Wednesday, June 29, 2011

Negara dilanda Demam Kuning (Jaundice)

Tiba-tiba negara dilanda demam kuning
Siang malam berita pasal baju kuning
Disoal Samad Said yang kurus meleding
Dek kerana puisi yang bagi Be End pening
Diugut akan dimasukkan dalam Kamunting
Sasterawan Negara dilayan macam anjing
Masuk dalam lagilah dia kurus kering
Dengar ada yang kena minum air kencing
Mat Sabu dah ada pengalaman dikancing
Termasuklah Anwar dan Lim Guan Eng
Pengerusi Ambiga belum lagi di testing

Berahim amuk macam bayi tak dapat puting
Kata-kata nista keluar mesti dapat blessing
Pemuda pula nak tunjuk dia pun ada taring
Khairy gets "death threat" you must be joking
Pemuda dan Perkosa janji akan buat bising
Mereka tak risau pun jejas pelabur asing
Dua-dua tak boleh kona tak boleh pusing
Sebab sudah terlajak cakap mulut masing

Mereka sentiasa diigaukan warna kuning
Tiba-tiba alergik tengok warna kuning
Digi pun kena tukar warna selain kuning
Nak sokong bola pun tak leh pakai kuning
Malam ni di stadium sah tak ada kad kuning
Ish ish sudah paranoid tengok kuning
Bila tidur mimpi makan pulut kuning
Tak boleh park kereta sebab line kuning
Kedah tak boleh lagi ada Hijau Kuning
Sekolah pondok kena tukar kitab kuning
Kena makan laksa tak leh guna mee kuning
Disebabkan Bersih 2.0 semua demam kuning!

Keris Silau
29 Jun 2011

3 comments:

Anonymous said...

kena cari dalam buku ekoq nampak gaya...APA NOMBOR untuk WARNA KUNING..

Anonymous said...

http://alternate-enter.blogspot.com/2011/06/seruan-terbuka-kepada-seluruh-umat.html

Anonymous said...

jangan nanti betui2 kena demam kuning mampoih semua...