silau
1 July 2008