Thursday, November 30, 2006

Dosa Besar

UMNO memperjuangkan assabiyah
Bukan berteraskan Quran dan Sunnah
Ini bererti kebangsaan lebih utama dari Allah
Walaupun majoriti mengucap dua kalimah shahadah
Walaupun majoriti pakai sampin dan kopiah
Walaupun bernama Muhammad atau Fatimah
Namun perjuangan tidak ditunjangi syariah

Oleh itu jikalau ada mereka yang bersalah
Seperti kena cekup dan tangkap basah
Seperti niaga satay tanpa permit Majlis Daerah
Seperti buat banglo pakai duit rasuah
Seperti suruh kastam pejam mata sebelah
Seperti salah guna AP macam kak Ropidah
Seperti tukar minit mesyuarat yang sah
Seperti tuduh Anwar munafiq wanauzubillah
Walaupun terima rasuah ucap Alhamdulillah
Walaupun minum Red Wine dengan Bismillah
Namun mereka masih jadi ahli UMNO yang sah
Tetapi jikalau anda kutuk Pak Lah
Itu dosa besar walaupun taubat nasuhah
Habis semua ahli MT akan di arah
Memberi tekanan sehingga kamu menyerah
Kalau tidak dibuang parti teruk dibelasah
Ucapan Presiden parti tidak boleh disanggah
Nothing new diungkap Mukhriz anak Siti Hasmah
Terpaksa minta maaf kita tau tak ikhlas lah
I am no more Mr. Nice Guy kata Pak Lah
Lat lukis Pak Lah dah mula buka langkah
Silat gayung pesaka tinggalan Kali Mullah
Namun pabila kartunis menghina Rasulullah
Mana dia panglima-panglima UMNO yang gagah
Mana dia suara-suara yang nak defen Safiullah
Setakat pegang keris dan gempaq boleh jalanlah

Well UMNO nampak tak relevan dah
Kalau dulu ahli UMNO guru sekolah
Mereka ikhlas walaupun assabiyah
Mereka nak lawan orang putih bedebah
Tetapi la ni golongan ini pupus dah
La ni orang masuk sebab fulus lah
Nak dapat projek atau tanah murah
Nak berkuasa dan bermegah-megah
Ingatlah yang berkuasa cuma Allah
Manusia kerdil hina dari tanah.

Keris Silau
30 November 2006

Wahai Pak Lah

Nampaknya kau kurang menyerlah
Mulanya kau beriya-iya nak lawan rasuah
Tapi senyap sepi kes Eric Chia dan Kasitah
Kau tak berani langsung kat kak Rapidah
Kes AP amacam kau dah tutup dah?
Indeks rasuah naik semasa kau memerintah
Dari tangga 39 naik ke tangga 44 sapa punya salah
Mentri kau salahkan legacy laki Siti Hasmah
Laki dia kata kau bagi bisnes kat Kamaludin Abdullah
Kau kata dia pun bagi juga duit tabung amanah
Kau tak deny jadi kau pun samalah

Wahai Pak Lah
Kau tak berapa reti bab ekonomi
Tapi kau nak pegang jawatan Finance Ministry
Walaupun kau lantik anak Mamak Roti benggali
Kau kena lah belajar sikit bab Monetary
Jangan kau dok harap kat kak Zeti
Pada kau memerintah FDI teruk sekali
Lebih rendah dari Indonesia by a few B
Begitu juga dengan kita punya GDP
Ini tak berlaku pada zaman bapa Mokhzani
Entah macam mana kau manage ekonomi
Dok asyik cakap projek 9MP
Dok rasa tempias aja hujan belum lagi
Apa yang kau nak buat aku kurang pasti
Sama juga macam kau punya Islam Hadhari
Susah nak faham sampai ke hari ni

Wahai Pak Lah
Imej Mr Clean kau sudah dinodai
Mungkin oleh kegelojohan menantu kau Khairy
Dan juga anak kau punya syarikat Scomi
Nasib baik kau cuma ada Kamal dan Nori
Tidak jenuh juga kau nak bagi-bagi
Mukhriz kritik sikit kau dah tak happy
Bila pemberita tanya kau dah tak berapa steady
Tun M taruh kau nak tunggu apa lagi
Sebab kau seorang Perdana Menteri
Kau tak boleh harap kat si Nazri
Dia tu samseng masa kat sekolah lagi
Mungkin kau tak dak idea nak bagi
Ucapan kau pun nampak macam tak ori
Anwar dah kupas isu keadilan dalam dia punya parti
Kau cedok juga setelah berfikir berhari-hari
Ini sudah kes plagiarisma peringkat tertinggi
In international arena you are rated poorly
Jauh to become spokesman for 3rd world country
Very obvious in case of OIC
Nampaknya nya kau perlukan seorang isteri
Sebab tak ada penyedap atau tiang seri
Kau suruh lah Datuk K cari macam Siti

Keris Silau
November 30, 2006

Burden Of Proof

Ini ada lagi cerita pasal murtad
Sebarkan SMS perbuatan kurang sihat
Berdosa kata orang sudah murtad
Tanpa bukti yang kukuh dan kuat
Siapa nak jawab depan Allah di akhirat
Kenapa nak suruh dia ucap 2x5 shahadat
Jikalau dia masih ikut agama Muhammad
Pakai seluar pendek tak murtad
Akhlak macam Mat Salleh tak murtad

Kalau iya seseorang sudah murtad
Bukan terus pancung dan sebat
Para ulama kena banyak beri nasihat
Kena convince dia sehingga bertaubat
Sebenarnya banyak benda boleh murtad
Tanpa disedari oleh kebanyakkan umat
Seperti kata alQuran dibuat-buat
Dan banyak lagi yang langgar shahadat

Kita kena tumpu gimana nak elakkan murtad
Bukan asyik menghukum tanpa soal-siasat
Usaha lebih untuk membasmi maksiat
Hapuskan bibit-bibit murtad
Sebarkan dakwah ke seluruh umat

Keris Silau
November 24 2006.

Thursday, November 16, 2006

Wanita, Takhta Dan Harta

Ramai yang tertanya-tanya
Bagaimana nak pergi Mongolia
Dah tak mau ke Australia
Mereka sebenarnya tak sangka
Perempuan secantik Altantuya
Ramai rupanya di Mongolia
Negara diantara Rusia dan Cina
Sebelum ini terkenal dengan wira-wira
Kublai dan Genghiz Khan memang ternama
Menakluki sebahagian besar Asia

Namun kita sedih mendengar berita
Polis jumpa mayat berkecai seorang wanita
Diletakkan bom dibadan ala alQaeda
Dengan slogan Malaysia pun boleh la
Hancus luluh seluruh anggota
Tak pernah lagi berlaku di Malaysia
Lalu kita dikejutkan pula
Dengan penangkapan suspek utama
Eh apa nama dia
Something to do with Baginda
Diparade dengan Black Maria
Sungguh kita tak sangka
Namun kita jangan tuduh dia
Masih belum bersalah tanpa bicara
Kalau kita apa salahnya kawin dua
Marah lah juga bini pertama
Habis kuat kena baling periuk belanga
Tu pun setakat sebulan dua
Lepas tu hidup bahagia semula
Tak payah meletupkan madu dia
Buat habis karan aja

Lelaki bisa jatuh kerana tiga perkara
Iaitu wanita, takhta dan harta
Konflik di atas adalah kerana wanita
Baru-baru ni Datuk Z jatuh pasal harta
Sombong dan salah guna kuasa
Sehingga Sultan Selangor murka
MP Jasin pula suruh Kastam pejam sebelah mata
Juga kerana nak jadi lebih kaya
Senator Kelantan palsukan AP kereta
Juga kerana nak kumpul harta
Mana UMNO nak letak muka
Satu persatu didedahkan oleh media
Indeks korupsi jatuh berapa anak tangga
Jatuh dikala kepimpinan cucu tokoh agama
Jauh lebih teruk dari negara Singapura
Baguih sikit dari negara Indonesia
Mana dia Kasitah dan Eric Chia
Dulu nak lawan rasuah macam iya iya
Sekarang habuk pun tara...

Keris Silau, 16 November 2006.

Wednesday, November 01, 2006

Satu Untuk Engko Satu Untuk Aku

Bila PM dan ex-PM setuju untuk berjumpa
Ramai yang menarik nafas lega
Mungkin tamatlah TunM-Pak Lah saga
Berlangsung pula dalam bulan puasa
Dua tiga hari sebelum sambut Raya
Namun ramai yang mulai hampa
Pabila TunM menibai Pak Lah semula
Dia tuduh Pak Lah buat Daulah Polis Diraja
Tetapi dia tak sedar pada zaman dia
Polis FRU pukul reformis dengan cota
Sampai berdarah dan pecah kepala
Kurung reformis dua tiga tahun lamanya
Pada zaman dia Anwar kena lebam mata
Peristiwa yang semua orang tak lupa
Semua tak berani nak kritik atau mengata
Kalau sokong Anwar kena diam-diam aja
Tidak kalau kena pindah ke East Malaysia
Khatib dilarang sentuh bab pejuang dipenjara
Ustaz-ustaz pun ada yang kecut juga
Dalam kuliah-kuliah Siput Babi ambik nota
Apa tuan-tuan semua sudah lupa
Nak dengar ceramah sembunyi di pokok kelapa
Takut dituduh bersubahat menggulingkan negara
Nak tulis di internet semua pakai nama samaran belaka
Takut diheret dalam van polis depan keluarga

Tetapi kalau Pak Lah meneruskan itu semua
Kita boleh kata dua kali lima
Nasib baik Pak Lah bebaskan tahanan Isa
Walaupun sudah tiga tahun dia memegang kuasa
Lambat juga nak sign sampai balik dari Amerika

Apa yang Tun M kata lagi
Dia sebut pasal Kamaludin dan Scomi
Scomi dapat projek besar carigali
Dan ECM Libra yang dibabitkan dengan Khairi
Pak lah menyangkal dakwaan ini
Pak Lah kata apa kurangnya Mirzan dan Mokhzani
Anak aku ada kapal dan kapabiliti
Tapi anak TunM perabis duit MISC
18.9% itu adalah Bumiputera punya ekuiti
Tapi puak-puak ni yang majoriti
Takat niaga getah skrap dan ikan keli
Takat ada dua tigi biji properti
Tak masuk lah dalam 18.9% ekuiti
Kekayaan negara cuma dimiliki kroni
Hang dan aku tak dapat faedah NEP
Jangan harap nak dapat percuma punya AP
Cuma dapat biasiswa pergi luar negeri
Tima kasih kat Tun Razak punya polisi
Tima kasih dah ucap banyak kali
Bukan tidak reti mengenang budi
Tapi penyelewengan mesti dihenti
Dan segala bentuk salahguna dan korupsi

Keris Silau
9 Shawal 1427.