Monday, July 09, 2007

Kemakmuran Atau Kehancuran?

Selain dari karyawan dan sasterawan
Malaysia punya ramai cendiakawan
Dari segi ekonomi kita ada ramai usahawan
Di universiti pula kita ada pelbagai ilmuan
Bak kata kita sudah punyai cukup ramuan
Untuk Malaysia menempah banyak kejayaan
Namun Malaysia sudah jauh ketinggalan
Ramai tercari-cari apakah jawapan
Terhadap persoalan yang kita kemukakan

Jawapan yang pertama ialah kepimpinan
Kita merujuk kepada pimpinan kerajaan
Yang hebat dengan retorik dan slogan
Namun cukup berbeza apa yang dipraktikkan
Bersih cekap amanah hanyalah satu slogan
Tak bersih, tak cekap dan tak amanah yang jadi amalan
Mungkin bukan semua pejabat kerajaan
Namun itu yang kita dapat rasakan
Berapa banyak GLC yang alami kerugian
Sebab ada unsur-unsur campurtangan
Tak boleh kata tidak sebab ini satu arahan
Macam kes Tabung Haji punya pelaburan
Semasa Menteri Kabinet bernama Mid Man
Begitu juga deal Proton dengan Wak Segan
Sebelum ini MAS yang mengalami banyak kerugian
Perwaja Holdings yang jelas membawa keaiban
Banyak lagi kalau kita nak senaraikan

Begitu juga rasuah dikalangan kepimpinan
Dan salahguna-kuasa di peringkat atasan
Termasuklah menteri baru atau menteri kanan
Yang jaga Pertahanan atau Perbendaharaan
Rasuah seolah-olah sebati dengan badan
Projek apa pun dia akan dapat habuan
Hatta pembelian peralatan peperangan
Yang kena tangkap cuma rasuah kecil-kecilan
Koperal polis atau pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan
Nak bagi nampak BPR jalankan tugasan
Yang jerung boleh terlepas silap teknik pendakwaan
Atau tidak cukup bukti yang nak dikemukakan

Malaysia sedang menuju jalan kehancuran
Jikalau masalah di atas kita biarkan
Sepatutnya kepimpinan melalui tauladan
Untuk membina generasi masa hadapan
Menggalakkan percambahan pemikiran
Bukan mengokong idea yang berlainan
Pelajar-pelajar takut nak tanya soalan
Tak berani nak keluarkan pandangan
Tak sama graduan luar dengan tempatan
Oleh itu graduan kita kurang keterampilan
Dikomplen sendiri Menteri Pendidikan
Mereka yang bijak selalu diketepikan
Dan malas nak join politik kepartian
Penulis pun terpaksa pakai nama samaran
Takut-takut dikenakan tindakan
Semua jenis akta boleh diguna kerajaan
Daripada ISA hinggalah Akta Hasutan

Keris Silau
9 July 2007

No comments: