Tuesday, August 12, 2008

Adakah kita perlu PM yang baru?

Malaysia kaya dengan sumber asli
Minyak memancut keluar tanpa henti
Petronas tak habis-habis cari dan gali
Petronas teruk-teruk gali orang lain joli
Kelapa sawit dan getah disana-sini
Bahan mineral seperti timah dan besi
Di Penang pula terdapat banyak industri
Pelabur ternama macam Intel dan AMD
Kalau nak jadi world class dah cukup resepi

Namun sayang tidak setanding dengan jiran
Kalau banding dengan Singapore jauh ketinggalan
Apakah masalah utama ialah pucuk pimpinan
Tun M meninggalkan lebih banyak beban
Yang tercalar teruk ialah sistem kehakiman
Hakim bersekongkol dengan peguam kanan
Imej polis tercorot sebagai penjaga keamanan
Bekas Ketua Polis sendiri terlibat kes penderaan
Harapkan pagar tapi pagar makan tuan

Bila Dollah naik rakyat menaruh harapan
Moga-moga dapat diperbetulkan kepincangan
Moga-moga barah rasuah dapat dihapuskan
2004 kemenangan besar buat Dollah dan Barisan
Namun sayang Dollah pula lupa daratan
Hidup dalam khayalan dan awang-awangan
Lebih banyak tidur dari bekerja mengejar wawasan
Rupanya Dollah lebih suka mengejar kemewahan
Anak-anak sendiri kaut harta bukan main sakan
Dan banyak dengar nasihat menantu kesayangan
Ekonomi negara pincang masa depan tak ketahuan
Dollah meneruskan Tun M punya warisan
Hakim besar dilantik dari beberapa kenalan
Ketua Polis dilantik dari personaliti yang meragukan
Macam tak ada orang lain kena lantik anak Haji Hassan
Dollah masih degil tak mau letak jawatan
2010 cuma gimik Najib mungkin disingkirkan

Negara amat memerlukan pemimpin berkarisma
Untuk membawa negara ke dalam peta dunia
Pemimpin yang mampu menyatupadukan semua
Pemimpin yang bersikap adil dan saksama
Pemimpin yang dapat menghapuskan pelbagai gejala
Rasuah, dadah, jenayah, dan salah guna kuasa
Adakah kita akan dapat PM yang baru di Putrajaya
Marilah wahai rakyat Malaysia sama-sama kita berdoa!

Keris Silau
12 Ogos 2008

3 comments:

Anonymous said...

kelapa sawit mahal kroni joli
anak2 peneroka pandai cucuk sendiri
anak2 orang masuk universiti
anak2 berduyun-duyun masuk pusat serenti

Anonymous said...

Cukup senang kalu jadi menteri
duit datang tak payah mencari-cari
kaya raya tak sedar diri
harta bertimbun masih lagi iri
tak kiralah rasuah atau mencuri
sebab itu sangat nak jadi menteri
supaya senang masuk neraka nanti

Kalau tak mau jadi susah
jangan perjuang tentang rasuah
tadah tangan terima sajalah
perut buncit hidup jadi mewah

Begitulah orang yang dah terlanjur
hidupnya menderita tak teratur
siang malam susah nak tidur
fikiran kusut campur-baur
perkara jelas jadi kabur
kalau terus giat sampai ke kubur
tentulah tak dapat nikmat bersyukur

Kalau menyesal dan sedar diri
bersabar dan berdikari
walaupun sedikit hasil sendiri
kehidupan bersih mulia hati
kepada ikhwan menabur bakti
dahulukan kawan dari diri sendiri
itulah gentelmen sejati
sanggup membersih jalan berduri
pilihan terbaik sebagai menteri
bukankah itu pilihan hati?

Fikir-fikirkanlah bila memilih
pangkahlah wakil yang bersih
tidak tercemar dan warnanya putih
airliurnya tidak selalu melilih
mulutnya juga jarang berbuih
cakapnya macam orang-orang solih
pandai dan serba bolih...

Anonymous said...

Kalau hari ni boleh tukar, segeralah tukar. Perkara baik jangan dilewatkan...