Monday, March 31, 2008

Tak Senang Duduk

Di mana Azhar, Roslan atau Helmi
Tak dengar lagi senyap sunyi
Mungkin penat dan letih tempohari
Sebab tak pernah berdemonstrasi
Lain kali belajar dari geng reformasi
Yang sudah tega dengan cota dan cemeti

Atau senyap sebab takut fail dibongkar
Duduk kat rumah takut terketar-ketar
Guan Eng guna auditor yang berdaftar
Bongkar dari daun hinggalah ke akar
Dari tanah seekar hingga 100 hektar
Tidak kira projek kecil atau besar
Tengok wang masuk dan wang keluar
Dan mereka yang macam Hollywood star
Mai dari kampung tetapi diri tak sedar
Hidup bergelumang dosa dan mungkar
Tanah rakyat dirampok berekar-ekar
Rakyat miskin merempat dan terbiar
Tapi pemimpin hidup di rumah besar

Bagaimana duit zakat disalahguna
Tiap-tiap tahun kutipan berganda
Tapi rakyat masih hidup papa-kedana
Harap bantuan persatuan lain agama
Cuba tengok kalau berlaku bencana
Siapa sampai dulu membantu mangsa
Pegawai zakat atau pejabat agama
Apa yang Pusat Zakat buat duit kita
Mereka agih duit itu kepada sapa
Jangan sekali bagi sanak saudara
Itu yang kita dengar dan sakit telinga
Sebab tu tak mau lepas Yang Dipertua

Wahai rakyat Pulau Mutiara
Kita akan bongkar dengan segera
Kemungkaran yang begitu nyata
InsyaAllah Allah akan membantu kita
Allah Maha Adil dan Maha Kaya.

Keris Silau
31 March 2008

Who is our next PM?

Anwar has been asked by Ku Li
To form a team to knock out Badawi
Both Anwar and Ku Li have similarity
Both beaten and knock out by Mr. Kutty
Both also had been in Finance Ministry

Anwar may have other plan already
He is aiming to be No.1 not a deputy
Kak Wan will pave the way for hubby
Nurul's Lembah Pantai might be risky
Either one has to let go the constituency
I can't imagine all three in the family
It doesn't look all right and healthy

Anwar is confident to get simple majority
Or maybe he can garner 2/3 majority
May or June are hot with illegal bookie
Anwar will be Malaysia 6th Perdana Menteri
Anwar, love by many, hate by many
But he is the most qualified in the country
You can say Pak Lah is history
Najib bugged by Altantuya mystery
Ku Li is good but too old already
Muhyidin is weak and slow like Badawi
Mukhriz lack experience despite his gutsy
Hisham is good at wielding keris only

Engkau boleh pergi Singapore wahai Khairy
Jangan kau teringin nak jadi Perdana Menteri
Jangan engkau buat kacau lagi negeri ini
Sekali-sekala kau balik jengoklah bapa Nori
Oh ya dimana mak mertua kau Khairy
Lama tak nampak sejak Maulid Nabi
Pak Lah datang Penang pun seorang diri
Jangan-jangan gaduh suami-isteri
Sedangkan lidah lagi tergigit kata P Ramlee
Tak baik tua-tua kena hidup aman harmoni
Selamat aman makmur macam motto parti


Keris Silau
31 March 2008

Thursday, March 27, 2008

Umno Dalam Gerhana

Idris dan Rosol derhaka
Kata natang dekat raja
Siapa natang sebenarnya
Mu lah natang ba alif ba ya
Maaf patek punya bahasa
Tapi patek geram kat depa
Hina raja yang beragama
Rosol macam nama nabi kita
Tapi buruk perangai macam ba alif ba ya

Lihatlah bagaimana harta
Dan kedudukan kuasa
Telah menjadikan manusia
Sanggup kata apa-apa saja
Satu perbuatan yang hina
Kepada Sultan yang mulia
Tak pernah dilalui oleh baginda
Mereka yang mengeluar kata nista
Ini pula natang betul betul hina
Maka Sultan Mizan begitu murka

Idris dan Rosol ada yang membela
Dia tu yang duduk Putrajaya
Duduk rumah free Sri Perdana
Sapa lagi kalau bukan Bapa Mertua
Sayang sangat kat Derih tu sebab apa
Patek pasti mesti banyak rahsia
Antara menantu dan anak angkat Cina
Banyak projek akan tergendala
Dan terlepas wang ehsan berjuta-juta

UMNO dalam gerhana
Sepatutnya membela istana
Mempertahan institusi raja
Tapi lihatlah sedara-sedara
Apa yang dia orang buat kat raja
Habis dia orang bising tak undi mereka
Siapa yang nak undi penderhaka
Kalau lagi sekali ada pilihanraya
Aku pastikan aku undi deme semua
Aku akan UNDI TAK PERCAYA!!!

Padan muka deme!!

Keris Silau
27 March 2008

Tuesday, March 25, 2008

Letter to Mat John - Post Election Synopsis

Dear Mat John,

12th General Election is history
Nobody expect BA to reap victory
BN slumped to worst performance in history
All fingers are pointing to Pak Lah and Khairy
JKKK team (Jean-Kali-Kamal-Khairy) failed miserably
Five major states fell to coalition of PAS-PKR-DAP

Pak Lah refused to step down as Perdana Menteri
He said his focus now is to strengthen the party
Mukriz wrote a letter to him personally
But the letter was leaked to internet community
Asking him to take a blame and commit hara-kiri
The only Japanese word he knows is teppayanki
Then another blow came from Tengku Razaleigh
He offered himself to challenge Mr. Badawi
Mukhriz might be a running mate for Ku Li
It is interesting development we will wait and see

Pak Lah doesn't lose sleep over the pressure
The next day he announced new cabinet minister
He brought back Mat Tyson as Rural Minister
Mat Zain was upgraded to full work minister
The guy is a crook when come to money matter
He then appointed Tg Adnan no 1. gangster
As Sec-Gen replacing Radzi ex-Internal Minister
But major surprise was Rafidah Wanita no 1 leader
She sobbed why why Pak Lah you are like my brother
You hold my hand when we celebrate Merdeka together
She was adamant that Azalina is not Wanita member
Azalina is going to form new Umno wing called Other

Well Mat John before I end this letter
I hope Anwar can be next Prime Minister
We will reshuffle the whole cabinet structure
Each BN ministers will have new career
First we appoint Pak Lah as Opposition Leader
We sent Najib to Mongolia as High Commisioner
Khairy will be nuisance as usual as Mat Rempit biker
Malaysian Tattler voted him Son-in-law of the year
Khir Toyo is Mustika Ratu product ambassador
Samy Vellu has a new job as wigs seller
Rafidah goes back to college as AP lecturer
Her popular class is Get rich in 30 days by AP abuser
Azmi Khalid is now Normala new manager
He is getting new email for mail order
Soi Lek is already active with VCD peddler
You can spot him in BB Shopping Center
His latest hit was Seks Terlampau Hell Minister
Teuku Adnan remains as Kepala Gangster
He teamed up with Mamak Gang bank robber
Mat Tyson will go back as money launderer
His company called No Speaking Inglish Money Changer
Hisham will be the Keris Museum Keeper
His job is to kiss all the keris every hour
And I will choose Shahrizat as my babysitter

How about that!!!!

Keris Silau
25 March 2008

Ular Dua Kepala

Pak Lah macam ular dua kepala
Di Perlis dia tak kata apa-apa
Itu kehendak dan pilihan Raja
Walaupun Isa bukan pilihan dia
Lalu Shahidan undur terpaksa

Di Ganu lain pulak halnya
Dia tidak peduli pilihan istana
Nak pecat Mat Said pilihan raja
Idris Jusoh ialah pilihan saya
Shahidan Kassim pun pilihan saya
Tapi Perlis negeri kecil saja
Tapi Teganu negeri yang kaya
Wang ehsan Petronas ratusan juta
Projek kroni Pak Lah akan tergendala
Penang dah kansel projek tapak lumbakuda
Ini satu lagi projek Khairi punya
Jatuh saham Equine dan ECM Libra
Patrick Lim sudah jadi gubra

Mana Pak Lah nak letak muka
Sebab tu dia berani lawan raja
Dia tak peduli apa orang nak kata
Dia mai dari negeri tak ada raja
Cuma ada Mee Sultan dan Ulam Raja
Pak Lah tidak takut digelar derhaka
Sebab tu rakyat Teganu marah belaka
Negeri kaya rakyat papa kedana
Monsun Cup rakyat tak dapat apa

Pak Lah sudah sampai masa
Eloklah digesa berundur segera
Rakyat marah dan Raja murka
Apa punya haprak PM kita
Macam ular dua kepala!

Keris Silau
25 March 2008

Thursday, March 20, 2008

Tarikh Pak Lah Undur Diperjudikan

Bookie sedia menerima tempahan
Tarikh bila Pak Lah letak jawatan
Ada yang bet 1 April bulan depan
Begitu yakin industri perjudian
Apa yang memberikan mereka keyakinan

Langkah pertama Mukhriz mulakan
Kemudian diikuti Putera Istana Kelantan
71 tapi semangat macam anak jantan
KMU pula melancarkan petisyen online
UMNO Selangor juga tidak ketinggalan
Kata mereka Pak Lahlah punca kegagalan
Inilah antara beberapa suara tekanan

Selepas kabinet baru diumumkan
Dua timbalan menteri menolak jawatan
Pertama kali berlaku perkara sedemikian
Seolah-olah Pak Lah kena satu tamparan
Perdana Menteri malu ini satu keaiban

Lepas tu cerita Kak Pidah kecewa
Kabinet tidak ada wakil dari Wanita
Sebenarnya Pak Lah yang kecewa
Sebab kak Pidah tulis surat 16 muka
Tulih pasai Khairi salah satu punca
Khairi sebenarnya pecahbelah bangsa
Apa punya kabinet cuma ada 2 wanita
Yang seorang tu boleh jadi dua-dua

Pak Lah kata BN tak akan tumbang
Betul mungkin BN tak akan tumbang
Yang akan tumbang ialah hang
5 negeri jatuh tangan pembangkang
BN menggelabah sempang peranang
Ramai MP sudah mula nak nyeberang
BA cuma menunggu bola datang
Sebab Pak Lah sendiri yang tendang


Keris Silau
20 March 2008

Tuesday, March 18, 2008

Kabinet Dapur

Peluang amat cerah
Untuk BA memerintah
Pak Sheikh sudah atur langkah
Pak Lah sudah menggelabah
Kabinet baru mengundang padah
Walaupun dibuang kak Rapidah
Tapi kayu mati pun dilantik Pak Lah

Macam Mat Tyson mentri luar bandar
Usahawan pula bagi kat Noh Omar
Nampak sangat tak ada kalibar
Yang paling korup pula jaga JKR
Mesti Tok Zain tersenyum lebar
Ramai kontraktor sms tanya khabar
Nak harap projek yang besar-besar
Radzi dan Azmi Khalid gulung tikar
Boleh balik duduk Padang Besar
JJ kau boleh terus hisap cigar
Kat Le Meriden atau Luna Bar
Yang boleh pakai Hamid Albar
Menteri yang paling banyak sabar
Sebab selalu kena jaga luar
Geng Najib banyak kena tukar
Najib mempunyai jalan sukar
Dulu kita suruh cepat cabar

Kalau kabinet macam ni
Peluang cerah bagi kami
Habislah kau Pak Lah Badawi
Nana Non akan jadi Perdana Menteri
Aku dah kata awai-awai lagi
InsyaAllah kalau ada rezeki.

Keris Silau
18 Mac 2008

Kalau aku jadi Pak Lah

Kalau aku jadi Pak Lah
Aku mengaku salah
Jawatan PM aku serah
Aku sedar dan pasrah
Orang tak mau aku dah
Parti aku terima padah
Aku sedar yang aku lemah
Selama ini aku ambik mudah

Aku bukan ikut nafsu
Walaupun cuma pegang bahu
Tidak lebih daripada itu
Punca sebenar ialah menantu
Dia yang buat benda tak menentu
Berlagak macam pemimpin nombor satu
Lesen besar sebab guna nama aku
Jaja habis dari Perlis hingga Johor Baru

Aku sedar susah nak letak jawatan
Sebab masih ada banyak kepentingan
Kamaludin masih tak habis makan
Skomi kena selesai semua pinjaman
Sebab selepas ini tiada jaminan
Laki Nori pula nak jadi Menteri Kewangan
Tapi aku dapat banyak tentangan
Mula-mula Mukhriz yang mulakan
Tulis surat bagi aku dapat kemaluan
Macam Mahathir buat kat Tunku Rahman

Entahlah zaman aku jadi tak ketahuan
Pilihan aku sebenarnya ialah Shahidan
Tapi Raja Perlis pula tak perkenan
Sebab Shahidan potong elaun keraian
Idris Jusof pula tak diperkenan Sultan Mizan
Buat pintu gerbang tak bagi tau Sultan
Aku tidak dapat kawal semua keadaan
Hidup aku semakin tertekan
Cuma Jin saja penyejuk badan

Keris Silau
18 March 2008

Saturday, March 15, 2008

Pemimpin UMNO Penang macam kera - Khairi

Demonstrasi jalanan bukan budaya kita
Para pendemo jalanan umpama kera
Ingat tak siapa yang kata
Ya betul Pak Lah dan menantu dia
Tapi hari ni tepat pukul tiga
Juak UMNO diketuai ADUN Penaga
Bersama bekas TKM Helmi Yahya
Dan juga orang kuat Puncak Niaga
Dan bawa juga wanita-wanita tua bangka
Berdemonstrasi dihadapan Komta
Entah berapa upah membawa mereka
Kononnya Melayu terpinggir di Pulau Mutiara
Dan tuduh Anwar sebagai pengkhianat bangsa
Tuduh Guan Eng nak hapuskan hak Bumiputera

Siapa sebenarnya mengkhianati bangsa
Siapa sebenarnya dapat hak istimewa Bumiputera
Siapa sebenarnya biarkan Melayu papa kedana
Nasib penduduk Tanjung Tokong siapa yang bela
Siapa yang ambil tanah Melayu jual kat Cina
Siapa yang melacurkan tanah yang diberi percuma
Siapa dapat projek buat parit dan turap jalanraya
Tanpa apa-apa tender dibuat secara terbuka
Siapa yang kumpul kekayaan dan kumpul harta
Siapa yang bina rumah besar macam istana
Di tengah bendang boleh nampak dari Lebuhraya
Siapa yang dapat saham bernilai juta-juta
Siapa yang dapat projek besar atau mega
Patrick Lim, Abad Naluri atau Melayu Penaga
Jadi hak Melayu mana yang hangpa nak bela

Boleh belah lah !!!!

Keris Silau
15 March 2008

Thursday, March 13, 2008

Padan Muka, Juah Sangat

Hak-hak Melayu akan hilang
Habislah Melayu Pulau Pinang
Sebab parti DAP yang menang
UMNO jadi parti pembangkang
Gerakan dan MCA kecundang
Kedudukan orang Melayu goyang

Wahai tokoh-tokoh UMNO negeri
Sebenarnya orang Melayu tak rugi
Tetapi yang rugi UMNOputera dan kroni
Sebab syoru miss la projek-projek negeri
Dulu hang dapat tak ingat kat kami
Kami tengok hang sakan berjoli
Besarkan rumah kereta dan tambah bini
Kami talipon nak buat temu janji
Nak minta tolong derma budak mengaji
Tutup talipon boss pi luar negeri

Hangpa ambik tanah kerajaan
Kononnya untuk tujuan pembangunan
Tapi bukan kami tak tau apa tujuan
Hangpa buat atas angin jual kepentingan
Kat Bukit Jambul dan Batu Kawan
Jangan buat-buat tak tau wahai abang Roslan
Buat rumah tengah bendang bukan tengah pekan
Begitu juga saham-saham yang diperuntukkan
Khas untuk Ketua-ketua bahagian dan cawangan

Jadi janganlah duduk menipu
Nanti Khir Toyo bagi penyapu
Janganlah mengapi-api hak Melayu
Hangpa sendiri yang gadai tak tau malu
Orang Melayu mungkin tak tahu
Tapi Allah di atas melihat selalu!

Keris Silau
13 March 2008

Wednesday, March 12, 2008

Siapakah Bakal PM ke 6?

Mukhriz tak berani macam bapa
Nak suruh Pak Lah undur segera
Dah dapat kumpul beberapa pemuda
Tapi takut sebab Khairi antar gengsta
Hisham minta jangan buat huru-hara
Kecewa penyokong dan juga pemberita
UMNO dok gaduh sesama mereka
Kem Najib dah tak sabar nampaknya
Pak Lah pun tak berani keluar negara
Takut bila balik Najib sudah ada di Sri Perdana
Dan disebelah dia tersenyum Razak Baginda
Matilah kau Pak Lah nak lari mana

Tapi Anwar lagi bijaksana
Anwar plan jadi PM bulan 5
BA cuma perlu lagi 33
Sabah dan Sarawak ada 45
Gerakan boleh bagi 2
Dalam tempoh sebulan saja
Insyallah mimpi jadi nyata
Kerajaan dapat tangan kita
Pak Lah kita lantik jadi Ketua
Ketua Pembangkang BN pertama
Najib jadi Duta ke Mongolia
Biar dikacau hantu Altantuya
Matilah kau Razak Baginda

Keris Silau
12 March 2008

Tuesday, March 11, 2008

Doa Kami Dimakbulkan

Tahniah kepada rakyat
Suara rakyat suara keramat
Mesej rakyat jelas dan kuat
Kepada pemimpin yang khianat

Walaupun SPR penuh muslihat
Saat akhir menolak guna dakwat
Walaupun BN main mengelat
Mengunakan media sebagai alat
Walaupun bajet BN jauh lebih hebat
Mendapat dana dari tokoh korporat
Namun suara rakyat lebih kuat
Menolak parti yang sudah karat
Lalu Pak Lah gementar pucat
Tiba-tiba rasa tak berapa sihat
Hatinya hancur macam disiat-siat
Luka dan guris tidak terubat
Muka pun dah tak boleh angkat

Apa yang kita boleh banggakan
Cina dan India boleh undi bulan
DAP pun Melayu beri sokongan
Demi untuk tumbangkan Barisan
Sebenarnya inilah sebuah impian
Impian melihat semua bersepakatan
Tidak kira Melayu Cina India Kadazan
Kini impian sudah menjadi kenyataan
Kedah, Penang, Perak, Selangor Kelantan
Hampir jatuh Trengganu dan Negri Sembilan
Pak Lah hampir jatuh pengsan
Unsangkarable buat juak-juak Barisan
Sebenarnya inilah balasan dari Tuhan
Takbur bangga diri dan kesombongan
Pembohongan serta penyelewengan
Bermula Reformasi pada tahun 1998
Selepas 10 tahun doa kami dimakbulkan!

Keris Silau
11 March 2008

Monday, March 10, 2008

Selamat Jalan dan Undur

Akhirnya Pak Lah kalah
Tapi masih tak mau belah
Sebab kedudukan menantu bermasalah
Impian nak jadi PM mungkin punah
Menteri penuh pun jadilah

Kaki tidur pun tak dapat tidur
Kedudukan Pak Lah macam telur
Muka kecut macam sayur
Cuma Jin jadi penghibur
Yang lain semua berterabur
Masa depan nampak kabur
Nasi sudah jadi bubur
Inilah harga mereka yang takbur
Tapi Pak Lah masih tak nak undur
Apa nak jadi dengan semua koridor
Semuanya nampak akan berkubur
Selamat jalan dan mundur

Pak Lah terlalu gembira 2004
Rilek sampai tak masuk pejabat
Tapi 2008 ialah suara rakyat
Suara rakyat suara keramat
Pak Lah mensia-siakan mandat
Rasuah semakin meningkat
Pentadbiran diserah Tingkat 4
Jadi ramai yang benci dan meluat

Begitu juga dengan ekonomi
Tadbir macam kewangan famili
Bagi kat menantu dan Skomi
Dan orang rakus macam Patrick Badawi
Monorail Penang bagi kat Khairi
Kontrak O & G kat abang Nori
Katering MAS kat Berahim Badwi
Inikah ajaran Islam hadhari
Bagi bisnes kat sedara dan kroni

Pak Lah masa untuk bertaubat
Inilah yang dapat kami nasihat
Kepada Allah sentiasa beringat
Jangan takbur dan jangan khianat
Allah Maha Besar dan Maha Kuat

Keris Silau
10 March 2008

10 Faktor Kekalahan BN dalam PRU12

(Analisa Ringkas oleh Keris Silau)

Faktor Pertama: Pak Lah

1) Rasuah - Pak Lah tidak kelihatan bersungguh memerangi rasuah dan sebaliknya lebih mengutamakan kroni seperti anaknya, menantunya dan mereka seperti Patrick Lim dan Kalimullah Hassan. Penganugerahan kontrak tanpa tender dan pengaruh Khairi dalam menentukan projek juga membuatkan orang sekeliling serta rakyat marah. Bukan sahaja mereka dari parti alternati yang marah malahan ramai dari UMNO sendiri yang merungut di belakang bos mereka tentang kelakuan menantu bos.

2) Badan Kehakiman - Pak Lah masih hendak menyambung kontrak Tan Sri Fairuz sebagai Ketua Hakim Negara walaupun sudah heboh korup dan tidak disukai oleh rakyat. Ianya juga menjadi sejarah apabila DYMM Agung juga tidak mahu menandatangani perlantikan Ketua Hakim yang dipilih Pak Lah. Ini dilihat sebagai satu tamparan yang hebat kepada kepimpinan Pak Lah.

3) Ketua Polis Negara - melantik Tan Sri Musa Hassan dan menyambung kontraknya walaupun beliau adalah antara orang yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Anwar serta lapuran Malaysia Today mengenai penglibatan KPN dalam jenayah terancang.

4) Kepimpinan yang lemah digembar-gemburkan dengan kekerapan Pak Lah yang terlelap semasa mesyuarat dan majlis-majlis rasmi. Jarang mantan PM Tun M dilihat tidur semasa bermesyuarat walaupun umur lebih tua dari Pak Lah.

5) Khairy - punca besar kejatuhan BN ialah pengaruh Khairy dalam politik dan pentadbiran Pak Lah. Beliau bertindak seolah-olah beliaulah Timbalan PM dan Timbalan Presiden UMNO dan banyak mengeluarkan kenyataan berbau authoritif yang membuatkan ramai orang termasuk dari UMNO yang meluat dengan gelagat budak yang celupar mulutnya.

6) Cakap tak serupa bikin oleh Pak Lah sebagai pemimpin Islam Hadhari. Pemilihan isteri yang tidak bertudung membuatkan ramai merungut terutama kaum wanita Muslim yang tidak berpuashati kerana Pak Lah ialah cucu ulama dan dianggap sebagai pemimpin Islam Hadhari. Ini menggambarkan Pak Lah tidak berapa endah suruhan Islam yang menyuruh wanita menutup aurat. Gambar di mana Pak Lah memegang tubuh mongel Michele Yeoh yang tersebar luas dalam internet juga membuatkan orang membuat rumusan bahawa Pak Lah tidak mengendah suruhan Islam.

Faktor kedua: SPR
Kebongkakan Pengerusi SPR dalam banyak sidang-sidang akhbar yang juga bertindak seolah-olah seperti maksum dalam perihal pilihanraya membuatkan orang ramai merasa marah dan menyatakan kemarahan mereka melalui peti undi. Kemuncak kemarahan orang ramai terhadap SPR ialah apabila penggunaan dakwat dimansuhkan dengan alasan yang cukup kebudakan.

Faktor Ketiga: Internet
Penggunaan internet yang meluas dikalangan penduduk Malaysia terutama mereka yang terpelajar dan golongan muda membolehkan berita alternatif dan berita yang tidak disiarkan oleh media perdana dapat dibaca melalui medium ini dengan mudah sekali. Parti alternatif seperti PAS dan DAP menggunakan seluasnya internet dalam bentuk laman web, blog, video dan sebagainya. Malaysia Today yang dikendalikan oleh Raja Petra mempunyai pengaruh paling besar dengan pendedahan yang cukup berani kebobrokan dan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin dan sekutu mereka. Blog-blog aliran alternatif tumbuh dengan banyak sekali dan di antara mereka ialah golongan yang pro-Mahathir. Video VK Linggam juga terbit melalui internet dan isu-isu di "spin" dari internet dan Pak Lah terpaksa mengikut arus menjawab isu-isu yang ditimbulkan dalam internet.

Faktor Keempat: Tun Mahathir
Apabila seorang negarawan seperti Tun M yang memerintah Malaysia selama 22 tahun dan disegani di seluruh dunia menasihati rakyat Malaysia supaya menolak pemimpin BN yang korup dan menyeleweng, ianya mempunyai pengaruh yang amat mendalam terhadap rakyat Malaysia terutama mereka yang masih meminati Tun M. Tun M berkata bahawa BN sudah tidak dapat diselamatkan lagi kerana rasuah dan politik wang di dalam parti UMNO sudah kronik.

Faktor Kelima: Hishamudin
Apabila Barisan Alternatif mengulang tayang gambar Hisham menjulung dan mencium keris dalam perhimpunan agung UMNO, ini jelas membuatkan ramai kaum Cina yang marah, dan insiden Abdul Aziz Kadir memberi amaran terhadap kaum Cina serta Khairy Jamaludin yang juga mengeluarkan amaran yang serupa. Kaum Cina dalam parti komponen juga marah tetapi mereka tidak boleh buat apa-apa kerana UMNO ialah parti kelas satu dalam BN.

Faktor Keenam: Kenaikan harga barang dan kesan inflasi
Ini memberi kesan kepada pengundi kelas pertengahan yang dicengkam dengan kenaikan harga barang keperluan asas serta kenaikan harga minyak dan bahan bakar yang lain. Apabila minyak masak kurang di pasaran, orang ramai panik sekejap dan menyalahkan kerajaan yang gagal mengawal sedangkan Malaysia merupakan salah sebuah negara pengeluar minyak kelapa sawit yang terbesar di dunia. Yuran sekolah yang dihapuskan seperti hendak menipu rakyat kerana yuran-yuran lain lebih mahal dari yuran sekolah. Ramai ibubapa yang merungut.

Faktor Ketujuh: Kadar jenayah yang meningkat
Peristiwa pembunuhan ngeri adik Nurin serta kehilangan adik Sharlinie yang masih belum diketemui membuatkan orang ramai tidak berasa selamat dan risau keselamatan anak-anak mereka. Lapuran polis mengenai beberapa nama yang dikatakan ketua kongsi gelap yang mempunyai pertalian yang rapat dengan mereka yang berada di tampuk kekuasaan. Ini jelas menakutkan orang ramai dan mereka mula hilang kepercayaan terhadap institusi polis. Jumlah pekerja asing dan pendatang haram yang dibawa masuk dan memasuki negara tanpa banyak halangan menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah.

Faktor Kelapan: Manifesto Barisan Alternatif dan isu hak orang India
Manisfesto tersebut yang mudah digarap oleh orang ramai, yang praktikal tanpa mempunyai perkara-perkara yang menyentuh isu-isu asas seperti kenaikan harga minyak dan ajakan jom ubah yang disambut oleh kebanyakan rakyat. Kaum India juga merasakan inilah masanya untuk mereka tidak lagi menyokong MIC yang sudah jadi pengecut dan dan berada di zon selesa untuk membela nasib dan hak kaum India. Demonstrasi pejuang hak asasi orang India merupakan titik tolak pengalihan undi kaum India yang merupakan penyokong BN selama ini. BN dibawah Khir Toyo yang merobohkan kuil Hindu membuat kesilapan besar terutama sekali dengan hampirnya pilihanraya.

Faktor Kesembilan: Jemaah menteri dan ahli parlimen yang mempunyai skandal, korup, penyalahgunaan kuasa dan dibenci oleh rakyat:
Nama-nama seperti Rafidah Aziz, Nazri Aziz, Khir Toyo, Adnan Yaakob, Annuar Musa, Zainuddin Maidin, Chua Soi Lek, Chan Kong Choy, Zakaria Mat Deros, Bung Raden, Badrudin Amirudin, Jasin, Azalina Othman, Azim, Muhammad Taib, Nor Mohamad Yakob, Aziz Shamsudin, Musa Aman, Taib Mahmud, Tengku Adnan, dan ramai lagi yang boleh disenaraikan. Mereka bukan setakat mengambil kesempatan mengumpul harta malahan menyengutukan amanah untuk membangunkan rakyat yang miskin. Dengan itu, kita dapat melihat jurang pendapatan antara kaya dan miskin bertambah luas. Si kaya terus bertambah kaya dan si miskin terus bertambah miskin.

Faktor Kesepuluh: Anwar Ibrahim
Akhirnya, Pak Lah yang begitu sombong menyatakan bahawa beliau sudah lupa siapa Anwar terpaksa akur akan kehebatan Anwar Ibrahim membangkitkan gelombang rakyat serta memperincikan beberapa perkara yang akan dilakukan oleh beliau jikalau BA diberi mandat untuk memerintah. Sambutan yang diberi oleh rakyat terhadap kehadiran Anwar di luar dugaan. Puluhan ribu di sana-sini datang mendengar Anwar berceramah, dan apabila Anwar menyebut tentang perlunya semua kaum bersatu kita boleh lihat semua yang hadir tidak kira Melayu, Cina dan India bergemuruh tepukan dan terasa remang bulu dada. Langkah Pak Lah tidak mahu Anwar bertanding ialah kesilapan besar kerana Anwar tidak perlu menumpu kawasan yang akan ditandinginya kerana dia tidak layak bertanding. Kesempatan ini diambil Anwar dengan menjelajahi seluruh negara dengan sambutan yang begitu menggalakkan. Boleh dikatakan ucapan Anwar semua dengan nada yang sama iaitu penurunan harga minyak, hilangnya daya saing Malaysia di rantau Asia, dan penyatuan kaum untuk membangunkan Malaysia.

Friday, March 07, 2008

Hari ni Kaki Tidur tak dapat tidur

Pak Lah menggelabah
Dia dah silap langkah
Tarikh 8 Mac bawa parah
Makan balik diri Pak Lah
Anwar tak bertanding jadi masalah
Satu negara Anwar boleh jelajah
Dari negeri Perlis hingga Sabah
Matang Pauh dah ada Wan Azizah
Lembah Pantai pula ada Nurul Izzah

Di mana Anwar pergi dapat sambutan
Tidak kira di utara atau di selatan
20 - 50 ribu orang datang tanpa arahan
Orang sanggup tunggu walaupun hujan
Tak kira Cina, Melayu, India dan Kadazan
Orang keluarkan duit sanggup berkorban
Tak sama macam program dianjur Barisan
Kena bayar duit saguhati dan bagi makan
Tidak kalau padang kosong kesunyian
Samy Velu pula dihambat balik kesian
Orang India meluat kat Samy Vellu sakan
Makkal Sakti bergema Samy lari ketakutan

Nampaknya kencang angin perubahan
Banyak negeri kritikal buat Barisan
Besar kemungkinan Penang ditawan
Tsu Koon akan tersungkur di Batu Kawan
Orang Penang pragmatik buat pilihan
Pulau Pinang boleh berubah tangan
Seperti 1969 diambil alih oleh Gerakan

Johor yang jadi kubu kuat Barisan
Kemungkinan hilang 10 kerusi kat bulan
Menandakan orang Johor sudah bosan
Asyik-asyik muka Azalina dan Ghani Othman

BN pula cuba bersungguh tawan Kelantan
Berputih mata lah Awang Adik dan rakan-rakan
Orang Melayu Kelantan bijak untuk menentukan
Tak makan pujuk rayu Pak Lah dan syaitan
Kepimpinan Tok Guru adalah satu teladan
45% dari gaji diserahkan kepada kerajaan
Rumahnya tiada pagar atau pengawal keselamatan
Kepimpinan Tok Guru cuma takut kat Tuhan
Sebab utama Kelantan menerima keberkatan

Di ambang pilihanraya,
Keris Silau
7 March 2008

Wednesday, March 05, 2008

Suara Rakyat, Suara Keramat

Boikot segera media perdana
NST, Star dan Utusan Meloya
Hari-hari muat propaganda
Berita pasal BA langsung tiada
Kalau ada semua negatif belaka
Iklan BN memutar-belitkan fakta
MIC pula ugut kaum India
Nampak sangat desperate gila

Cium dan peluk warga tua
Sekarang baru bagi cenderamata
Kononnya BN prihatin semua bangsa
Guna celebriti macam Siti Nurhaliza
Begitu juga SMS angkasawan negara
Serta juara Akademi Fantasia
Tujuan untuk mengelabui mata
Melayu meleleh bila artis datang jumpa

BN sanggup buat apa saja
Hatta tabur duit berjuta-juta
Supaya mereka terus kekal berkuasa
Wahai rakyat janganlah terpedaya
Undi anda menentukan masa depan negara

Kalau BN terus terpilih juga
Tunggulah pengumuman kenaikan harga
Minyak, tol, ayam, tepung dan gula
Jenayah terancang lebih berleluasa
Lihat apa jadi kat gadis Mongolia
Orang tidak bersalah akan terus dipenjara
Tahanan ISA diatahan tanpa bicara
Rasuah akan terus menjadi budaya
Hampir semua kepimpinan terlibat sama
Harta rakyat dirampok begitu saja
Masjid dan rumah ibadat diruntuh ikut suka
Jurang antara kaum semakin ketara
Begitu juga gejala sosial dikalangan remaja
Hiburan melampau buat remaja leka

Wahai rakyat kuasa di tangan anda
Untuk menentukan hala tuju negara
Undilah dengan hati-hati dan bijaksana
Jangan dibeli dengan wang yang tak seberapa
Dan ianya juga mengundang dosa

Suara rakyat suara keramat
Tolak BN bulat-bulat
Supaya hilang pemimpin khianat
Yang suka buat kerja jahat
Bila pangkah pasang niat
Sahaja aku pangkah Barisan Rakyat
Semoga Allah bagi berkat
Negara aman, makmur dan selamat!

Keris Silau
5 March 2008

Monday, March 03, 2008

Seloka Pilihanraya 2008 (Siri 2 & 3)

Seloka Pilihanraya (2)

BN sudah mula menggelabah
Orang India semuanya marah
Mereka dah tak nak pangkah
Calun dacing yang berat sebelah

Bermula dengan Parti Gerakan
Tidak ada satu pun calun Indian
Gerakan kata Indian tiada kebolehan
Lalu mereka kalih menyokong bulan

MIC nampaknya sudah kemaruk gila
Kenyatan berbau ugutan untuk kaum India
Terpampang di ruang iklan media perdana
Kalau tak mengundi MIC jaga-jaga
Bersedia untuk membayar harganya

Ini kena buat repot polis dengan segera
BN sudah melanggar SPR punta etika
MAFREL jangan lupa tulis ini semua
Ini Samy Vellu sudah desperate giler!


Seloka Pilihanraya (3)

Dahulunya beliau Imam Besar Negara
Sekarang serban sudah tiada dikepala
Untuk tampilkan imej yang sederhana
Begitulah politik mengubah ustaz kita

Tahun 2004 terserlahlah peribadi
Sehingga sanggup tendang tong undi
Terlupa ayat Quran yang dia mengaji
Kemarahan tidak dapat dibendung lagi

Orang ramai terkejut akan perbuatan
Tidak sepatutnya berlaku sedemikian
Bagi mereka yang dikatakan beriman
Inikan pula bertaraf Imam Besar Kerajaan

Sanggup buat apa saja demi kemenangan
Seperti menabur fitnah Anwar dan Kak Wan
Apa guna al Hafiz sebagai gelaran
Tapi perangai tak menepati Quran

Keris Silau
3 March 08