Friday, February 16, 2007

Ali Baba

Tersebutlah kisah si Ali Baba
Kekanda kepada si Kassim Baba
Cerita rakyat yang hidup dahulukala
Terkenal sebagai Kontraktor Bumiputera
Dapat kontrak membina sekolah dan menara
Kerana ada kabel yang kuat di Putrajaya
Terus naik menjadi jutawan segera
Terima kasih kerana dasar ekonomi negara
Membela nasib mereka yang bergelar Umnoputera
Sekali sekala menderma di masjid cari pahala
Untuk membina imej pemurah agaknya
Padahal kontrak di subkan ke syarikat Cina
Yang rajin dan cekap buat kerja
Si Ali Baba cuma ambil komisen sejuta dua
Kemudian Si Ali Baba beli sebiji kereta
Untuk dihadiahkan kepada Si Kassim Baba
Yang mengusahakan tender diluluskan segera
Kalau makan daging babi cuma berdosa
Tapi kalau makan rasuah dilaknat Allah Taala
Buat malu saja kepada agama dan bangsa
Terkejut besar pemimpin besar negara
Sungguh dia tak sangka
Begitu ramai jumlah seumpama Ali Baba
Dia ni pun kira dua kali lima
Apa yang dia buat terkejut depan media
Bukan benda baru di negara kita
Peeeerrrraaah!

Keris Silau
16 Februari 2007

No comments: