Monday, August 28, 2006

Apa Erti Merdeka?

Kita sudah 49 tahun sambut Merdeka
Perdana Menteri hari ini adalah yang ke lima
Banyak yang dicapai sebagai sebuah negara
Kita ada twin towers yang tertinggi di dunia
Proton pengeluar kereta kebanggan negara
Kita juga ada F1 litar sirkit lumba kereta
Rumah papan sudah diganti rumah pangsa
Pusat kerajaan sudah dipindah ke Putrajaya
Tidak lagi di bangunan berlumutdi Damansara
Pembangunan negara menjadi agenda utama
Sungguh pesat pembangunan di merata-rata
Sehingga terpaksa impot buruh Indonesia
Dulu jalan kampung sekarang sudah ada lebuhraya
Dulu kedai runcit sekarang besar punya pasaraya
Dulu hospital kerajaan sekarang ada hospital swasta
Dahulu tv hitam putih sekarang sudah ada tv plasma
Dulu ada satu dua channel sekarang tak terkira
Kehidupan semakin mewah dinikmati semua bangsa
Tidak kira Melayu Cina atau India

Tapi itu semua pembangunan fizikal semata-mata
Di sebalik merdeka kita masih jadi hamba
Lihatlah statistik yang disiarkan media
Orang Melayu masih duduk di tempat pertama
Jadi hamba kepada dadah ganja dan marijuana
Di Pusat Serenti yang paling ramai orang kita
Kadar jenayah sudah setanding negara Amerika
Tiap-tiap hari ada kes bunuh dilapurkan di media
Kita tak dapat bayangkan anak bunuh ibu atau bapa
Tapi sekarang sudah jadi macam perkara biasa
Berlaku di kampung dan juga di kota raya

Kita jadi hamba kepada material dan dunia
Agar tercapai impian sanggup lakukan apa saja
Hatta makan rasuah dan tutup sebelah mata
Tak kira pegawai rendah atau tinggi pangkatnya
Indeks moral juga tidak ke mana-mana
Pelacuran sudah tidak dapat dikawal berleluasa
Rogol dan sumbang mahram anak dan bapa
Majalah dan video lucah ada dimana-mana
Kita jadi hamba kepada nafsu selera kita

Hiburan melampau sudah melanda kita
Jadikan artis terkinja-kinja sebagai idola
Bukan saintis atau negarawan jauh sekali ulama
Artis nak khawin buat macam majlis diraja
Disiarkan secara langsung ke seluruh negara
Elok lah tu 9 bulan lagi siarkan dia beranak pula
Lihatlah di tv siang malam muka mereka
Di suratkhabar, majalah dan papan tanda
Di negara jiran K-ekonomi sini K-Siti Nurhaliza
Itulah tanda mercu kejayaaan negara
We are living in celebrities-obsessed era

Merdeka bukan setakat mengibar bendera
Bukan setakat menyebut Merdeka Merdeka
Bukan naik motosikal ramai-ramai keliling kota
Bukan hanya tunjuk kekuatan tentera darat dan udara
Atau cuma pandai anjurkan konsert terbuka
Sehingga tengah malam artis terkinja-kinja
Syarikat arak pula sponsor arak percuma
Ini bukan cara kita sambut merdeka
Walaupun dihadiri oleh pemimpin negara
Tetapi jiwa kita masih belum merdeka

Kemerdekaan hendaklah diisi ikut agama
Hendaklah bersyukur kepada Allah taala
Lihat semula perjuangan Nabi kita
Bagaimana sahabat nabi kecapi merdeka
Merdeka dari penghambaan sesama manusia
Bilal ibni Rabah satu contoh cukup nyata
Hamba tetapi mempunyai jiwa yang merdeka
Setelah menerima nur dan hidayah Allah taala
Itulah generasi al Quran yang terulung di dunia
Islam membebaskan mereka dari cengkaman manusia
Quraish, Rom dan Parsi tumbang kepada Iman dan Taqwa
Padahal sebelum itu mereka cuma pengembala
Inilah contoh dan idola kita!

Di ambang merdeka,
Keris Silau
28 Ogos 2006

Wednesday, August 23, 2006

Seks Bebas

Statistik hari ini semakin menakutkan
Dijalankan kajian pelajar tempatan
70% pernah terlibat seks luar pernikahan
Tak ramai yang pakai “alat“ keselamatan
Hospital-hospital juga melapurkan
Lahir anak luar-nikah alami peningkatan
Itu tak termasuk kes penguguran
Berapa ramai bayi dibuang tanpa belas-kasihan
Di mana hati mereka lagi teruk dari haiwan

Manusia sudah hilang pedoman
Ummat akan menuju kehancuran
Kalau kita tidak peduli dan tidak hairan
Gejala seks bebas dan pujukrayu syaitan
Kita perlukan sesuatu mengubah keadaan
Jangan dok harap sesuatu dari kerajaan
Mereka bersikap sambil lewa lepas tangan
Malah mereka galakkan lagi hiburan
Lesen rumah urut mereka luluskan
Pelacur-pelacur China berkeliaran
VCD lucah bercambah ditepi-tepi jalan
Penguatkuasa langsung tak kelihatan
Majalah lucah banyak sungguh dipasaran
Kita pun hairan bagaimana dapat kelulusan
Filem kita pun dah banyak adegan menggiurkan

Orang kita sudah biasa dengan perzinaan
Tiada lagi yang dapat menghalang kemungkaran
Jabatan Agama pun takut ambil tindakan
Pemimpin No 1 mesti tunjuk teladan
Keluarkan pen dan tuliskan arahan
Pusat maksiat mesti segera dihancurkan
Mesti berani untuk mencegah kemungkaran
Jangan takut ekonomi negara alami penurunan
Apa guna ekonomi kuat akhlak alami keruntuhan

Sementara tu NGO Islam kena perkemaskan
Sedarkan remaja dan masyarakat tempatan
Dekatilah remaja jangan kita biarkan
Inilah bakal pemimpin masa hadapan
Kepada mereka kita harapkan
Supaya meneruskan mesej dari alQuran.

Keris Silau
23 Ogos 2006

Tuesday, August 22, 2006

Mat Saleh Celup

Semalam semasa menziarahi orang tua
Mereka tonton Festival Filem Malaysia
Ada satu artis muda yang menerima piala
Dia akan nampak bodoh katanya
Kalau dia bicara dalam bahasa ibunda
Bicara dia bahasa Inggeris pelat orang kita
Tak ada slang orang UK atau Amerika
Nama famili tak ada Smith atau Jaquelina
Sebaliknya macam nama arab nusantara
Ku tanya artis itu lahir di mana
Mana tau membesar di Jerman atau Australia
Tak pula lahir di sana mungkin di Melaka
Kenapa tak mau bicara bahasa ibunda
Mungkin tak ada standard agaknya
Atau dia teringin jadi Sofea dan Deanna
Atau mungkin teringin jadi Raja Petra
Kacukan barat dan nusantara
Mungkin dia alami krisis identiti agaknya
Tidak hairanlah dia berlakun filem Gubra

Kalau nak tau itulah artis Malaysia
Yang orang Melayu dok sanjung gila
Artis tidak lah disanjung tinggi di Singapura
Mereka lebih suka saintis berjaya sebagai idola
Di sini artis disanjung begitu mulia
Lihatlah perkahwinan disiarkan langsung di TV3
Begitu tinggi penghormatan macam perkahwinan diraja
Makcik-makcik berenti buat kerja rumah sementara
Nak tengok Siti punya cincin berlian besar mana

Inilah agenda Barat yang orang Timur laksana
Biarkan orang Melayu terhibur dan leka
Sogokkan hiburan banyak-banyak setiap masa
Terbitkan majalah lagha seperti URTV dan Mangga
Ibubapa galakkan pula anak masuk Akademi Fantasia
Beri sokongan moral sebab anak-anak suka
Anak-anak terkinja-kinja tak mengapa

Tak lama lagi kita akan sambut merdeka
Sibuk orang kita nak buat konsert terbuka
Siapa yang ramai anda semua boleh teka
Kita tak pasti adakah ini sahaja cara
Kalau gitu lambat lagi kita merdeka!

Keris Silau
21/22 Ogos 2006

Tuesday, August 15, 2006

Tak Dak Kerojer...

Musim kenduri telah tiba lagi
You all tak kena panggil ke kenduri Siti?
I was invited by Dato K punya secretary
Bukan Datok K tu tapi tapi Dato K. Sinatamby
Sorry kena kan kau orang ari ni

Begitu hebat persiapan Raja Sehari
Beli cincin pun siarkan kat Malaysia Hari Ini
Maklumlah perkahwinan celebriti
Akan disiarkan secara langsung di TV
Tak macam perkahwinan Erra dengan Yusri

Tapi Siti tak minta semua ini
Sebab ada orang nak sponsor bagi
Kalau boleh Siti nak simple ceremony
Akad nikah di masjid and small kenduri
Lagipun Dato K dah pernah menikah sekali
Buat apa nak besar-besar buang duit rugi

Media sebenarnya buat cerita sensasi
Tak ada cerita lain asyik-asyik Siti
Tak abis-abis Siti itu Siti ini
Nak report semua walaupun jumpa kadi
Baru paper boleh laku orang beli
Kalau dulu muka depan DrM vs Pak Lah Badawi
Muka belakang asyik muka Wayne Rooney
Sekali sekala muncul Shain Zulkifli
Tapi la ni depan belakang muka Siti
Mana tak jeolous Sharipah Aini
Internet pula selongkar rahsia peribadi
Tunjuk gambar tak senonoh Siti punya anak tiri
Ish ish ish apa jadi dengan hangpa ni
Itulah kerja orang Melayu masakini
Ada tugas yang lebih besar menanti
Daripada mengumpat dan busy body
Don’t waste your energy unnecessarily
Focus more on things that are noteworthy

Keris Silau
15 August 2006

Monday, August 14, 2006

Siapa Tak Sayang Anak...

Ibu bapa mana tak sayang anak
Tapi kejahilan melanda ibu dan bapak
Manjakan mereka terlalu banyak
Belikan apa yang mereka semua nak
Setengahnya membuatkan minda rosak
Computer game tidak bagus untuk kanak-kanak
Budak jadi malas cuma jari aja bergerak
Lama-kelamaan akan melemahkan otak
Di kelas tak dapat beri tumpuan kelak
Badan pun lemah dan banyak lemak
Tidak heran ramai budak besar macam badak
Obese kerana kurang aktiviti lasak
Tak ramai yang bermain takraw atau bolasepak
Permainan tradisional seperti gasing dan congkak

Program tv pula banyak tonjol kerosakan akhlak
Setiap hari anak disajikan aksi tembak-menembak
Tengok artis terkinja-kinja melonjak-lonjak
Aksi yang menghairahkan buat budak lagi galak
Aksi lemah lembut chef lelaki dalam program masak-memasak
Ada anak komplen ayah suka tengok cerita yang selak-selak
Tunjuk contoh yang tidak baik depan budak-budak
Otak anak kita macam sponge serap apa yang dia nampak
Jangan bagi tengok rancangan AF yang melalak-lalak
Dan gaya pengacara yang aku nak muntah dan muak

Kita adalah contoh dalam pembentukan akhlak
Cakap dengan anak dengan suara yang lunak
Jangan tengking sampai pecah anak tekak
Atau terlalu garang sampai mata terbeliak
Jangan tegur anak depan khalayak
Sebab kanak-kanak pun ada hayak (malu)
Sabarlah dengan perangai budak-budak

Kita beralih kepada bab makanan pulak
Sumbat apa yang boleh dimakan kerana manjakan anak
Selagi anak boleh makan dan lantak
Maaf kasar bahasa nak sedarkan abang kakak
Dari mee segera, minuman tin, roti canai dan murtabak
Kandungan gula dan karbohidrat terlalu banyak
Anak gendut dan obese penyakit mudah biak
Banyakkanlah sayur seperti timun dan lobak
“Depa tak nak makan” alasan tu mesti ditolak

Jikalau tuan-puan sayangkan anak
Ajarkan al Quran sumber pembentukan akhlak
Sumber ilmu supaya anak jadi pandai dan bijak
Tidak befikiran sempit macam dalam kotak
Supaya mereka lebih peka bukan pekak
Bersifat tawadduk tidak sombong dan riak
Tidak ikut Yahudi dan Nasara sampai lubang biawak
Ya, memang susah besarkan anak
Mereka umpama kain puteh yang kita perlu corak
Namun Islam telah menggariskan pentarbiyahan anak-anak..

Keris Silau
14 Ogos 2006

Sunday, August 13, 2006

Mencari Cinta

Pakar motivasi menasihati kita
Kalau inginkan rumahtangga bahagia
Mesti ada persefahaman dan timbangrasa
Mesti semai, pupuk dan suburkan cinta
Terus terang dengan pasangan kita
Jauhkan diri dari banyak berperangsangka
Jauhkan juga bercemburu buta
Sebaliknya suami isteri mesti saling percaya
Setiap pasangan mesti luangkan masa
Bergurau senda menambahkan mesra
Dan ada masa mendengar rintihan rasa
Jangan keluarkan topik nak kahwin dua
Kalau isteri belum boleh terima
Jangan mulakan perang dunia ketiga
Nanti terbang periuk belanga
Bengkak mata bencol kepala
Malam pula kena tidur di atas sofa

Tunjukkan kita sayang pasangan kita
Sekali-sekala singgahlah beli bunga
Atau sms kata kekanda cinta adinda
Macam baru bercinta dolu-dolu masa muda
Menghiaskan diri pakai baju lawa-lawa
Janganlah asyik kain pelikat dan telok belanga
Atau seluar pendek dan singlet cap Pagoda
Sekali sekala pakailah baju nampak bulu dada
Si isteri pulak janganlah asyik baju rama-rama
Atau berkemban dengan kain batik Jawa
Muka selalu pucat macam mayat pula
Letakkanlah lipstik yang merah menyala
Barulah suami atau isteri tergoda
Hubungan yang intim keluarga pun bahagia

Senaman boleh juga dilakukan berdua
Supaya kesihatan sentiasa terjaga
Perut boroi boleh mengundang bencana
Isteri masak yang sedap berkhasiat belaka
Terpelihara dari jangkitan penyakit merbahaya
Sekali-sekala suami masak untuk seisi keluarga
Tak kisahlah walaupun menu cuma nasi goreng saja
Jangan sekali-kali menghisap rokok di rumah kita
Kerana ianya boleh mengakibatkan keluarga derita
Asap rokok ada 4000 jenis racun bahaya
Ini untuk kita sihat dan kuat di hari tua
Jadi tak payahlah ambik Tongkat Ali atau Viagra

Inilah beberapa tips keluarga bahagia
Jangan pandang sebelah mata
Jangan kita bersikap tak kisah tak apa-apa
Jagi hati pasangan dengan berlembut tutur kata
Jangan menipu kerana itu semua jadi punca
Punca keretakan rumah tangga
Si suami jangan selalu jeling wanita
Si isteri jangan membuat tenungan manja
Kepada lelaki yang kacak bergaya
Semua itu akan mengundang sengketa

Nasihat di atas cuma secara am sahaja
Keris Silau bukan pakar kaunseling keluarga
Kalau ada masalah sila hubungi Dr. Hatta
Pakar psikatri yang terulung di Malaysia
Jangan jumpa pakar tenung nasib di kaki lima
Atau minta ubat pengasih dari bomoh Jawa
Itu semua khurafat dan sesat belaka

Keris Silau sentiasa berdoa
Supaya kawan-kawan hidup bahagia
Disamping pasangan tercinta
Kalau kebetulan dah jadi duda
Carilah anak dara atau janda yang beragama
Kalau boleh yang ada rupa dan lawa
Jangan dok teringin macam Siti Nurhaliza
Atau cari yang rupa mirip Pan-Asia
Jenuh juga kita nak jaga
Di meja mekap dua jam lamanya
Pakaian mesti yang ada jenama
Gucci, Versace LV dan Escada
Hujung bulan botak kepala
Nak bayar kredit kad bank dah minta.


Jangan marah ya:-)
Keris Silau
10 Ogos 2006

Tuesday, August 08, 2006

Aku Dan Menantuku

Semalam Pak Lah jawab segala tuduhan
Selepas berdiam diri berbulan-bulan
Ugut pula akan ambik tindakan
Sapa-sapa yang membuat tuduhan
Tanpa asas dan cerita yang bukan-bukan
Spread rumors about me and my son
Termasuklah hal peribadi dan perniagaan
Khabar angin boleh hancurkan perpaduan
Boleh membuatkan suami isteri berceraian
Tak baik buat kerja yang dikutuk oleh Tuhan
Tapi kalau Tun M buat pengumuman
Tentu air mata meleleh berderaian
Jenuh nak pujuk macam cerita Hindustan
Dia mungkin belajar dari Shah Rukh Khan

Khairy pun malas nak entertain
Khabar angin kata dia sudah kahwin
Dengan artis jelita Maya Karin
Wow bertuah juga anak Jamaludin
Apa salahnya kalau Khari kahwin lain
Kan dia bener-bener jejaka tulin
Somebody who have a look and brain
From reputable university, an Oford train
Bercita-cita besar nak jadi pemimpin
It is okay for him nak naik pelamin
Minta tolong Dato K carikan sampin
Teringin pula nak jadi pengantin
Mana tahu mulut aku masin
Amin amin ya Rabulalamin
Close one eye-lah said MP Jasin
Sister In Islam will make noise again
Jaga kamu ada hati nak kahwin lain
Nanti melayang periuk belanga dan besen

Politik Melayu macam tu lah
Suka sebar surat layang fitnah-memfitnah
Media pula memilih apa yang nak dedah
Kita pun tahu ahli politik banyak helah
Sepatutnya mereka fikirkan masalah ummah
Dari asyik cakap sapa yang depa nak nikah
Sepatutnya berusaha banteras rasuah
Dari sibuk kumpulkan kereta-kereta mewah
Dan habiskan wang dari tabung amanah
Kalau merajuk terus saja buat umrah
Ada juga nak honeymoon di Makkah
Kalau rakyat kritik kata kita pecah belah
Rampas masjid tak endah anak qaryah
Letakkan orang parti walaupun tak lancar AlFatihah
Buruk perangai mereka yang claim penyelamat ummah
Teruskan batal Khatib yang handal berkhutbah
Sebab mereka kata khatib kritik pemerintah
Khatib mereka lembik lena habis para jemaah
Sepatutnya masjid menjadi pusat kecemerlangan ummah
Kita buat banyak aktivit dan program mengimarah
Tapi dirosakkan oleh kerakusan parti pemerintah


Keris Silau
8/8/2006

Friday, August 04, 2006

Akhlak Remaja

Budak Melayu la ni dashat
Pakai baju pun singkat-singkat
Kadang-kadang nampak pusat
Bukan saja singkat malah ketat-ketat
Terbonjol habis yang bulat-bulat
Tak sah kalau rambut tak karat
Nak nampak macam wanita barat
Baru lah glamour dan hebat
Senang lah lelaki datang memikat
Termasuklah yang nakal dan jahat
Terjunam diri ke dalam kancah maksiat
Bergelumang dengan dosa yang berat-berat
Menari berdansa setiap malam Ahad
Enjoy goyang kepala macam ajaran sesat
Hiburan melampau mereka cukup minat
Tak ingat langsung waktu solat
Susah sekali nak buat amal ibadat
Sebab di jiwa tiada pegangan yang kuat
Silap haribulan boleh jadi murtad
Terpengaruh dengan agama sesat
Yang menghalalkan apa yang dibuat
Katanya Islam punya peraturan yang ketat
Mereka suka agama yang cuma niat
Habis kehidupan dalam gelap gelumat
Sayang ramai budak Melayu yang terlibat

Salah ibubapa yang suka bagi muka sangat
Ibubapa yang sibuk untuk ambik berat
Atau ibubapa yang tontonAF malam Ahad
Galakkan anak dalam aktiviti kurang sihat
Tiada nilai murni atau akhlak yang diperlihat
Cuma artis terkinja-kinja melompat-lompat
Itulah hobi atau aktiviti yang menjadi minat
Artis putus bertunang jadi bahan chit-chat
Artis kawin duda jadi bahan mengumpat

Marilah bentuk akhlak yang sihat
Ajar anak-anak ilmu dunia dan akhirat
Aqidah, seerah, dan feqah muamalat
Ajar jadi Abu Bakr, Umar, dan sahabat2
Memegang tali Allah dengan kuat
Jadi umat yang terbaik di alam sejagat
Bangun dan beri peringatan kepada umat
Tidak takut untuk bangun berjihad
Bukan lembik lemah tak cukup zat

Jangan tunggu lagi kita buat cepat-cepat
Ana sekadar turunkan nasihat
Untuk berkongsi pengalaman dua tiga kerat
Sebab pening tengok remaja bertambah sesat
Pening sungguh-sungguh bukan pening lalat
Risau generasi yang bakal memimpin masyarakat
Tidak mampu lagi menangkis dendam kesumat
Bangsa Yahudi dan Nasara yang keparat
Oleh itu rapatkan saf bangunkan pemuda yang kuat
InsyaAllah tidak hilang umat Muhammad!

Allahuakbar!


Keris Silau,
4 Ogos 2006

Tuesday, August 01, 2006

Baru Serbuk Lada, Bukan Bom Kimia!

Si gedebe Kelate sembur gas pemedih mata
Kepada Mantan Perdana Menteri Malaysia
Terkejut besar seluruh rakyat jelata
Tak pernah Tun M dilakukan sedemikian rupa
Tengok gambar TunM di media perdana
Nampak teruk kena sembur serbuk lada
Pengalaman yang menakutkan katanya

Para reformis membisik lega
Mereka kata padan muka
Inilah balasan Allah taala
Dulu kami disembur di Masjid Negara
Apa jenis gas sampai pedih satu muka
FRU pula pukul kepala kami dengan cota
Tak kira laki-laki dan juga wanita
Anwar kena pukul lebam biji mata
Yang pukul bekas Ketua Polis Negara
Masa kerajaan diperintah bapa Marina
Dan berapa ramai kena sumbat di penjara
Dan di Kamunting dek kerana Isa
Ditahan tanpa bicara
Dituduh mengancam keselamatan negara
Anak bini di luar hidup menderita

Tapi yang sembur Tun M bukan mereka
Mereka bukan gedebe tak tentu hala
Yang sembur katanya ahli UMNO juga
Kita bukan jenis balas dendam lama
Yang lepas buat apa nak ulang semula
Kita serah kepada Allah punya kuasa
Lagipun kita banyak beban kerja
Banyak lagi isu mendesak di dunia
Di Lubnan bukan mereka kena serbuk lada
Tapi kena meriam dan bom kimia
Rentung habis mayat tak da kepala
Terakhir ialah pembunuhan kejam di Qana’
Kasihan mangsa kanak-kanak yang tidak berdosa
Kita bayangkanlah mereka tu anak kita
Kurang hajar punya Olmert Yahudi durjana
Tapi kita dok sini tak rasa apa-apa
Masih sibuk hobi bela ayam serama
Masih sibuk siapa menang Akademi Fantasia
Alahai sibuk sebab apa Siti kawin duda
Sibuk memanjang hari ni nak masak apa
Sesungguhnya mukmin itu bersaudara
Saban hari saudara kita menderita
Di Palestin Kashmir dan juga Bosnia
Di selatan Thai dan juga selatan Filipina
Cukupkah kita cuma simpati saja
Tadah tangan teruslah berdoa
Allah selamatkan saudara kami di sana
Allah, Kau hancurkan musuh agama
Allah tolonglah sedarkan pemimpin dan raja
Mereka sebenarnya ikut telunjuk Amerika
Mereka kata Amerika paling berkuasa
Allah Kaulah Berkuasa di atas segalanya
Tiada siapa yang boleh menandingi kuasa Allah Taala!


Keris Silau
1 August 2006

Monday, July 31, 2006

Sakit Jantung

Sakit jantung pembunuh utama
1 dari 3 orang Malaysia akan kena
Tidak kira laki-laki atau wanita
Tidak kira orang miskin atau kaya
Tidak kira orang kampung atau kota
Tidak kira celebriti atau orang biasa
Hani Mohsin kena serangan umur 43
Dulu yang kena orang yang dah tua
Tapi sekarang dah serang orang muda
Apa sebenarnya faktor utama
Keturunan, umur, jantina dan bangsa
Diabetik, darah tinggi dan hypercholestrolimia
Merokok, kegemukan, tekanan kerja dan mak mertua
Apa yang kita makan juga mesti diambil kira
Pagi-pagi roti canai, nasi lemak dan roti sekaya
Tengahari nasi ayam goreng atau nasi dalca
Malam bihun goreng, koay teow atau mee jawa
Kandungan karbohidrat tinggi setiap masa
Kandungan pengawet pun boleh tahan juga
Garam sepatutnya diambil sehari cuma satu camca
Tapi kita masukkan dalam makanan secukup rasa
Minum kopi dan teh taruh banyak gula
Air puteh tak minum sebab tak ada rasa

Walaupun penyakit ialah ketentuan Allah taala
Tapi kita jangan salahkan tadir semata-mata
Siapa yang masukkan sampah dalam badan kita
Rokok pun kita hisap walaupun ulama keluar fatwa
Kita kata ulama bercanggah pendapat sesama mereka
Kita pakai fatwa makruh iaitu nabi tak suka
Tapi ahli parti Islam yang banyak guna
Kita boikot barangan dibuat Yahudi dan Amerika
Tapi di mulut terlekat Benson dan rokok cap Unta
Umat Islamlah penyumbang utama
Sebenarnya rokok ada 4000 jenis racun bahaya
Juga perokok pasif seperti kanak-kanak dan wanita
Di Malaysia perokok wanita semakin ketara
Bukan reti hisap pun asap hembus di muka
Cuma hisap untuk stail dan bergaya

Eksesais pun kurang asyik sibuk sentiasa
Mengejar kekayaan sampai tak ada masa
Kenalah eksesais tiga kali seminggu sahaja
Jogging tennis aerobic atau main bola
Ajak anak-anak pun main sama
Jangan asyik tekankan akademik semata-mata
Sukan baik untuk menyihatkan semua anggota
Senang tidur sebab letih main bola
Sekarang trend kanak-kanak obese pula
Emak sayang masak sedap-sedap belaka
Ayam goreng dan kentang goreng kesukaan mereka
Anak tahu eja KFC sebelum belajar ABC di tadika

Okaylah itu beberapa panduan dari saya
Setelah melihat statistik di Mingguan Malaysia
Diharap saudara-saudari sudi menerima
Saya pun kena hati-hati juga
Islam memerlukan umat yang kuat sihat tubuh anggota
Kerna kerja Islah dan dakwah banyak menunggu kita.


Keris Silau,
31 July 2006

Thursday, July 27, 2006

Tahniah Pak Lah

Kita nak ucap tahniah kat Pak Lah Badawi
Sebab stop kumpulan Artikel 11 dan IFC
Pak Lah kata dont fan on religious sensitivity
We salute the move by bapa mertua Khairi
Zaid and the gang tentu tak puas hati
Hangpa jangan nak tunjuk berani
Elok hangpa bertaubat kat depan tok kadi
Sebelum malaikat maut bagi ubat mati
Kami hairan kenapa menentang agama sendiri
Apa agenda dan apa yang hagpa nak bukti
It is an act of ignorance and stupidity
Sokong pula Lina Joy atau Azalina Jailani
Yang terang-terang murtad bukan Islam lagi

IFC sudah too much mengapi-api
Berani mencabar Islam sebagai agama rasmi
Tentu dapat bantuan kewangan luar negeri
Mahukan Islam liberal dilaksana di sini
Macam negara jiran dah tak dapat kawal lagi
Sogokkan hiburan kepada pemuda-pemudi
Tak caya tengoklah suratkhabar dan tv
Penuh dengan berita artis di sana sini
Terlalu sedikit rancangan yang membina jatidiri
Motivasi cuma disiarkan awal-awal pagi
Lepas tu kita berhibur lagi
Ajar anak muda clubbing dan party
Leka, lena, hanyut dan hancur tak sedar diri
Kita takut masa depan apa nak jadi
Tak ada langsung prihatin dan sensitiviti
Orang lukis kartun hina nabi
Mana ada pemuda bangun buat demonstrasi
Cuma ada berapa kerat yang masih berani
Yang lain mungkin takut Akta Universiti
Tapi sebahagian besar buat tak peduli
Tak ada niat untuk berjihad di hati

Bangun lah wahai pemuda pemudi
Masanya sudah sampai untuk kita berdiri
Tiada masa untuk lepak dan lagha lagi
Rapatkan saf-saf perkuatkan diri
Kuatkan iman dan ibadah pada Illahi
Hanya Islam sahaja yang kita anuti
Jangan biarkan Islam Liberal dibawa IFC

Sebelum kita akhiri coretan ringkas ini
Kita ucap tahniah kat Pak Lah sekali lagi
Lepas ni kita tolong cari calun isteri
Tak baik pemimpin negara hidup seorang diri
Mesti ada pasangan baru tak lonely

Keris Silau
July 26 2006

Wednesday, July 26, 2006

Gejala Dadah

MansyaAllah apa nak jadi sekarang
Anak bunuh emak dengan parang
Melibatkan adik kepada Sultan Pahang
Anak pula mati overdos sungguh malang

Itu dia bahaya ketagihan dadah
Sanggup buat perkara yang ditegah
Kita ingat cuma melanda golongan menengah
Tapi tak kira pangkat tinggi atau rendah
Melibatkan remaja walaupun masih bersekolah
Penyakit kronik ni nak ubat payah
Ini yang merisaukan ramai ibu ayah
Sebelum ini seorang bapa kena sesah
Dan seorang isteri dibunuh suami dalam rumah
Penagih sanggup lakukan apa saja kerna dadah
Rompak, samun, curi, pukul, dan apa sajalah
Demi untuk muaskan nafsu serakah
Untuk keluarga diraja Pahang kami ucapkan takziah

Pak Lah kena bagi prioriti selesaikan masalah
Jangan buat macam program perangi rasuah
Buat sekerat jalan tangkap Eric Chia dan Kasitah
Lepas tu diam dekat tiga tahun dah
Mana Tun M tak kata pimpinan yang lemah
Para akademik kena kaji gejala dadah
Kena buat research punca masalah
Para ulama pula diseru tekankan dalam kuliah
Walaupun nasihat mufti ramai buat tak endah
Namun kita perlu main peranan dalam dakwah

Ibu bapa zaman ini banyak cabaran
Lihatlah saja berapa banyak program hiburan
Sudah kurang minat anak nak ngaji Quran
Dadah pula merupakan punca kerosakan
Sanggup lakukan apa yang kita tak boleh bayangkan
Apa yang terjadi di Pahang jadikan pedoman
Kita sentiasa ingatkan anak kita takutkan Tuhan
Allah ada di mana-mana melihat kita punya kelakuan
Banyakkan program yang boleh menguatkan Iman
Jangan kita asyik sibuk dengan pekerjaan dan perniagaan
Mereka memerlukan kita punya perhatian
Selain program agama aktifkan mereka dengan sukan
Bukan aktifkan dengan prabayar itu punca kelalaian
Sukan membina disiplin dan juga kekuatan
Ini semua kita lakukan untuk kebaikan
Oleh itu anak kita tak ambik benda setan
Senang cakap tapi susah nak lakukan
Perlukan banyak kita punya pengorbanan
Demi menjamin anak-anak kita punya masa depan


Sekadar peringatan untuk diri saya dan rakan-rakan
Yang mempunyai anak laki-laki dan perempuan

Keris Silau,
26 Julai 2006.

Keris Silau ingin mengucapkan Takziah kepada Keluarga diraja Pahang diatas kematian adinda Sultan Pahang dan anaknya. Juga tidak dilupakan, takziah kepada keluarga Allaryaham Hani Mohsin yang meninggal dunia semalam. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh mereka semua.

Monday, July 24, 2006

Cerita Artis Terkini...

Tak habis-habis cerita Siti
Ini lah berita yang media ternanti-nanti
“Wedding of the year” such a big publicity
Kalah perkahwinan Erra dan Yusry
That can last three years only

Siti tempah baju begitu mahal sekali
Dengar harga pun boleh beli sebiji Kenari
It is okay since she has a lot of money
Ini perkahwinan yang pertama kali
Dan ura-ura pengantin akan naik kendati
Di tarik kuda macam cerita Sleeping Beuty
Fulamak hebat betul tentu Siti very happy

Namun peminat are not very happy
They are not satisfied with answer given by Siti
How come the old Dato K can drive a brand new City
Whereas he should follow the humble Datuk Apandi
He now drives second hand Tiara previously owned by Hani
Or drive a Normal cute car like Datuk Azmi
And it will be interesting what car will be driven by Badawi
No lah it is only a joke kedai kopi
Dant take things seriously

Well itulah kehidupan artis masakini
It is quite a worrying trend lately
Khawin dua tiga tahun after that living separately
They will answer tak ada jodoh ketentuan Illahi
Kalau tak caya tengok lah rancangan Melodi
In one aspect it is good and holy
They believe in the fate by the Almighty
Some will answer Alhamdulillah if they win a trophy
And they also believe that is their rezeki
And they say InsyaAllah the new album bakal meletup nanti

But now we hear macam-macam story
Artists are caught with syabu ice and ecstasy
And some are caught in a close proximity
But they will answer saya masih suci
Dressing Mansyallah very very sexy
Sometimes you can see them in Zouk near KLCC
Terkinja sana terkinja sini
Tak kiralah artis yang lulus 4 senawi

Ada yang dah kembali ke pangkal jalan
Kita ucap kan Ahlan Wa Sahlan
Walaupun dia berlakun jadi Ali Setan
Yang lain tu diharap mengikut jalan
Islam adalah agama keamanan
Islam adalah agama sepanjang zaman
Marilah semua kita perkuatkan Iman
Jangan lupa Palestin dan Lubnan
Saudara kita saban hari diancam pembunuhan
Israel sesuka hati melancarkan serangan
Doakan Israel dan sekutunya mengalami kehancuran
Allah Maha Kuasa dan Mengasihani umat yang ditimpa penderitaan

Keris Silau
22 July 2006.

Tuesday, July 18, 2006

Aduhai Cik Siti...

pelempuan manyak muda
apek mahu tanya
apasai lu mau kawin orang tua
(petikan lagu P Ramlee)

Tarikh 21 Ogos sudahpun ditetap
Semua persoalan sudah terjawap
Tak lama lagi Siti akan didakap
Ramai juga lelaki yang mengharap
Harapan mereka sekarang malap
Nampaknya mereka terpaksa give-up
Jangan ada yang terjun tingkap
Nanti menungging jatuh tertiarap
Kita minta bertenang relax jap
Kita kena sedar kita cuma kucing kurap
Baju pun dah naik warna kelabu asap
Cuma hujung bulan saja boleh makan sedap
Nak buat cam mana cuma ngaji takat maktap

Siti jangan hampakan mereka yang berharap
Buatlah kenduri kecik teh dan karipap
Sikit saja Datuk K tak kan bankrap
Lagipun 2-3 juta akan habis lesap
Bukan nak buat kenduri dalam gelap
Cincin pun mesti yang lip lap lip lap
Maksud K tu Kaya bukan K tu Kayap
Walaupun pasaran saham agak lembap

Amboi gempaq habis satu Malaysia
Pengumuman Datuk K dan Siti Nurhaliza
Disiarkan secara live oleh TV Tiga
Suratkhabar habis dibeli pagi Selasa
Walaupun peminat frust Siti nak nikah orang tua
Tapi tua pun masih kacak dan bergaya
Jodoh pertemuan di tangan Allah taala
Nak pesan jangan lupa jemput negarawan kita
Biar Pak Lah dan Tun M duduk semeja

Berita Siti membuatkan kita sedikit leka
Tenggelam berita tsunami melanda Jawa
Atau Lubnan yang dibom Israel durjana
Kita jangan hanya bersimpati sahaja
Sebaliknya kita banyak berdoa
Tak mustahil Malaysia dilanda bencana
Oleh itu kita perlu beringat sentiasa
Kita cuma makhluk kerdil di atas dunia
Jangan ingat kita boleh buat apa suka
Walaupun kaya banyak harta
Allah akan persoalkan di mana kita belanja

Keris Silau
18 July 2006

Friday, July 14, 2006

Zidane Hentak Mat Razi

Zidane hentak kepala kat Mat Razi
Kad merah dilayangkan oleh refri
World cup berkesudahan dengan seri
Tapi Italy menang dengan penalti
Kecewa juga peminat Thierry Henry

But the world cup ended up ugly
What was uttered by Metarazzi?
That made Zidane so angry
His headbutt was not necessary
But Mettarazi insulted his family
He did it to preserve his dignity
Viva la Zidane merci merci

Back here TunM headbutt Badawi
Tun M hates Badawi’s Khairy
Who is married to Badawi’s Nori
Tun M told Khairi jangan mimpi
To become Perdana Menteri
Hingus keluar tak kering lagi
Oxford graduates are plenty
Nothing special about that university
Tun M irked by Khairy in NST
How can the boy write eloquently?
Of course being assisted by Lord Kali

Well it is getting interesting lately
I mean politics in this country
More interesting than Islam Hadhari
And Akademi Fantasia Asmawi Ani
With Mahathir banter on Badawi
We are being entertained by two elderly
Despite rumah kata pergi kubur kata mari
We all gelak tak kering gusi

Anyway, we hope this episode end in harmony
For the sake of Muslim unity
Don’t bring the third party
Instead we shall get the Mufti
To mediate the talk such as Harussani
May Allah unite the two Muslims in adversary


Keris Silau
14 June 2006

Thursday, July 13, 2006

Media Massa

Macam mana Siti Nurhaliza boleh tersangkut
Dengan Dato K umur sikit sudah lanjut
Sedangkan ramai jejaka hensem macam Robert Redford
Itulah cinta dari hujung kaki hingga hujung rambut
Macam tajuk lagu Siti yang tengah hot
Wartawan pun kenapa bikin ribut-ribut
Sehingga kes cerai Dato K pun dia orang report
Dato K pun dah tak sabar-sabar dia takut kerepot
AlAttas ambik kesempatan tulis buku macam Da Vinci Code
Tajuk dia tak berapa nak elok “Dah Itchy Kot?”

Itulah berita hangat dari biasa
Nak bagi laku suratkhabar mereka
Semuanya gosip dan sensasi belaka
Tak caya tengok cerita Mawi dan x-tunang Ina
Macam mana Mawi putus tunang budak Felda
Kita pun beli sebab nak tahu cerita
Tapi itulah kesukaan orang kita
Artikel yang ilmiah tak suka baca
Suka masuk sampah sarap dalam minda
Sebab tu begitu laku majalah Mangga
Kita ingat buah mampelam rupanya buah dada
Dan majalah lain seperti Gila-gila dan Mastika
Cerita hantu dan jin tak ada langsung nilai sastera
Dan begitu juga novel-novel remaja
Tak habis-habis cerita fantasi cinta
Semakin khayal dibuatnya remaja kita
Kita ingin tanamkan minat membaca
Tapi bukan baca bahan yang rosak minda
Dahlah di TV tunjuk artis terkinja-kinja
Tak cukup dengan Akademi Fantasia
Kita masukkan rancangan Mencari Cinta
Yang surirumah terpaku tengok telenovela
Kurang sekali orang menonton Forum Perdana
Apalagi Bicara Menteri itu memang propaganda
Sebab 10 yang dicakap 1 pun susah nak percaya

Golongan intelek kena kaji peranan media massa
Dalam menentukan arah tuju sesebuah negara
Lihatlah impak filem P Ramlee bintang lagenda
Banyak cerita beliau seperti Penarik Beca
Digambarkan kebakhilan dan sombong orang kaya
Orang miskin selalu jadi baik dan dianaiya
Sebab tu orang Melayu lebih suka jadi miskin dan papa
Dihipnotis P Ramlee dalam minda kita
Mungkin P Ramlee tidak bermaksud demikian rupa
Itu mungkin dia punya Getaran Jiwa.


Keris Silau
July 13 2006

Wednesday, July 12, 2006

Orang Melayu

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Trengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Sambil makan junk food kacang dan muruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat ke situ
Kenapa Melayu jadi begitu
Tak rajin macam Ah Chong dan Muthu
Nak salahkan sapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah malas selalu
Nak harap kerajaan saja bantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh sapa dulu
Dan suka sangat dengan budaya mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa termaju
Boleh, dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah al Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dulu
Insyallah itu saja jalan yang jitu
Nasihat aku kepada orang Melayu


Keris Silau
12 July 2006

Monday, July 10, 2006

Pendedahan TRI

Tajudin Ramli sudah mulakan pendedahan
Dibuat dalam affidavit kes saman
Dia kata beli MAS sebab dapat arahan
Dari Perdana Menteri dan Menteri Kewangan
Kononnya inilah salah satu projek pengswastaan
Padahal ianya dibuat untuk menutup kerugian
Bukan kerana TR itu pakar dalam bidang penerbangan

Tun M belum lagi buat apa-apa kenyataan
Mungkin tengah bincang dengan Mokhzani dan Mirzan
Sebab tak ada sapa lagi nak hulurkan pertolongan
Inilah apa yang terjadi bila hilang kekuasaan
Dulu Tun M hentam teruk Tunku Abdul Rahman
Perangai TunM macam budak yang perlu perhatian
Nak tarik perhatian keluar cakap bukan-bukan
Dan bising dalam paper macam ajak lawan
Pada masa dia jadi PM penuh dengan kemasyhuran
Puak-puak dalam parti tak habis-habis memberi pujian

Lepas ni sapa pulak nak buat pendedahan
Kita tunggu apa nak keluar paper Utusan
Dulu Ezam dedah tak dapat sangat perhatian
Bukan saja Ezam malahan presiden Kak Wan

Pak Lah dok ada kat Ostrolia buat sikit pembedahan
Rehat-rehat dekat Perth makan buah-buahan
Dekat sini kuncu-kuncu jalankan tugasan

Che Det sudah tersalah langkah
Bila kita sudah jual rumah kat Pak Lah
Semua kunci bilik dan rumah sudah diserah
Pak Lah nak ubahsuai ikut suka dia lah
Kita nak kata apa kita dah jual rumah
Nak batal ke atau nak pindah dan ubah
Dia nak masukkan sapa-sapa itu hak dia lah
Hang nak gaduh apa sapa dok tingkat bawah

Tun M janganlah dok cakap benda mengarut
Nanti silap haribulan kita kena angkut
Elok tulis buku macam Dan Brown DaVinci Code
Kita bagi nama baru “Dah Benci Kot“?

Keris Silau
July 10 2006.

Tuesday, July 04, 2006

Politik Atau Prinsip?

Ada segolongan ahli-ahli parti
Kalau dulu sebut Dr.M memang anti
Macam-macam gelaran depa beri
Mahafiraun Mahazalim macam-macam lagi
Ada yang kata Mahathir Mamak Kutty
Ada yang sanggup kencing kat kubur dia nanti
Hari-hari hentam DrM dalam HarakahDaily
Tapi bila TunM hentam Pak Lah Badawi
Dan juga menantu Pak Lah, Khairy
Yang lebih berkuasa dari Perdana Menteri
Semua depa sorak gembira happy
Sampai nak lantik Ketua Opposisi
Dan bila Tun M datang kat Taman Melawati
Semua berebut nak salam secara peribadi
Tersipu-sipu senyum sampai nampak gigi
Mudah lupa rupanya Melayu ni
Apa Tun M kata mengenai janggut nabi
Apa Tun M buat kepada mujahid Memali
Apa Tun M buat kat kita punya Datuk Seri
Tun Mantan tuduh Anwar lakukan sodomi
Apa Tun M buat kat kita punya judiciary
Apa Tun M lakukan kepada Nik Adli
Tun M hentam Harun Din punya air jampi
Nak sebut memang banyak lagi
Tapi cukup sampai disini
Supaya kita kena cukup berhati-hati
Mereka mungkin pakai songkok aji
Tapi mereka lebih pentingkan politik parti

Keris Silau,
Penang.

Bola Oh Bola...

England punyai ramai peminat
Tetapi mereka kecewa awal pagi Ahad
Setelah Rooney kena red card
Beckham pula digantikan minit ke 64
Tiga sepakan penalti Ricardo dapat selamat
Tak masuk penalti Gerrard dan Lampard
Kemaraan England berjaya Portugal sekat
Nak buat macam mana bola itu bulat

Brazil pun keluar dari Piala Dunia
Senyap sekejap tarian samba
Zainudin Zaidan bukan sebarang tua
Tak dapat ditandingi Kaka dan Gilberto Silva
Henry sepak masuk gol separuh masa kedua
Manakala tendangan Ronaldo tersasar belaka
Habis peminat Brazil marah kat Carlos Alberto Pareira

Amboi amboi rancak sungguh sembang bola
Sehingga kita terlupa dan juga leka
Rakyat Palestin diserang hebat Israel durjana
Bedilan demi bedilan ke atas Semenanjung Gaza
Israel nak hapuskan Palestin dari peta dunia
Rakyat Israel 2 juta Arab ada 200 juta
Tapi 200 juta tak bisa buat apa-apa
Apa yang kita nak jawab kat Allah Azzawajalla
Kenapa kita biarkan saudara kita disiksa
Kenapa kita tidak mempunyai perasaan apa-apa
Kenapa kita sangggup berjaga malam tengok bola
Dan tidak sanggup bangun malam memohon doa
Doa supaya Allah beri kekuatan kepada kita
Membantu segala apa yang kita terdaya
Berjihad dijalan Allah dengan jiwa dan harta
Dan doa yang penting ialah selamatkan alAqsa
Salah satu masjid yang dekat dengan sanubari kita.

Keris Silau
6 Jamadilakhir 1427H
kerissilau@yahoo.com