Thursday, February 04, 2016

Kedah kena Langgaq

Riuh sungguh Aloq Setaq
Cerita pasai menteri besaq
Sultan suruh depa bersabaq
Tapi depa mau terketaq-ketaq
Sampai masuk ayaq acaq
Memang depa ni loqlaq
Walaupun tak pandai belajaq
Tapi nafsu sungguh besaq
Macam nafsu pekena nasi kandaq
Nak makan macam hala lintaq
Duit balak duit minyak pelantaq
Yang mai dari balin tu kaki putaq
Lidah bergulung macam jamil khiaq
Qheta anak yatim pun depa lapaq
Duit tabung haji pun kena sambaq
Perangai macam pelaq
Orang utara kata kurang ajaq
Orang macam ni mau ikat peliaq
Maaf guna bahasa kasaq
Dah lama dok bersabaq
Tapi hari ni tersembuq keluaq.

Keris Silau
3 Feb 2016

Sunday, December 22, 2013

World Stupidest Menteri

Apa punya menteri
Kata wanita macam property
Bila make-up harga lebih tinggi
Apa dia tak ada emak atau isteri
Cakap ikut mulut celah gigi
Tengku yang mengaku jadi Royalti

Apa punya menteri
Salah pembangkang barang naik tinggi
Kata Selangor yang naikkan gaji
Hello brader hang fail Economy
Mana ada sangkut gaji speaker dan inflasi
Mungkin hang jeles dan dengki
Atau hang kena cucuk dengan bini

Apa punya menteri
Harga sayur naik jangan beli
Elok tanam sayur sendiri
Anjung rumah boleh tanam sawi
Atas bumbung boleh tanam padi
Rumah flat tanam hidroponik cili
Geliga sungguh Ma'el Sabri

Apa punya menteri
Harga ayam naik tinggi
Jangan risau dont worry
Beli ikan pelata dan dori
Boleh makan hari-hari
Ikan bagus tak pijak tahi
Banyak khasiat Omega 3
Siapa cakap benda ni
Menteri Perdagangan Dalam Negeri

Apa punya menteri
Siapa pulak ini
Itu yang nama bapak dia Hamidi
Dia suruh kita pindah luar negeri
Dia pun Jawa juga mari

Apa punya menteri 
Minyak tak naik tapi dipotong subsidi
Gula naik sebab takut dipotong kaki
Lebih baik potong subsidi dari potong kaki

Aku hairan dengan para-para menteri
Katanya belajar tinggi-tinggi
Ada yang ada PhD dan double degree
Tapi cakap macam Raja Lawak terkini
Raja lawak pun ada juga kualiti
Baik Rosmah yang jadi menteri
Dia banyak berjasa to our country
Hebat lagi dari Menteri Luar Negeri
Hubungan baik dengan Raja Saudi
Sebab tu dia naik jet peribadi
Hangpa menteri makan gaji free
Lu pikirlah sendiri!!!

Keris Silau
22 Disember 2013


Sunday, December 08, 2013

Peringatan Bagi Yang Berjasa



Isteri saya ada dua jasa
Oleh itu dia amat berkuasa
Ditakuti oleh kabinet dan perkasa
Sekali tengking lutut Brahim jadi laksa
Walaupun pendek bayang macam raksasa
Hobinya ialah berkaraoke dan berdansa
Sanggul boleh jadi antena media massa
Sebab dia First Lady bukan wanita biasa
Kerakusan kuasa dia sungguh luarbiasa
Boleh bagi arahan setiap masa
Tak kira sesiapa termasuk polis nama Musa
Kalau dia kata letop maka hancur binasa
Hancus luluh cuma tinggal sisa-sisa
Setakat ini sudah ada satu mangsa
Maka UTK kena mengaku secara paksa
Mau tengok muka tetapi tidak bisa
Tapi dia tak boleh lawan Yang Maha Berkuasa
Yang akan menghitung setiap pahala dan dosa
Dosa terhadap siapa saja walaupun berlainan bangsa
Walaupun terkenal di peringkat antarabangsa
Tapi tak boleh sembunyi walaupun di rumah pangsa
Malaikat maut cabut nyawa tepat pada masa
Walaupun minta tangguh hingga esok lusa


Keris Silau
8 Disember 2013
 

 
 

Tuesday, December 03, 2013

Siapa Pengkhianat?

Walaupun la ni musim bersunat
Diberi minum milo dan donat
Tok Mudin buang sikit punat
Kena pegang kain pelikat
Tapi iklim politik nampak tenat
Tak bayar cukai jadi pengkianat
Walaupun makan suap ramai peminat
Dikalangan menteri yang diberi amanat
Tidak kira abang Tayeeb atau Kak Ijat
Semua ni kena sumpah laknat
Termasuk mufti tuduh orang sesat
Maza kata kerajaan dihujung hayat
Banyak konflik berlaku sesama rakyat

Belum reda isu subsidi gula
Timbul pula kenaikan tenaga
Bukan tenaga untuk menikah dua
Tapi bil tenaga elektrik anda
Semua naik lepas pilihanraya
Minyak tol elektrik dan gula
Darah juga naik sampai kepala
Tinggi walaupun minum nyok muda
Menggelegak sejak barang naik harga
GST pula sedang menanti kita
Tidak kalau PM kata bankrap negara
Bik Mama naik jet eksekutif ok ya
Dia alergik naik Mas atau AirAsia
Bil elektrik seri perdana pula 2.5 juta
Itupun kata menteri terendah didunia
Bukan I nak pakai lilin dengan Bik Mama
Apa salahnya sekali sekala

Negara bankrap disebabkan apa
Bankrap sebab salahguna kuasa
Beli kapai selam komisen 500 juta
Bankrap sebab rasuah dan tamak haloba
Jual balak jual lembu jual harta negara
Di Sarawak di Selangor di Singapura
Kontrak bagi dekat anak bini depa
Aku dan hangpa boleh nganga
Duit Petronas ada rakyat merasa
Untung berbilion-biliion katanya
Tidak siapa tahu kecuali ketua negara
Oleh itu aku mahu bertanya
Siapa sebenarnya pengkhianat negara

Keris Silau
2 December 2013

Friday, November 22, 2013

Cerita Bik Mama Lagi



You all nak dengar story
Dalam sebuah negeri
Tinggal seorang isteri
Gemuk gedempul tidak terperi
Rambut dia nak tiru Katy Perry
Tapi jadi macam Black Berry

Ada orang panggil First Lady
Suka sangat menayang body
Kalau beli kain berkodi-kodi
Kain sutera Korea dan Italy
Baru-baru ni naik jet peribadi
Pergi Qatar makan nasi mandy
Dia cakap ada urusan rasmi
Jadual padat selama 4 hari
Dari Qatar hingga ke UAE
Doha, Dubai dan Abu Dhabi
Banyak acara malam dan pagi
Abang dia lega dia tak ada 4 hari

Bila balik timbul kontroversi
DSSK cover line tapi tak jadi
Mahpuz tabuh bertubi-tubi
Min dedah rahsia Datin Seri
Dia alergik Mas dan Air Tony
Takut pilot pilih gate C4 nanti
C4 di KLIA membawa mimpi ngeri
Teringat kat one Mongolia lady

Itulah gua punya story
Kalau silap gua cakap sorry
Kalau you enjoy gua banyak happy
Gua tak boleh tidur banyak minum kopi
Jadi gua tulis cerita pasal First Lady.

Keris Silau
22 November 2013


Sunday, October 27, 2013

Bajet Gula dan GST

Bajet gula dan GST
Gula tiada lagi subsidi
Gula tak bagus kata Menteri
Boleh kena potong kaki
Sakit jantung dan sakit hati
Mata rabun dan darah tinggi
Mati pucuk untuk kaum lelaki
Punca pertengkaran suami isteri
Dari potog kaki baik potong subsidi

Menteri kita bijak buat polisi
Polisi ke arah free market economy
Pasaran tidak dikawal oleh authoriti
Dia biar turun dan naik sendiri
Macam pasaran Ringgit dan Rimbi
Sungguh geliga otak pak menteri
Tak sia-sia belajar di luar negeri
BRIM tak potong dan tetap diberi
Bonus diberi enam bulan sekali
Masa raya dan masa deepavali
Terima kasih kata Perdana Menteri
Sebab menang pilihanraya baru2 ni
Kan I kata I help you You help me

Untuk kurangkan defisit yang tinggi
Kerajaan akan perkenalkan GST
Gomen Sudah Tenat fulus mafi
Dah habis korek EPF dan Tabung Haji
Nak korek kat mana lagi
Nafsu besar mesti dipenuhi
Mana boleh pakai Perodua Myvi
Sekurang-kurangnya Ferrari
Mana boleh pakai kapcai Suzuki
Kena lah sekurang-kurangnya Harley
Bonia atau Coach tak main lah aci
Sekurang-kurangnya Prada atau LV
Mana boleh setakat Langkawi
Kena makan angin di luar negri
Sekurang-kurangnya Monaco atau Italy

Nasib orang bawah siapa peduli
Ada yang kais pagi makan pagi
Kos sara hidup semakin tinggi
Gula tiada lagi subsidi
Barang yang dibeli kena GST
Dapat Brim hanya lekat celah gigi
Sepatutnya potong subsidi gas IPP
RM3.3 billion setahun untuk 4 kroni
Kita hanya mampu doa kepada Illahi
Semoga Tuhan berkatkan rezeki
Walaupun sedikit tapi diberkati
Kita tidak rompak kita tak curi
Kita tidak rasuah atau tidak joli
Kita kerja yang halal dan suci.

Keris Silau
26 Oktober 2013

Monday, July 15, 2013

Gila Jawatan




Memang kena melobi sakan
Dari PM hingga Ketua Bahagian
Ketua Umum dan Ketua Perhubungan
Untuk jawatan Ketua atau Timbalan
Untuk jawatan Majlis Kerajaan Tempatan
Untuk jawatan ajk Badan Warisan
Untuk jawatan Penyelaras Kawasan
Untuk jawatan PIBG sekolah kebangsaan

Kalau tak dapat dia meroyan
Dia mengamuk dalam FB sakan
Dirasuk pulak oleh sang syaitan
Maki hamun perli tulis bukan-bukan
Kemudian buat sepanduk bantahan
Kami mahu anak tempatan
Orang luar tak faham perasaan

Kalau tak dapat buat sms ugutan
Pakai nombor telefon kawan
Ugut nak bawa geng Perasan
Bawa kek tahi dia sendiri makan
Aku tengok pun geli geleman

Sudah lah malas aku nak layan
Perangai macam kebudak-budakan
Merajuk nak bubar cawangan
Lepas tu dia meluah perasaan
Tak ingat kah aku punya sumbangan
Aku berkerja bukan untuk jawatan
Aku sanggup bergadai berkorban
Baik Barisan atau Pakatan

Sempena bulan Ramadan
Elok kita lihat niat dan tujuan
Apakah niat nak memegang jawatan
Adakah kemasyhuran yang dikejarkan
Setiap jawatan datang dengan beban
Memang banyak sangat cabaran
Bertanggungjawab kepada rakyat dan Tuhan
Setiap amanah yang diberi akan disoalkan
Bolehkah kita melepasi segala ujian
Oleh itu bila kita tidak dapat jawatan
Alhamdulillah kita terlepas dari beban
Kita masih boleh berkhidmat tanpa jawatan
Semoga Allah menerima setiap amalan.

Keris Silau
15 Julai 2013