Friday, September 08, 2006

Taik Hidung Masin

Pemimpin Melayu tidak amanah
Kebanyakkan lembik dan lemah
Langsung tidak fikir masalah ummah
Atas nama Melayu depa dapat tanah
Kononnya nak majukan projek rumah murah
Jadi depa dapat beli tanah harga murah
Buat syarat 2-3 biji flat kos rendah
Yang lain buat projek kedai dan rumah mewah
Mana mampu Melayu beli kebanyakkan orang susah
Pemimpin untung buat banglo berjuta tengah sawah
Dikelilingi rumah kampung beratapkan nipah

Inilah Melayu yang pentingkan kocek dari ummah
Sebab tu rebut jawatan untuk bermegah-megah
Pemimpin macam ni nak juang nasib ummah?
Tuduh CM tidak peduli nasib Melayu yang susah
Tetapi depa lah taik idung masin mentah kedarah

Kita ni naive pergi minta sedeqah
Nak kumpulkan dana bangunkan sekolah
Atau untuk Palestin lawan Israel laknatullah
Atau untuk anak yatim di Banggol Kiat Kedah
Langsung kontraktor kelas satu buat tak endah
Seduit nak keluar kocek pun cukup punya susah
Melainkan kalau kita ada kabel dengan pemerintah
Satu juta pun boleh bagi untuk golf tak ada masalah

Kita nak bagi tau yang bagi rezeki ialah Allah
Bukan Menteri-menteri dan juga Pak Lah
Kepada Allah kita mohon rahmah dan barakah
Rakyat atau orang melayu tak akan susah
Kalau mereka punyai pemimpin yang amanah
Bukan mereka yang perlahap kaki rasuah
Guna sentimen perkauman tanda assabiyah
Keluarkan keris tanda dia cukup gagah

Mereka ni sebenarnya tamak haloba
Kalau benar-benar nak tolong bangsa
Buktikan kat kita bukan cakap saja
Rebut jadi pemimpin bukan apa
Sebab senang masyuk kocek depa

Ingatlah amanah Allah taala
Nanti masuk kubor jenuh kena
Malaikat tanya Marabooka
Takut tersasul jawab Ringgit Malaysia.

Keris Silau
7 September 2006

2 comments:

Anonymous said...

Anwar adalah harapan untuk meneruskan perjuangan untuk menegakkan keadilan dan menjatuhkan kezaliman. Setelah dihina, dipukul, ditelanjang, diaibkan, diterajang sehingga separuh mati, Anwar tidak mungkin menjadi boneka Amerika sebaliknya yang menjadi boneka Amerika ialah mereka yang menerima arahan supaya orang seperti Nik Adli terus ditahan dalam ISA tanpa bicara tanpa bukti yang kukuh. Diharap Crazyhorse menjadi kuda yang tidak lagi gila.

Anonymous said...

Ied al Fitri

Pagi tadi rakan non muslimku bertanya,
sudah tentu bila mahu raya oooo ?
aku terhenyak dalam kehinaan
adakah agama yang semulia dan semegah Islam
umatnya tidak tahu bila mahu hari raya ?
ooohhhh, alangkah bodoh dan dungunya kita
dalam era sains dan teknologi yang serba canggih ini
orang kafir dapat menghitung dengan tepat dan jitu
komet Harley yang hanya muncul sekali dalam 75 tahu, lalu
kita masih bersitegang urat leher bila anak bulan akan kelihatan.

ALlahu Akbar, ALlahu Akbar, ALlahu Akbar
Laillahaillaah ALlahu Akbar, ALlahu Akbar, Walillahiham’d.

Seminggu selepas raya yang dibumbui 2 kali solat Ied (di Indonesia)
aku terserampak seorang tua daif lagi naïf
tak semena-mena dia berujar
“nampak benar dek orang pecahnya kita”
lagi sekali aku terperangah dalam kehinaan
si marhaen yang sentiasa dilabel pak turut
ternyata, lebih peka dan faham makna persatuan.

Dua scenario spontan itu menggambarkan
betapa rendah dan gobloknya kita di mata orang kafir
betapa bodoh dan angkuhnya pemimpin, di mata umat.

Wahai………, wahai………., wahai……….
entahlah, entah kepada siapa aku harus menyeru, sekiranya
1 Ramadhan itu dihitung berdasarkan hisab, atau
solat Ied itu serentak, akan tergelincirkah aqidah kita ???
saya pasti, lembupun tahu, ia sekadar furuq.

Sekiranya kalian tak faham-faham lagi makna keutamaan, ketika
kita sedang meregang nyawa ini,
pergi matilah kalian lebih baik, dari pada
sepanjang hayat sesat dan menyesatkan.

Kini aku sadar sepenuhya, bahawa
pembawa bala dan mala petaka ini
bukan Yahudi, nasrani atau majusi atau globalisasi
tapi kalian, yang perasan pemimpin, yang
sebenarnya, kalian tidak lebih dari pada
budak-budak yang sedang memperebutkan mainan
dalam konteks ini, mainannya adalah kuasa dan harta.

Persoalanya,
masih adakah sekarang pemimpin umat yang sejati ???
tak perlu fakir panjang-panjang, jawabnya pasti tepat
mereka semua telah ditalqinkan oleh Rira’un, Qarun dan Haman
kalau masih ada yang tersisa satu atau dua orang, yang inipun
telah dikebiri dan disingkirkan dari pada arus perdana.

ALlahu Akbar, ALlahu Akbar, ALlahu Akbar walillahilham’d
di bawah ArasyMu, ku tadahkan tangan ini
ya ALlah Yang Maha Penunai Semua Janji dan Doa
Kau tunjukkanlah di dunia ini juga ya ALlah
azab dan siksaMu kepada mereka yang memperbodoh-bodohkan umat, agar
pemimpin yang akan datang tidak berani lagi bermain gila
Amin, amin ya Rabb al Alamin.

Seremban 20 Jan 2003

Putra Perpatih