Tuesday, December 05, 2006

Di Antara Lahar Yooi dan Pesta

Selamat datang ke Pulau Pinang
Negeri kecil tapi paling banyak kilang
Tak kira di belah pulau atau seberang
Visi Tun Lim Chong Eu mesti dikenang
Hasilnya ramai orang pendatang
Tak kira dari Gerik atau Pendang
Atau dari Chittaggong dan Semarang
Berduyun-duyun cari rezeki di Penang
Termasuklah yang terakhir Mamak Gang
Dilesapnya microchip habis satu gudang
Kerja licik dan pantas dilakukan 20 orang
Jumpa dua kontena tapi tak ada barang
Mungkin semua chip sudah terbang

Kalau datang ke Pulau Pinang
Jangan lupa singgah di Teluk Bahang
Tengok rama-rama dan kumang-kumang
Kalau nak mandi laut mandi belah petang
Redup sikit daripada mandi tengah rembang
Tapi jaga-jaga orang mengendap di belakang

Jalan-jalan Penang banyak lobang
Beralun-alun macam naik kuda terbang
Korek dan timbus itu kerja dia orang
Entah apa yang dicari malam dan siang
Mungkin tantalum sekilo lima ringgit dua kupang

Ketua Menteri Penang nama dia Ah Koon
Bukan berasal dari Ceruk Tok Kun
Mata sepet hidung besar macam orang Jepun
Baru ni dia gaduh dengan Samy macam katun
Gaduh sapa nak sapu projek tanah tambun
Gaduh depan Pak Lah laki arwah KakEndun

Seniman P Ramlee berasal dari Tanjung
Lagenda seniman yang ramai orang sanjung
Sebab tak dak sultan depa panggil dia Seniman Agung
Pandai nyanyi, main muzik, berlakun dan kelentung
Sekarang ni susah cari semua seniman kangkung
Asai dari Jalan Madrasah di Jelutong
Tapi habaq dia orang KL cakap bohong

P Ramlee terbitkan filem yang hebat-hebat
Salah satu yang best Antara Dua Darjat
Aku nak buat filem Antara Dua Kamjat
Saksikan di pawagam-pawagan yang terdekat
Cerita mengenai salahlaku pemimpin masyarakat
Berebut jawatan tapi tak hadir mesyuarat
Semua projek mega dia nak buat
Sebab boleh masuk duit cepat
Kaut kekayaan hasil titik peluh rakyat
Tak kiralah cukai pintu atau duit zakat
Berdasarkan novel Shit karya Shahnon Ahmad

Kat Tanjung ada ramai mamu dan mami
Nak tengok lagi ramai masa kendhuri
Mami pakai donga punya cincin kat jari
Gelang merelip merelap di siang hari
Rantai di leher 916 mestilah ori
Masa tulah nak tunjuk perhiasan diri
Kalah semua Datin dan Datin Seri

Bulan 12 ramai berkunjung di Tapak Pesta
Tiap-tiap tahun jual benda yang sama
Benda tak laku dilungguk di sana
Seperti biasa Melayu ramai punya
Dari Aloq Setaq pun depa mai juga
Termasuk UMNO punya Puteri dan Wanita
Bas rombongan ketua bahagian yang taja
Yalah tak lama lagi dapat sorang 3 juta
Yang tu Melayu pandai tak payah tanya
Sebelum tu depa akan pergi Taman Bunga
Pakat-pakat tengok beruk dan kera
Bila perut lapaq makan pasembuq dan laksa
Di mana kalau bukan di Padang Kota
Tapi silap haribulan boleh dapat dairia

Tahun depan mungkin pilihanraya
Keadilan dan DAP sudah siap sedia
Teringin jadi pemerintah Pulau Mutiara
Sebab Tsu Koon akan ke Putrajaya
Gerakan tak ada pemimpin berwibawa
UMNO pula asyik sibuk kampoi harta
Baru satu penggal buat rumah macam istana
DEB cuma mengayakan lagi mereka
Bukan nak tolong Melayu yang papa kedana
MCA sudah tidak relevan untuk orang Cina
Kita harap Nana Non dapat bertanding semula
Buktikan keadilan dalam Islam untuk semua
Allah tak suruh tolong kaum Bumiputera saja

Keris Silau
5 December 2006

1 comment:

nujumsapu said...

P.Ramlee tidak dikenang namanya dirosakan UMNO Pulau Pinang tempat tumpah darah dan kampong halaman digelap, jasanya serta kejayaan nya dilakukan makluk perosak Razak Rahman Ketua Penaja UMNO Bahagian Jelutong Membubar UMNO Cawangan P.Ramlee itu lah jasa UMNO terkenang P.Ramlee.
Pakat-pakat halwa melekat.