Wednesday, June 13, 2007

Lumpur Memenuhi Kuala Lumpur

Kalau orang datang KL kali pertama
Dia terus faham mana KL dapat nama
Lumpur yang meliputi seluruh kota
Setelah hujan lebat akibat La Nina
Orang tua-tua pandai bagi nama
Nama yang kekal tak ditelan usia
Kuala Lumpur itulah namanya

Jenuh pekerja-pekerja Bandaraya
Mengepam dan mencuci jalanraya
Pak Lah respon seperti biasa
Saya nak dibersihkan segera
Seperti apa yang berlaku di Putrajaya
Dan juga makhkamah di Jalan Duta

Tapi banjir bukan di KL sahaja
Tetapi berlaku di Sydney dan China
Kita tidak salahkan sesiapa
Banjir kilat yang berlaku di tengah kota
Walaupun itu kerja Menteri Kerjaraya
Atau mungkin salah orang ramai juga
Yang buang sampah merata-rata
Mungkin juga global warming punya fenomena
Cuaca sudah tidak menentu jadinya
Kalau panas, lebih panas dari biasa
Kalau hujan, hujan lebat dari biasa
Kalau ada petir, lebih banyak dari biasa
Bumi kita sudah hampir ke penghujungnya
Hari Qiyamat sudah hampir tiba
Yang akan berlaku bila-bila masa!

Keris Silau
13 Jun 2007

No comments: