Tuesday, June 20, 2006

Trend Masakini

Trend yang kurang sihat bertambah-tambah
Tak kira di KL Penang Kelantan dan juga Sabah
Ini yang buat aku dan rakan-rakan menggelabah
Kadang-kadang rasa nak pengsan rebah
Walaupun amalkan minum madu lebah
Tapi aku kuatkan juga hati supaya tabah
Untuk menulis walaupun bukan senang nak gubah

Trend pertama ialah mengenai jenayah
Tak caya baca suratkhabar kecuali Harakah
The Star Utusan dan NST, paper Kali Mullah
Tak kiralah kes bunuh atau kes pecah rumah
Rompak kedai emas hatta kedai jual murah
Kes ragut melibatkan golongan lemah
Geng samseng pukul orang sampai berdarah
Sekali sekala artis kena tangkap hisap dadah
Rogol dan bunuh diculik dari kompleks belibelah
Setiap hari indeks jenayah semakin bertambah

Yang karutnya mereka ni berlakun baik di mahkamah
Masuk mahkamah pakai kopiah
Habis orang cakap Islam ajar umat jadi penjenayah
Belum ada lagi pakai purdah kecuali mahkamah syariah
Disini nampak artis pakai tudung tapi kain terbelah
Apalagi kalau kes cerai walaupun baru menikah
Dan yang hangat ialah kes kena tangkap basah
Itu tak termasuk kes artis yang sumpah menyumpah

Manakala Malaysia masih berada di tangga bawah
Apa lagi kalau bukan kejadian makan rasuah
Daripada mata-mata sehingga pemerintah
Daripada kesalahan trafik hingga projek mewah
Malu saja kat Singapura jiran sebelah
Yang mempunyai indeks rasuah paling rendah
Di Malaysia gejala rasuah kronik macam barah
Ianya sudah jadi sebati dalam darah
Kita pun hairan apa jadi kes Eric Chia dan Kasitah
Dan cerita AP yang menghangatkan Rafidah
Ini tak termasuk lagi kes suruh tutup mata sebelah

Trend yang membimbangkan ialah gejala dadah
Banyak melibatkan Melayu walaupun masih mentah
Artis tempatan berapa ramai dah masuk mahkamah
Kena tangkap tengah stone dalam satu rumah
Kalau dah ketagih tu memang susah nak cegah
Sanggup bunuh isteri ibu dan ayah
Semata-mata mahu duit naik beli dadah
Sanggup jadi pembunuh dan penjenayah

Trend yang popular pula ialah gejala Mak Nyah
Rahman dah tukar jadi Ramonah
Sulaiman dah pula tukar jadi Salimah
Shaari pula dah tukar jadi Shery atau Sarah
Setengah mereka pula sanggup di bedah
Tukar jantina di negara jiran sebelah
Pakai makeup orang pompuan pun kalah
Kata Wan NTV7 ‘apa ke jadah”
Trend ini menjadi-jadi sebab depalah
Watak Sam dalam 2+1 ramai menyampah
Namun menyeronokkan bagi sesetengah
Ramai yang ikut hatta dikampus atau sekolah menengah
Semua asyik jalan lembut walaupun betis besar gajah

Keris Silau
20 June 2006

No comments: