Saturday, April 14, 2007

Cold Shower in Putrajaya

Paip bocor di Imigresen Putrajaya
Air jatuh daripada tingkat lima
Antara yang jatuh ialah air muka
Merah muka sebab berlaku di Putrajaya
Pusat pentadbiran kerajaan Malaysia
Lambang kebangaan seluruh negara
Harga bangunan pun RM200 juta

Sebelum ni tanah runtuh di sana
Di Precint 9 dilapur berita
Habis rosak kereta-kereta
Apa dah jadi bencana demi bencana
PM arah siasatan segera
PM nak tahu apakah dia punca
Ini semua kerja cut kona
Rasuah punya pasal la
Tak payah siasat jawapan dah ada
Nasib baik Samy tak ditanya
Jawapannya pasti Tuhan punya kerja
JKR maksum tak ada dosa
Jabatan Kaki Rasuah baru punya nama

Tengoklah rasuah punya bahaya
Sudah kronik macam kanser stage lima
Daripada piun hingga pembesar negara
Dari selatan hingga utara
Dari Semenanjung hingga East Malaysia
Hatta hingga merebak pejabat agama
Pegawai masjid pun ada juga minta
Kenduri maulud kickback RM1 satu kepala
MansyaAllah apa sudah jadi dengan moral kita
Pemimpin kata ikut macam saya
Dan BPR cuma minat ikan bilis saja
Ikan jerung boleh baham mereka
Sebab ikan jerung bagi mereka kerja
Ketua BPR pun dua kali lima
Personaliti meragukan pun depa suka

Perasuah dingatkan supaya bertaubat segera
Anda mungkin selamat di dunia
Tapi di akhirat anda akan disiksa
Setiap sen yang anda ambil akan dikira
Malaikat tak payah pakai kalkulata
Dalam split second keluar penyata
Dalam split second masuk neraka
Wanauzubillah minta dijauh hendaknya
Takutlah kepada Allah taala
Biarlah kita penat kerja lebih masa
Namun ianya wang halal untuk keluarga
Jangan dek rasuah kita kaya-raya
Bayangkan kalau rasuah tak ada
Tak jadi macam apa berlaku di Putrajaya.

Keris Silau
14 April 2007

No comments: